Wednesday, December 19, 2012

KELAS MANDARIN SEMESTER 1 UMS - TAHAP I

Assalamualaikum sahabat-sahabat Blogger sekalian dan tak lupa juga kepada sesiapa yang "tersangkut" pada post entri kali ini. Lama sudah tak update blog ni. Terasa rindu pulak nak Blogwalking macam dulu-dulu tapi disebabkan tiada masa yang mencukupi untuk berbuat demikian, saya tangguhkanlah hasrat tersebut. Malam ni sebelum tidur, aku nak cerita serba sedikit mengenai kelas Mandarin aku dekat UMS ni. Sedar tak sedar dah 14 minggu aku belajar kat UMS nih. Malam ni pulak malam terakhir kelas Mandarin tahap 1 untuk semester 1 ni. Kelas Mandarin ni memang happening ditambah dengan gelagat kawan-kawan sepanjang kelas ni diadakan pada setiap hari Rabu, jam 7-10 malam. Baru beberapa jam yang lalu kami selesai dengan oral test 2 dan Alhamdulillah semunya berjlan dengan lancar.  Lebih kurang satu minggu sahaja lagi final exam akan mula menghantui kami. Selepas itu, selamat bercuti. :)

Im coming home..im coming home.. lalala~
 Inilah assignment yang telah aku buat dengan sedaya upaya. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya!

(Click Picture to Enlarge)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada roomate tersayang, Heon dn juga "lao shi" Kah Yie & Huai En (my coursemate). Kepada kawan-kawan Kelas Mandarin Seksyen 16, Semester 1, semoga kita berjumpa lagi. Semoga Berjaya! Terima kasih! (xiexie) Selamat malam! :)




Labels: , , , , , , , , ,

Saturday, November 24, 2012

KESIBUKAN HIDUP MELANDA

Assalamualaikum...

Lama sudah rasanya tak update blog KISAH KITA ni. Bukannya terlupa tetapi di atas faktor kesibukan hidup yang kini melanda diri ini. Aduhai! Mana tidaknya, sampai ke hari ini (Sabtu) juga ada saja aktiviti yang mewajibkan aku untuk turut serta. Dalam sebulan sahaja lagi aku akan menghadapi final exam. Ya Allah! Pntas sungguh masa ini berlalu. Aku pula terlalu sibuk dengan assignment yang sangatlah banyak sehinggAkan tiada masa yang mencukupi untuk membuat ulngkaji. Risau! Risau! Risau! Bak kata senior "Ala, inilah campus life dik oii..". Ok, aku setuju. Aku sedang cub untuk menyesuaikan diri, membahagikan masa dengan sebaiknya. Insha Allah. Perihal kawan-kawan pula, macam biasalah. Dalam persahabatan pun pasti akan ada pasang surutnya kan? Bukan pasangan bercinta je. Ehem! Ehem. Sebut je pasl cinta, OK dengan ini saya mengisytiharkan Aku Masih Dara... Oooops silap, Aku Masih Single dan kalau boleh aku akan cuba sedaya upaya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap study dulu. Susah juga kalau ada banyak komitmen ni. Selebihnya no comment, thank you.  Oh ye! Dekat bawah ni aku tempek gambar-gambar aktiviti aku sepanjang hampir 2 bulan aku tidak update blog ni. Kalau nak cerita satu-satu takut tak habis je nanti. HEHE!














Labels: , , , , , , , , ,

Friday, September 14, 2012

KAWAN BARU

Assalamualaikum para Blogger yang budiman. Fuhh! "pejam celik! pejam celik!" dah seminggu aku berulang alik masuk ke dewan kuliah dan bilik-bilik tutorial kat UMS ni. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu seterusnya pasti akan menjadi minggu yang lebih mencabar kerana semua kelas akan bermula dengan sepenuhnya (100%) bermula minggu hadapan. Daripada kelas pagi, sampailah ke kelas pada waktu malam. 
Semua ini sudah pasti akan menguji tahap ketahanan diri untuk kekal konsisten sepanjang semester ni, 
Insha Allah. Sekarang ni aku nak cerita tentang kawan-kawan baru aku kat UMS ni. Kawan tu ramai la jugak, tapi yang ni kira macam geng baru la kat tempat baru ni kan. Aku sedang belajar untuk mengenali hati budi mereka semua ni. Kami ambil kursus yang sama iaitu Biologi Pemuliharaan. 
"Semoga Allah satukan hati kita semua untuk saling mempercayai dan ikhlas dalam persahabatan ini". Amin. 

"Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat".

Lokasi: Canselori
Faizal, Harris, Sufi (Roy), Ashraf (me), Wanie, Era & Ain

"Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan".


Lokasi: Institut Biologi Tropika Pemuliharaan

"Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut.  Jika anda bermusuh dgn sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan itu".

Lokasi: Pantai UMS

"Sahabat yg baik adalah orang yg bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata". 

Ikhmal dan aku di tepian pantai. HAHA!



"Cakap sahabat yg jujur adalah lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi daripada nenek moyang". 

Geng Baru. Dari kiri: Wanie, Ashraf (me), Ain & Ikhmal


"Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka". 




Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Mr. Crab. Banyak betul spesis ketam kat sini.

"Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya". 


Ini yang aku tungu-tunggu sebenarnya, matahari terbenam.
Subhanallah! Indah sungguh.

Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

    "Ingatlah Allah di dalam suka dan dukamu. Allah selalu bersamamu".

Labels: , , , , , , , , ,

Sunday, September 2, 2012

HARI PERTAMA AKU DI UMS


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama membuat persiapan untuk sambung belajar ni, aku teramatlah sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dunia Blog untuk sementara waktu. Baiklah, Entri aku pada hari ni bertujuan untuk berkongsi pengalaman aku semasa mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hari ni dah masuk hari kedua aku berada di UMS, perasaan masih lagi bercampur-baur. Antara sedih, gembira dan teruja sebenarnya kerana dah lama sangat bercuti. Rehat semua pon dah cukup dan aku rasa inilah saatnya untuk kembali belajar. Aku bersyukur kerana segala urusan semasa pendaftaran pada jam lebih kurang 9 pagi semalam selesai walaupun aku terpaksa bersesak di dalam lautan manusia. Cewaah! HAHA! Seawal jam 8 pagi jalan raya yang kebiasaannya lengang menjadi sibuk serta-merta. Semuanya berpusu-pusu menuju ke UMS ni.

Setibanya aku di UMS ni, aku tergamam kerana keindahan alam sekitarnya yang masih lagi terpelihara dan dikelilingi oleh lautan yang membiru. Struktur bangunannya juga begitu unik dan sangat-sangat cantik. Aku rasa bertuah jugak la dapat belajar di bumi Sabah ni. Orang-orang kat sini pon baik-baik belaka dan peramah. Selepas ini akan bermula lah Minggu Suai Mesra kami selama seminggu. Aku seakan dapat menduga bagaimana penatnya nanti. Alhamdulillah, aku da ada seorang roommate. Orag Sabah juga ni. Ada dua lagi kekosongan di dalam bilik aku ni. Harap-harap ada lah orang daripada Semenanjung kan. Aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa di sini. Waktu solat semua ikut sama berubah. Kat Sabah ni pukul 5:30 pagi da terang dah macam pukul 7:00 pagi kalau di Semenanjung tu. Pukul 6:30 petang pulak dah macam pukul 8;00 malam di Semenanjung. Okaylah! Sampai sini dulu cerita aku tentang hari pertama aku kat UMS ni. Korang bolehlah layan gambar-gambar kat bawah ni.

Muat-muat je untuk letak pakaian.


Banyak ruang untuk simpan barang.


Katil bawah tu, aku yang punya. HAHA! 


Ni pulak view daripada tingkap bilik kami. 

Beg, tali leher, dan item yang perlu dipakai sepanjang
Minggu Suai Mesra.
 

Nanti kalau ada kelapangan, aku upload lagi gambar-gambar sekitar UMS ni. Sepanjang minggu ni, jadual kami telah pun diaturkan sepadat-padatnya dengan taklimat dan Program Minggu Suai Mesra. Kepada semua kawan-kawan yang menyambung pengajian di mana jua anda berada sekarang ni, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Insha Allah, segala Usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia.

