Wednesday, December 19, 2012

KELAS MANDARIN SEMESTER 1 UMS - TAHAP I

Assalamualaikum sahabat-sahabat Blogger sekalian dan tak lupa juga kepada sesiapa yang "tersangkut" pada post entri kali ini. Lama sudah tak update blog ni. Terasa rindu pulak nak Blogwalking macam dulu-dulu tapi disebabkan tiada masa yang mencukupi untuk berbuat demikian, saya tangguhkanlah hasrat tersebut. Malam ni sebelum tidur, aku nak cerita serba sedikit mengenai kelas Mandarin aku dekat UMS ni. Sedar tak sedar dah 14 minggu aku belajar kat UMS nih. Malam ni pulak malam terakhir kelas Mandarin tahap 1 untuk semester 1 ni. Kelas Mandarin ni memang happening ditambah dengan gelagat kawan-kawan sepanjang kelas ni diadakan pada setiap hari Rabu, jam 7-10 malam. Baru beberapa jam yang lalu kami selesai dengan oral test 2 dan Alhamdulillah semunya berjlan dengan lancar.  Lebih kurang satu minggu sahaja lagi final exam akan mula menghantui kami. Selepas itu, selamat bercuti. :)

Im coming home..im coming home.. lalala~
 Inilah assignment yang telah aku buat dengan sedaya upaya. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya!

(Click Picture to Enlarge)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada roomate tersayang, Heon dn juga "lao shi" Kah Yie & Huai En (my coursemate). Kepada kawan-kawan Kelas Mandarin Seksyen 16, Semester 1, semoga kita berjumpa lagi. Semoga Berjaya! Terima kasih! (xiexie) Selamat malam! :)




Labels: , , , , , , , , ,