Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA

ASSALAMUALAIKUM....

BEN ASHAARI

Haa.. Malam ni saya join segmen Abang Ben untuk pertama kalinya.. 
Terima kasih Abang Ben sebab buat segmen untuk blogger-blogger junior macam saya ni.
Kalau nak join KLIK SINI

Blog yang saya suka baca?
Emm.. Saya memang suka 'blogwalking' ke blog-blog yang saya suka.
Saya suka berkunjung ke blog-blog yang mempamerkan informasi terkini ataupun semasa.
Blog yang banyak unsur-unsur nasihat dan pengajaran.
Selain 'blogging' ni, kita boleh jugak menimba ilmu dan kekal up-to-date dengan isu semasa baik di dalam negara mahupun di luar negara.
Sekian. :)


Labels:

6 GOLONGAN WANITA YANG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI


Entri pada malam ini mengenai enam golongan wanita yang kurang layak untuk dijadikan isteri. Sebagai seorang lelaki, untuk memiliki seorang isteri yang cantik merupakan impian mereka. Tetapi, kecantikan itu perlulah selari dengan sifat mereka. Ingatlah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. 

 Masih adakah wanita sesuci Maryam, seteguh Aisyah, setulus Khadijah dan setabah Fatimah?


1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah.Yang selalu merasa tidak cukup,apa yang diberi semua tak cukup.Diberi rumah tak cukup,diberi motorsikal tak cukup,diberi kereta tak cukup.Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja,tanpa memperhatikan perasaan suami,tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih kepada suami.Apa yang suami beri pun tidak pernah puas.Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit.Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.sangat suka cakap buruk tentang suami,tak ingat budi,tak bertanggungjawab,tiada kasih sayang.Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam kepadanya.

3. Al -Hunaana:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain.Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain.Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa.Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan.Pagi,petang,malam asyik menekan dan memaksa suami.Adakalanya dengan berbagai ancaman:ingin lari,ingin bunuh diri,ingin membuat malu suami.Suami dibuat seperti hambanya,bukan sebagai pemimpinnya.Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk bersolek atau tidur atau suka buang masa hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas,seperti solat berjemaah,wirid zikir,mengurus rumah-tangga,berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbual,bergosip.Siang malam,pagi petang asyik bergosip terus.Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak betul dimatanya.Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berakap di depan suami,tapi dengan telefon,SMS,internet dan macam-macam cara yang lain.Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

 Ya Allahkurniakanlah kepadaku cinta yang Engkau redhai~ Amin

Labels: ,