Labels: , , , , ,

Thursday, August 16, 2012

KENANGAN BERSAMA ROOMMATE KMNS (B1.1.10)


Kenangan Bersama. Cewaah! Tajuk entri macam nak menjiwang kan. Tapi takpelah, jiwang pon jiwang lah der. Sebenarnya banyak cerita aku nak kongsi sepanjang aku kat KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) ni dulu. Tapi tahap kemalasan aku untuk update blog ni pada masa itu memang di luar kawalan. *Maaf sekiranya penggunaan bahasa agak tinggi arasnya. HAHA! Tiap kali aku nak update blog je macam-macam halangan datang tapi aku dah faham la dengan kesibukan sepanjang di sana kan. Kuliah, tutorial, amali menjadi teman setia daripada hari isnin sampai la jumaat. Sabtu dan ahad pulak masa nak uruskan diri, siapkan tutorial, kemas bilik (enam bulan sekali je kot)  dan aktiviti yang paling digemari tengok movie lah. Layan je la apa cerita pun.


Kalau budak-budak bilik depan aku pulak dok main game tak kira lah hari apa pun, game tetap ON je la. Baiklah, pendahuluan yang cukup panjang. Itu pon kalau ada yang baca lah. Aku sebenarnya tiba-tiba teringat kat roomate-roomate kesayangan aku nih. Ariff, Syawal (Melin), dan Nik Adly. Tak dilupakan jugak jiran-jiran di kiri kanan bilik aku, Pali, Nas, Prof, Master, Fadhil, Kamarul, dan lain-lain. Walaupun aku kenal korang dalam setahun je kat matrik tu, aku dah rasa macam kenal korang lama. Biasalah kan kalau dah nama roomate tu mesti ada tercubit, tertumbuk. tersepak, tertampar, terambil, termarah dan semua ter..ter..ter.. yang boleh la.

Aku minta maaf kalau pernah buat korang marah atau sakit hati dengan aku. Aku memang banyak terhutang budi dengan mereka-mereka ni. Entah bila la dapat jumpa korang lagi lepas ni. Bila korang ada aku tak rasa apa-apa sangat tapi bila korang dah takde depan mata ni macam selalu tu, aku rasa lain pulak. Rasa kehilangan sangat-sangat. Korang jugak la yang selalu buat aku ketawa dengan lawak korang yang entah apa-apa tu kan, tapi itu semua lah yang aku dok terkenang sekarang ni sampai jari jemari aku ligat menaip entri ni khas untuk korang.

Dari Kanan: Nik, Fadhil, Ashraf, & Syawal.
Belakang: Fadhli (Pali)

*erks. HAHA!

Dari Kiri: Nik, Syawal & Arif

Mungkin betul la bila orang cakap, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila dia sudah tiada depan mata kita. Bila la dapat gather macam dulu lagi. Kalau Arif, aku rindu nak tanya dia banyak benda, lebih-lebih lagi kalau nak exam atau ada kuiz. Dia jugak la yang banyak membantu aku sepanjang aku kat sini. Aku ingat lagi masa mula-mula aku jejak kaki kat matrik ni, Arif dan Nik la antara orang terawal yang aku kenal sebelum yang lain. Nik pula seorang yang baik sebenarnya, cuma kadang-kadang dia sedikit garang jika hendak dibandingkan dengan Arif dan Merlin. HAHA! Aku terhutang budi dengan kau Nik. Aku ingat lagi masa aku sakit, kau jugak lah yang teman aku kat Hospital tu. Terima kasih dah banyak tolong aku. Aku minta maaf selalu buat kau marah. Biasalah masing-masing tertekan kat sini kan. Kesimpulannya, normal la kalau marah-marah tu kan. Aku tak pernah ambil hati pon. Aku tahu kalau kita gaduh macam mana pun, nanti akan ok jugak.

Seterusnya, Syawal Syamrien (Melin), dia ni okay jer. Apa yang aku nampak, dia ni rajin belajar. Lebih-lebih lagi untuk subjek Kimia since cikgu diam (Miss Tee Bee Lian) sangatlah rajin untuk membuat kuiz semasa kelas tutorial. HEHE! Aku suka tanya dia kalau ada apa-apa yang aku tak faham tentang subjek kimia ni. Dia kira pro jugak lah. Aku paling suka kalau jam loceng aku mula 'menjerit' awal-awal pagi kat bilik B1.1.10 tu. Orang pertama yang akan tersedar si Syawal ni lah. Dia yang akan kejut aku suruh matikan jam tu. HAHA! Tiap-tiap kali jam tu 'menjerit' mesti dia yang sedar dulu. Dia hanya kan suruh aku matikan jam tu supaya dia boleh sambung tidur. Macam-macam kerenah ada. Kalau Arif dengan Nik, memang takkan sedar lah walaupun bom meletup dalam bilik tu.

