Tuesday, May 1, 2012

PROGRAM MATRIKULASI


Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM tahun 2011 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Sekarang sudah hampir tiba masanya untuk adik-adik meneruskan perjuangan bagi mengejar cita-cita adik-adik semua. Mesti ramai yang kat luar sana yang masih keliru, atau tidak mengetahui bagaimana untuk membuat pilihan bagi menyambung pengajian adik-adik. Buatlah pilihan yang bijak ye adik-adik. Kalau adik-adik telah ditawarkan ke Program Matrikulasi, Tahniah la saya ucapkan. Saya sendiri pelajar lepasan matrikulasi Negeri Sembilan sesi 2011/2012. Elaun juga akan dinaikkan buat para pelajar sesi akan datang. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi menjamin keselesaan para pelajar untuk menyambung pengajian di sana. 

Program Matrikulasi KPM (BAHAGIAN MATRIKULASI)
-Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan 
-mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Modul 1(biology, math, physics & chemistry), Modul 2 (physics, chemistry, science computer & math) , Modul 3 (biology, chemistry, science computer & math)dan kursus perakaunan. 
 Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester (Sesi 2011/2012) Alaun mungkin akan dinaikkan untuk pelajar sesi akan datang.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. 
Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pelajar.
Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.



pautan ke website:

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

kolej matrikulasi pulau pinang

kolej matrikulasi pahang

kolej matrikulasi perak

kolej matrikulasi labuan

kolej matrikulasi perlis

kolej matrikulasi johor

kolej matrikulasi selangor

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


Sebarang pertanyaan boleh diajukan di kotak komen. insha allah saya akan cuba menjawab soalan-soalan berkenaan program matrikulasi ni. sekadar ingin membantu dan berkongsi pengalaman saya. terima kasih



Labels: