Sunday, September 2, 2012

HARI PERTAMA AKU DI UMS


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama membuat persiapan untuk sambung belajar ni, aku teramatlah sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dunia Blog untuk sementara waktu. Baiklah, Entri aku pada hari ni bertujuan untuk berkongsi pengalaman aku semasa mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hari ni dah masuk hari kedua aku berada di UMS, perasaan masih lagi bercampur-baur. Antara sedih, gembira dan teruja sebenarnya kerana dah lama sangat bercuti. Rehat semua pon dah cukup dan aku rasa inilah saatnya untuk kembali belajar. Aku bersyukur kerana segala urusan semasa pendaftaran pada jam lebih kurang 9 pagi semalam selesai walaupun aku terpaksa bersesak di dalam lautan manusia. Cewaah! HAHA! Seawal jam 8 pagi jalan raya yang kebiasaannya lengang menjadi sibuk serta-merta. Semuanya berpusu-pusu menuju ke UMS ni.

Setibanya aku di UMS ni, aku tergamam kerana keindahan alam sekitarnya yang masih lagi terpelihara dan dikelilingi oleh lautan yang membiru. Struktur bangunannya juga begitu unik dan sangat-sangat cantik. Aku rasa bertuah jugak la dapat belajar di bumi Sabah ni. Orang-orang kat sini pon baik-baik belaka dan peramah. Selepas ini akan bermula lah Minggu Suai Mesra kami selama seminggu. Aku seakan dapat menduga bagaimana penatnya nanti. Alhamdulillah, aku da ada seorang roommate. Orag Sabah juga ni. Ada dua lagi kekosongan di dalam bilik aku ni. Harap-harap ada lah orang daripada Semenanjung kan. Aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa di sini. Waktu solat semua ikut sama berubah. Kat Sabah ni pukul 5:30 pagi da terang dah macam pukul 7:00 pagi kalau di Semenanjung tu. Pukul 6:30 petang pulak dah macam pukul 8;00 malam di Semenanjung. Okaylah! Sampai sini dulu cerita aku tentang hari pertama aku kat UMS ni. Korang bolehlah layan gambar-gambar kat bawah ni.

Muat-muat je untuk letak pakaian.


Banyak ruang untuk simpan barang.


Katil bawah tu, aku yang punya. HAHA! 


Ni pulak view daripada tingkap bilik kami. 

Beg, tali leher, dan item yang perlu dipakai sepanjang
Minggu Suai Mesra.
 

Nanti kalau ada kelapangan, aku upload lagi gambar-gambar sekitar UMS ni. Sepanjang minggu ni, jadual kami telah pun diaturkan sepadat-padatnya dengan taklimat dan Program Minggu Suai Mesra. Kepada semua kawan-kawan yang menyambung pengajian di mana jua anda berada sekarang ni, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Insha Allah, segala Usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia.

Labels: , , , , ,