Sekarang kita kena ikut haluan masing-masing. Tak lama lagi aku akan sambung belajar di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dengan course Biologi Pemuliharaan. Arif pulak akan ke UKM untuk course Medic. Semoga menjadi seorang doktor yang berjaya. Syawal pulak kalau tak silap ke UteM dan Nik pulak masih gagal dikesan. HEHE! Apa-apa pun terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberkati persahabatan kita. Agak-agak siapalah bakal roommate aku kat UMS nanti ya?

#Harap-harap kat UMS nanti boleh update selalu. HAHA! We'll see!

Labels: , , , ,

Friday, July 27, 2012

UMS OH UMS!


Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini entah mengapa aku merasa malas sekali untuk mengupdate blog ni. HAHA! Mungkin kerana faktor kurangnya masa untuk aku duduk menghadap laptop gara-gara dilanda kesibukan mempersiapkan diri dan segala keperluan sebelum aku berangkat pergi ke negeri orang. Kadang-kadang tu mula terbit rasa risau tentang keadaan di sana nanti. Insha Allah, aku akan cuba sedaya upaya ku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Blogger yang sentiasa memberi dorongan dan komen-komen yang positif menambahkan lagi semangat ku untuk terus melangkah kehadapan. (*ayat skema). 


Alhamdulillah, segala maklumat yang perlu dilengkapkan melalui sistem online yang kadang kala mengusutkan sedikit fikiran aku ni telah aku lengkapkan dengan jayanya. Hoho! Senang hati sekarang! Urusan yuran, permohonan pinjaman PTPTN, dan segalanya telah aku uruskan dengan bantuan mak ayah dan kenalan terdekat.


Hari ni aku pergi ke hospital seawal jam 8 pagi semata-mata untuk buat medical check up. Memang penat nak menunggu. Penantian aku selama hampir satu jam semata-mata hendak menunggu giliran aku yang seakan tak kunjung tiba. HAHA! Ternyata bukanlah mudah nak masuk ke Universiti ni. Banyak proses dan perkara perlu dilakukan. Bermula daripada urine test , ujian mata, pemeriksaan gigi, X-ray, tinggi dan berat, mengukur tekanan darah, nadi dan ada beberapa lagi. Memang naik turun tangga lah aku sepanjang hari ni. Ye la, Bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang kita mahu, kan? Setiap kemahuan itu haruslah disusuli dengan usaha, baru lah kita berjaya dapat apa yang kita impikan. Cewaah!!


Apa yang best hari ni? Haa.. semasa medical check up kat hospital di daerah Kluang ini, aku melihat beberapa orang gadis yang kelihatan seperti berbangsa Cina, tetapi apabila mereka berkomunikasi sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa melayu. Mula-mula tu aku buat tak tahu je la. Cantik tu, memang cantik la. AHA! Semasa beratur untuk menunggu giliran melakukan pemeriksaan, aku perasan dua orang daripada mereka memegang buku panduan Universiti yang seakan biasa aku lihat. Ternyata itu lah buku panduan daripada pihak UMS. Wah! Nampaknya mereka pon akan ke sana jugak la nanti. Aku pun mula mengorak langkah untuk mengenali mereka. Bila dah kenal salah seorang daripada mereka, baru lah aku tahu yang diorang ni sebenarnya orang Sabah. HEHE! Memang cantik! Tiba-tiba jadi semangat nak belajar. HAHA! (*gurau je)

wanita idamanku :D

Sekadar memuji. Dia pun nampak baik je. Huuu! Tak lama lagi dah ni. Aku akan ke sana meneruskan perjuangan demi mengejar cita-cita ku ini! Cewaah! Bukan main semangat sekarang ni!

tiket penerbangan juga dah settle.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang bakal meneruskan pengajian, selamat maju jaya ye! Insha Allah, dengan semangat dan usaha yang berterusan, impian kita untuk menggenggam segulung ijazah akan dapat direalisasikan. Amin~





Labels:

Friday, July 13, 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH

Assalamualaikum...

