Saturday, June 16, 2012

APA ITU EGO?

Apakah yang dimaksudkan dengan ego? 


Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu. 


"Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa."


     Jadi, entri saya pada malam ini akan memberikan penekanan mengenai ego. Antara isu yang selalu menjadi perbalahan ialah apabila perbandingan dilakukan untuk menetukan antara lelaki atau perempuan, siapakah yang lebih ego? Jika di jawab lelaki lebih ego, sudah tentu ada lelaki-lelaki yang kat luar sana yang tidak berpuas hati begitu juga sebaliknya. Sebenarnya, ego ini tidak boleh ditentukan berdasarkan jantina semata-mata. 



    Kebiasaannya seseorang itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya dilabelkan sebagai seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari bahawa sifat itu memang sudah ada dalam diri mereka.


    Yang membezakannya hanyalah tahap ego seseorang itu. Berdasarkan kajian, wanita yang bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja.  Itu hanayalah kajian yang dilakukan, ini tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki juga begitu. Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai contoh hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap keegoan yang lebih tinggi berbanding si isteri.


"Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut"

    Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.

Bersama-samalah kita mengubahnya.

Labels:

PASAR NGERI


Apakah yang bermain di fikiran anda sebaik sahaja membaca tajuk untuk entri kali ini?
Terdapat sebuah pasar di Indonesia iaitu Pasar Tomohon yang menjual binatang-binatang yang jarang dijual di pasar-pasar lain. Antara binatang yang dijual di pasar ini ialah kelawar, tikus, anjing, khinzir dan tidak terkecuali ular. Binatang-binatang ini dijual sama ada masih hidup atau telah disembelih. Sangat meloyakan. Di saat kita menikmati daging lembu, ayam, ikan dan binatang yang halal dimakan dan dibolehkan oleh Islam mereka di sana memakan daging-daging daripada binatang perosak seperti tikus.

Pada mulanya saya mengira ini sebagai seseuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, setelah disokong dengan gambar-gambar di pasar itu sendiri menambah keyakinan saya bahawa di pasar ini aktiviti menjual binatang seperti ini benar-benar wujud. Anjing yang dijual di sini dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dipanggang untuk dijual dagingnya. Tikus juga turut dipanggang untuk dijual. 

kelawar yang telah dibuang sayapnya.

Anjing yang telah dipanggang.

Khinzir yang dibeli secara terus daripada Pasar Tomohon

Tikus yang telah dipanggang.





Labels: , ,

HELL THEME PARK THAILAND

Tahukah anda bahawa sebuah taman tema neraka telah dibuka kepada umum?

Taman Tema Neraka Wang Saen Suk ini memaparkan gambaran kehidupan di neraka bagi penganut agama Buddha. Taman tema ini diwujudkan supaya masyarakat akan takut untuk melakukan kejahatan.
Tetapi, sejauh manakah ia memberi kesan? 
Di sini, gambaran tentang neraka bagi penganut agama Buddha jelas dirangkumkan kepada umum di setiap sudut sebaik saja anda melangkah masuk ke sini.
Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai taman tema ini.
Anda boleh la melihat sedikit sebanyak daripada gambar-gambar di bawah.
Selain di Thailand, di Singapura juga terdapat sebuah taman tema dengan konsep yang sama iaitu Har Par Villa.




Spend a lovely day with the kids at Thailand's Hell torture theme park

Spend a lovely day with the kids at Thailand's Hell torture theme park


Labels: ,

MISTERI: PULAU ULAR, BRAZIL

Pulau yang dihuni ular? 

    Semasa saya membaca artikel di sebuah majalah, saya tertatrik mengenai sebuah pulau yang didominasi oleh ular. Dan menurut sumber, tiada manusia yang hidup di pulau tersebut. Terdapat pelbagai spesis ular berbisa terdapat di pulau tersebut. Pulau ini terletak kira-kira 90 kilometer di luar kawasan pantai Brazil. Sebarang aktiviti di pulau tersebut adalah diharamkan dan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan yang akan berlaku sekiranya manusia pergi ke pulau tersebut. Pengharaman ini telah dilakukan oleh Tentera Laut Brazil sendiri. Terdapat juga pelbagai misteri dan khazanah alam yang masih belum diterokai di pulau tersebut. Pemandangan di pulau ini sangat indah dan    apa yang pasti, tiada manusia di pulau tersebut.

Snake Island, Brazil

Terlalu banyak spesis ular beracun yang terdapat di pulau ini. Racun ular itu dapat membunuh manusia hanya dalam beberapa saat. Bisanya menular dengan sangat pantas dan mampu mencairkan daging. Ular telah menjadikan pulau itu sebagai kawasan mereka. Makanan utama mereka ialah burung-burung yang terdapat di pulau berkenaan.

Bisa ular ini mampu untuk membunuh dalam sekelip mata.


Ular menjadikan burung sebagai makanan utama.
Brazil juga terkenal dengan kepelbagaian spesis ular 


Berlainan pula kisahnya di Pulau Ramree (Ramree Island, Myanmar), di pulau ini pula terdapat begitu banyak spesis buaya air masin dan juga nyamuk yang membawa penyakit (malaria)



Labels:

MISTERI: ANAK PATUNG OKIKU


   Anak patung yang penuh misteri?  

    Baiklah, pagi ini saya nak share mengenai misteri anak patung Okiku ni. Mungkin ada antara kita yang sudah tahu mengenai anak patung ni. Tapi, bagi yang belum tahu tu, bacalah entri kali ini sampai habis.Saya sendiri tak tahu nak klasifikasikan anak patung ni sebagai misteri atau pun unik. Mungkin kedua-duanya sekali. 

    Ini kerana anak patung daripada Jepun ini jika dilihat sahaja sudah menimbulkan banyak persoalan. Apa yang menarik mengenai Okiku ni ialah rambutnya yang boleh memanjang seperti kanak-kanak normal. Menarik kan? Daripada ujian forensik yang dijalankan ke atas Okiku ni, memang telah terbukti bahawa rambut itu benar-benar tumbuh dan terus memanjang seperti kanak-kanak normal. 


    Sejarah: Nama Okiku diambil sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan anak patung dan berpakaian kimono dan mempunyai rambut yang lebat persis ciri-ciri yang ada pada anak patung tersebut.

Rambut Boneka Ini Bisa Memanjang Sendiri
anak patung berpakaian kimono
Anak patung ini telah dibeli pada tahun 1918 oleh seorang pemuda, Eichiki Suzuki untuk adiknya yang baru berusia lingkungan 2 tahun. Malangnya, tidak lama kemudian kanak-kanak itu meninggal dunia setelah demam berpanjangan. Pada mulanya, keluarga kanak-kanak ini hendak meletakkan anak patung ini bersama-sama dengannya di dalam keranda tetapi entah mengapa mereka terlupa untuk berbuat demikian semasa pengebumian dijalankan.
Keluarga kanak-kanak itu menempatkan anak patung itu di rumah untuk memperingati kanak-kanak tersebut. Apa yang aneh ialah apabila mereka mula mendapati bahawa rambut anak patung itu mulai tumbuh dan memanjang.
Walaupun dipotong, rambutnya akan tumbuh kembali seperti kanak-kanak normal. 

Rambutnya terus memanjang seperti
seorang kanak-kanak perempuan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, rambut tersebut merupakan rambut manusia.

Labels: ,