Monday, May 26, 2014

[4D3N] ENTOMOLOGY FIELD TRIP DI SUKAU, KINABATANGAN, SABAH.

Pada tanggal 16 Mei 2014 sehingga 19 Mei 2014, kami yang bergelar pelajar tahun 2 di Instiut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah yang mengambil kursus Entomologi atau dalam bahasa mudahnya ialah proses pembelajaran mengenai serangga telah menjalankan kajian atau kerja lapangan kami yang bertempat di Sukau, Kinabatangan, Sabah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6-7 jam daripada Kota Kinabalu ni memang meletihkan. Tetapi, apa-apa pun, kami bersyukur kerana telah selamat sampai di sana dan selamat juga kembali ke kampus setelah program selama 4 hari 3 malam ini berakhir. Banyak juga koleksi serangga yang dapat dikumpul. 

Sebahagian daripada pelajar tahun 2 yang turut serta dalam trip kali ni. Muka bahagia bha semua! 
                           

Pemandangan daripada jeti. Sungai Kinabatangan ni merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia kan? HEHE!
Khabarnya ada buaya di sini. 


Dan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman masuk ke dalam Gua Gomantong tu. HEHE! Sesiapa yang pernah masuk ke dalam sana tu mesti faham sangat dengan apa yang saya maksudkan di sini. Gua gomantong merupakan salah satu gua sarang burung di Sabah. Di kawasan tersebut gua terdapat banyak lagi gua-gua yang menjadi tempat burung layang-layang ni bersarang. Sarang burung ni mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam mahupun luar negara. Kami hanya dibenarkan masuk ke salah satu gua yang terdapat di sana. 

Perjalanan sebelum sampai ke Gua yang dituju,

Trail juga disediakan untuk memudahkan perjalanan sambil menikmati kehijauan alam sekeliling. Keselamatan pengunjung pun lebih terjamin bukan?

Nah! Sampai sudah di hadapan Gua Simud Hitam ni.
Kehadiran kami nyata disambut dengan ribuan ekor burung-burung yang bebas terbang keluar dan masuk daripada gua tersebut. Well, itu memang sudah dijangka. Tetapi ianya belum cukup sampai di situ sahaja. Seterusnya, setelah berjalan hampir 50 meter masuk ke dalam gua tersebut, keadaan semakin gelap. Ternyata terdapat ribuan ekor serangga "kegemaran" ramai yang turut menyambut kehadiran kami di sana. Apakah serangga yang dimaksudkan? Lipas. Yess!! Lipas.. HAHA! Memang ini agak mengerikan jika seseorang yang sangat fobia dengan serangga ni. Yang berani pon boleh jadi cuak bila tengok berapa banyaknya bilangan "mereka" di sini. 

Dalam gua ni juga ada trail yang disediakan untuk memudahkan perjalanan pengunjung di sini. 

Nah! Sempat jugalah ber"selfie" sebelum semuanya "berlari" gara-gara
kehadiran lipas yang sangat banyak mula disedari. HAHA!


Bergambar bersama rakan seperjungan dan juga staf-staf yang turut serta dalam kerja lapangan di sini.
Tanpa mereka sukarlah kerja kami di sini. Terima Kasih kepada pihak yang membantu.

Bergaya jugak masuk hutan budak-budak nih! Rakan-rakan seperjuangan ku!

                             
Apa-apa pun ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan tak dapat dilupakan. Keindahan alam ciptaan Allah ni sepatutnya kita pelihara bersama. Gua Gomantong ni juga merupakan destinasi pelancongan yang berdaftar tau. Jadi, kepada pencinta-pencinta alam, anda di syorkan untuk melawat kawasan ni. Memang tak rugi, kalau bernsib baik, dapatlah lihat orang utan juga di sini. Ada beberapa spesis monyet lain juga di sini. Maklumlah, kawasan ni merupakan Hutan Simpan Kelas I ok! Memang hutan yang dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. 

Yang ni "light trap" namanya. Bahasa Melayu perangkap cahaya yang kami pasang untuk
menarik serangga untuk berkumpul di sini. Aktiviti ini dialankan hanya pada waktu malam.

Beginilah caranya untuk memudahkan proses pengumpulan serangga. Antara yang paling
mudah didapati adalah rama-rama (moth) yang kebiasaannya hanya keluar
pada waktu malam. Yang korang nampak waktu siang tu kupu-kupu (butterfly).

                                                 

Labels: , , , , , , , , , ,