Hari ini seperti yang ditetapkan, keputusan atau semakan bagi kemasukan program ijazah (UPU) boleh dibuat secara online atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Hampir semalaman aku sukar untuk melelapkan mata kerana memikirkan apa yang bakal aku lalui pada esok hari. Hari yang ditunggu-tunggu untuk menjawab semua persoalan yang bermain di kotak fikiran kini telah pun datang menjelma. Alhamdulillah, walaupun aku ditawarkan kursus yang tidak pernah aku jangkakan, aku masih tetap bersyukur. Mungkin rezeki aku di sini. Walaupun agak berat hati apabila ditawarkan untuk ke sebuah tempat yang terlalu asing buat aku, aku masih akan teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan titik baru dalam kehidupan aku selepas ini. Insha Allah, jika diberikan kesempatan, aku akan melaangkah masuk ke sana dan meneruskan pengajian aku. Kepada semua yang telah berjaya ditawarkan ke sebarang IPTA, tahniah saya ucapkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat maju jaya.





Labels:

Sunday, July 1, 2012

BILA DAH BESAR NANTI NAK JADI APA?

Assalamualaikum para blogger yang dihormati. Tengok tajuk entri pon korang mesti dah tahu kan saya nak cerita pasal apa. Baiklah, soalan macam ni mesti sudah selalu korang dengar terutamanya bila bergelar kanak-kanak riang suatu masa dahulu. Aha. Comel je semua masa tu kan? Cikgu-cikgu korang semua mesti pernah tanya soalan ni. Dah besar nanti, awak nak jadi apa? Nak kerja apa? Cita-cita awak? Pada ketika itu pasti ramai yang memberikan jawapan "saya nak jadi doktor." Mungkin ada yang nak jadi seorang guru, jurutera dan lain-lain. Tetapi, sampai satu tahap, kita akan mula keliru dengan cita-cita kita itu sendiri. Dan inilah yang sedang dihadapi oleh saya sebenarnya. Saya sendiri masih keliru dengan apa yang menjadi cita-cita saya kerana saya seringkali bertanya kepada diri sendiri apakah saya mampu untuk merealisasikan impian saya itu? Dan apakah ini yang saya mahukan untuk kehidupan saya pada masa akan datang? Kita semestinya menginginkan yang terbaik dan kita perlu membuat keputusan yang bijak untuk memastikan kita tidak menyesal di kemudian hari. Alhamdulillah, segala keputusan saya yang perlu tentukan. Mak dan ayah hanya memberikan sokongan dan dorongan. Saya bebas untuk memilih sebarang kursus untuk pengajian di Universiti kelak. Di mana? Saya sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang. Semuanya ketentuan Allah. 


Jika rezeki saya ada, maka saya akan teruskan dengan pilihan yang telah dibuat. Harapan ke langit tinggi menggunung. Hehe. Tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang terpaksa mengikuti kemahuan atau kehendak ibu bapa dalam pemilihan kursus ni? Bertambah masalah mereka kan? Mungkin mereka masih boleh berbincang dengan baik bersama ibu bapa. Maklumlah, mak dan ayah kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita tetapi ada masanya kita harus belajar untuk membuat keputusan sendiri dan mampu untuk meyakinkan mereka dengan keputusan yang kita ambil. Jika ibu bapa masih tidak dapat menerima keadaan ini, sebagai seorang anak, mungkin kita harus redha dan apa yang penting ialah untuk meneruskan pengajian kita. Insha Allah, Allah akan membantu kita untuk mempermudahkan jalan kita. Apa yang paling penting di sini ialah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita. 

Sekali lagi soalan yang sama saya tujukan kepada para pembaca "Apakah yang diinginkan dalam kehidupan ini?" Setiap insan mempunyai impian mereka sendiri. Nak rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami kaya, anak-anak yang ramai, kerjaya yang baik dan banyak lagi. Tetapi, impian itu haruslah disusuli dengan usaha dan jangan pernah berputus asa. Ini pesanan daripada seseorang kepada saya "Kalau kita berjaya membeli dunia sekalipun, apakah kita mampu membeli sebuah mahligai di syurga?" Begitu mendalam maknanya. "Jika anda merasakan diri anda hebat, carilah penjuru di dalam bulatan." Mampukah kita? Tidak sama sekali. Tetapi kunci kepada kejayaan seseorang itu adalah daripada usaha yang disertakan dengan doa serta tawakal. Insha Allah.

