OBESITI... PILIHAN ATAU TAKDIR?
Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Macam lama je tak update blog ni kan? Aih.. Bukannya tidak mahu update, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik untuk dikongsi dan ditambah pula dengan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar ni kan. Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kembali untuk meneruskan pengajian di UMS ni untuk semester ketiga atau pun tahun kedua di sini. Yeah! Kami kini bergelar SENIOR. Cewaahh!! Haha! Kalau tengok tajuk untuk post kali ni kan, mesti korang da dapat teka apa mesej yang cuba aku sampaikan. Baiklah, lets we go direct to the point. Sebenarnya, post ni bukanlah untuk mengguris hati mana-mana pihak. Cuma kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan ni perlu ada dalam diri setiap individu. Obesiti ataupun dalam bahasa lainnya gemuk, merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Malaysia merupakan antara
Negara yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk bilangan penduduk yang
mengalami masalah Obesiti. Jadi, bertanyalah kepada diri anda sendiri, adakah
anda merupakan salah seorang daripada yang menyumbang kepada peratusan
tersebut? Apakah puncanya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Baiklah, jika
jawapan anda ialah YA , apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk
mengatasi masalah ini? Cari penyelesaian atau jalan keluar, itu lebih baik
daripada kita terus persalahkan mana-mana pihak. Kawal pemakanan seharian kita
dan amalkan gaya hidupm sihat,
Macam lama je tak update blog ni kan? Aih.. Bukannya tidak mahu update, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik untuk dikongsi dan ditambah pula dengan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar ni kan. Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kembali untuk meneruskan pengajian di UMS ni untuk semester ketiga atau pun tahun kedua di sini. Yeah! Kami kini bergelar SENIOR. Cewaahh!! Haha! Kalau tengok tajuk untuk post kali ni kan, mesti korang da dapat teka apa mesej yang cuba aku sampaikan. Baiklah, lets we go direct to the point. Sebenarnya, post ni bukanlah untuk mengguris hati mana-mana pihak. Cuma kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan ni perlu ada dalam diri setiap individu. Obesiti ataupun dalam bahasa lainnya gemuk, merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Aku sendiri pernah tergolong dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan ni (sila rujuk gambar di bawah). Perasaan pada ketika itu bercampur baur. Rasa segan, kurang keyakinan diri dan yang paling membimbangkan adalah risiko untuk mengalami masalah kesihatan atau mendapat penyakit yang berpunca daripada masalah obesiti ni sendiri. Selain itu, aku mudah merasa penat apabila melakukan sebarang aktiviti fizikal. Malahan untuk berjalan pun terasa malas. Kadang-kadang tu pernah la juga menjadi bahan ketawa orang apabila kita berada dalam keadaan “bulat” sebegini. Mulalah macam-macam gelaran yang kurang disenangi didengari. Yelah, mulut tempayan boleh la kita tutup, tapi mulut orang ni…. tidak mampu bukan?
Aku dah cuba macam-macam pada permulaannya. Diet la, sampai tak makan satu hari, kononnya boleh la kurus. Tapi akibatnya gastric yang aku dapat sebagai ganjarannya. Jadi, kalau korang nak mulakan untuk menurunkan berat badan ni, jangan la ikut cara aku ni. HAHA! Takut memakan diri pula. Cara yang betul sebenarnya adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang, pengambilan kalori yang tidak melebihi keperluan diri anda untuk seharian, amalkan senaman secara berkala. Kalau rajin lagi, boleh lah pergi ke gym. Sentiasa pantau apa yang anda makan. Pantau perkembangan turun atau naik berat badan anda sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu. Aku akui, memang sukar pada permulaannya. Tapi, janganlah pernah untuk berputus asa. Apa yang kita buat ni kan untuk kebaikan diri sendiri juga kan. Jadi, ikhlaskan lah hati tu. Insha Allah, akan dipermudahkan.

Banyakkan minum air masak (sky juice), sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau nak lebih pon tak mengapa. Sky juice ni tanpa kalori (0 kalori), jadi korang nak minum banyak mana pon minum lah. Apa yang aku amalkan dalam diet seharian adalah dengan banyak meminum air, kurangkan pengambilan makanan berminyak, makan banyak sayur-sayuran hijau, dan yang paling penting makan dengan kuantiti yang betul. Kalau biasa kita makan nasi tu, dua senduk sampai berbukit di pinggan tu cubalah untuk mengurangkan kuantitinya kepada separuh daripada kebiasaannya. Nak lebih baik?? Kuantiti nasi tu tak lebih daripada lebih kurang saiz satu genggam tangan anda tu.

Untuk melakukan semua
ini, kesabaran menjadi kunci utama anda. Jangan pernah berputus asa. Jika anda
mahukan sesuatu, anda haruslah berusaha untuk mendapatkannya kan? Jadi, aku
yakin yang semua orang pun boleh melakukannya. Bukan sahaja golongan obesity
ni, malahan yang sihat dan normal juga perlu lah untuk mengamalkan pola
pemakanan yang seimbang. Apa yang penting adalah sentiasa memotivasikan diri
anda dan letak target anda awal-awal lagi. Anda pasti boleh melakukannya. Aku
sekarang masih mengejar target aku sendiri untuk mencapai berat badan yang
ideal. Tiada yang mustahil apabila kita tidak berputus asa. “YOU CANNOT FAIL
WHEN YOU DO NOT GIVE UP”. Apa yang
penting adalah kesihatan kita terjamin. Tanpa kesihatan yang baik, kebahagiaan
hidup juga akan terjejas. Marilah kita bersama menurunkan peratusan masyarakat
Negara kita yang mengalami masalah obesiti ni. Setakat ini sudah 22 kilogram sudah berjaya di"hilang"kan. Terus untuk mencapai target. #Weight loss = 25 kg. Insha Allah.
Labels: cara hilang 25 kg, cara kurus cepat, gaya hidup sihat, hilang 20 kg, makanan seimbang, Obesiti, obesiti di Malaysia, tips berkesan untuk kurus, tips kurangkan berat badan, tips kurus cepat, tips kuruskan badan