Tuesday, October 21, 2014

AIDILADHA DI PERANTAUAN

Walaupun Aidiladha dah berlalu, kali ni Emyr nak share macam mana kami yang bergelar student di UMS ni sambut Aidiladha di sini. Raya tetap raya kan. Walaupun tak dapat balik beraya bersama keluarga, jadi, kami luangkan masa untuk beraya bersama kawan-kawan seperjuangan sepanjang lebih 2 tahun di UMS ni. Seronok pula bila sekali-sekala dapat luangkan masa bersama, bergelak ketawa dengan sakannya. Riuh-rendah la jugak, Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan Program Hari Raya bersama ni. Sepecial thanks to our "tukang masak" - Kak Kocha. Makanan semua sedap-sedap. Pandai akak masak :D. haa.. Pelbagai destinasi kami kunjungi. Antaranya, Dataran Merdeka kot yang kat KK tu, dok melepak kat sana , makan-makan sampai kenyang dan bergambar (yang ni wajib la kan). Selepas tu kami pergi tengok wayang dan melepak ke CentralPoint (CP) kat area bandar Kota Kinabalu ni. Destinasi seterusnya pergi makan-makan seafood pulak. HEHE! Sebelum balik tu, sempat jugak la kami menyinggah kat kawasan Tanjung Lipat tu untuk bergambar kenang-kenangan katanya. :)














Labels: , , , , , , , , ,