Sebelum entri ni menjadi sebuah karangan yang berjela-jela, apa yang saya ingin rumuskan ialah, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sahajalah yang menentukan segalanya. Kepada kawan-kawan yang masih belajar atau sedang bercuti (seperti saya), renung-renungkanlah mengenai apa yang akan dilakukan pada masa depan anda. Tak salah untuk kita merancang kan? Saya sendiri masih mencari jawapan untuk soalan-soalan di atas tu. Sesiapa yang nak berkongsi pendapat atau cadangan boleh la tinggalkan di ruangan KOMEN. Terima kasih kerana membaca.  

"BUKAN SEMUA YANG KITA KEHENDAKI ATAU IMPIKAN AKAN KITA PEROLEHI"
Seperti kata-kata yang pernah saya baca "Harga dan nilai sebuah mutiara itu tidak akan jatuh meskipun penyelam yang menemuinya adalah orang yang hina".

Labels: ,

Tuesday, May 29, 2012

ALHAMDULILLAH...

Hari ini awal-awal pagi aku dah bangun,
perasaan serba tak menentu...
jantung berdegup kencang...
Pelbagai perkara bermain di kotak fikiran ini...
Tepat jam 10 pagi, aku menjadi semakin tak menentu,
nervous sangat saat-saat result sudah boleh disemak secara online...
aku mengambil nafas yang panjang, masukkan nombor matrik dan nombor kad pengenalan..
selepas itu aku terus pejamkan mata serapat-rapatnya...
seakan tidak sanggup untuk melihat keputusanku sendiri..
Alhamdulillah inilah rezeki daripada Allah...
Aku bersyukur...
Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat semua pensyarah di KMNS kerana telah banyak membantu di sepanjang setahun di KMNS...

Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah-pensyarah yang sentiasa di hati kami:
jasamu dikenang...


Biology ~ Cikgu Hidayah, Cikgu Hajar, Cikgu Maznizam & Cikgu Meeraisha 
Chemistry~ Cikgu Badrisam, Cikgu Waniza (Cikgu Remaja) & Cikgu Syed
Mathematics~ Cikgu Shatri, Cikgu Fazlina (Mentor kami), En. Hairon & Cikgu Nasruddin
Science Computer~ Cikgu Anie, Cikgu Vanitha, & Cikgu Hasni




Tahniah kepada semua yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan...
Semoga anda akan terus dedikasi untuk teruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, insha Allah...



Labels:

Monday, April 30, 2012

CUTI OH CUTI

Selamat pagi..
hurm~
da 4 hari kat rumah...terasa sangat bosan la pulak...
nak keluar cari kerja, terasa malas la pulak...
hah?? malas??? tak boleh jadi ni...macam mane nak kumpul duit untuk jalan-jalan tu nanti...
huh!! kawan-kawan yang lain pulak macam mane?
Dah mula kerja ke?
Ada yang senyap, sunyi sepi tanpa berita...ada pulak yang online 24/7...hehe...
Ada la beberapa jawapan yang aku terima tentang masa cuti selama 5 bulan ni untuk:

komen Jazz 
Yuni pulak nak nangis sepanjang masa..hehe

Pali ni aku tak tahu la...dia cuti , tak cuti busy je..artis kan??
haa...Hanim pulak lain ceritanye....
jgn makan coklat banyak sangat yer Hanim....haha

Kak Chik sorang ni lain pula ceritanya...
jadi amah @ pembantu rumah...


ramai betul nak jadi suri rumah ni ha..
nak kawen da kawan-kawan aku ni agaknye...
Mek Siti sorang ni pon same je..
lebih kurang macam Kak Chik sorang tuu...


haaa...sekarang turn member k-pop aq..haha
tak lain tak bukan, Zizan laa..
kite tengok apa dia buat time cuti ni...



Yang lain-lain aku tak tahu lagi..masih menanti jawapan...



Labels: