Friday, July 27, 2012

UMS OH UMS!


Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini entah mengapa aku merasa malas sekali untuk mengupdate blog ni. HAHA! Mungkin kerana faktor kurangnya masa untuk aku duduk menghadap laptop gara-gara dilanda kesibukan mempersiapkan diri dan segala keperluan sebelum aku berangkat pergi ke negeri orang. Kadang-kadang tu mula terbit rasa risau tentang keadaan di sana nanti. Insha Allah, aku akan cuba sedaya upaya ku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Blogger yang sentiasa memberi dorongan dan komen-komen yang positif menambahkan lagi semangat ku untuk terus melangkah kehadapan. (*ayat skema). 


Alhamdulillah, segala maklumat yang perlu dilengkapkan melalui sistem online yang kadang kala mengusutkan sedikit fikiran aku ni telah aku lengkapkan dengan jayanya. Hoho! Senang hati sekarang! Urusan yuran, permohonan pinjaman PTPTN, dan segalanya telah aku uruskan dengan bantuan mak ayah dan kenalan terdekat.


Hari ni aku pergi ke hospital seawal jam 8 pagi semata-mata untuk buat medical check up. Memang penat nak menunggu. Penantian aku selama hampir satu jam semata-mata hendak menunggu giliran aku yang seakan tak kunjung tiba. HAHA! Ternyata bukanlah mudah nak masuk ke Universiti ni. Banyak proses dan perkara perlu dilakukan. Bermula daripada urine test , ujian mata, pemeriksaan gigi, X-ray, tinggi dan berat, mengukur tekanan darah, nadi dan ada beberapa lagi. Memang naik turun tangga lah aku sepanjang hari ni. Ye la, Bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang kita mahu, kan? Setiap kemahuan itu haruslah disusuli dengan usaha, baru lah kita berjaya dapat apa yang kita impikan. Cewaah!!


Apa yang best hari ni? Haa.. semasa medical check up kat hospital di daerah Kluang ini, aku melihat beberapa orang gadis yang kelihatan seperti berbangsa Cina, tetapi apabila mereka berkomunikasi sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa melayu. Mula-mula tu aku buat tak tahu je la. Cantik tu, memang cantik la. AHA! Semasa beratur untuk menunggu giliran melakukan pemeriksaan, aku perasan dua orang daripada mereka memegang buku panduan Universiti yang seakan biasa aku lihat. Ternyata itu lah buku panduan daripada pihak UMS. Wah! Nampaknya mereka pon akan ke sana jugak la nanti. Aku pun mula mengorak langkah untuk mengenali mereka. Bila dah kenal salah seorang daripada mereka, baru lah aku tahu yang diorang ni sebenarnya orang Sabah. HEHE! Memang cantik! Tiba-tiba jadi semangat nak belajar. HAHA! (*gurau je)

wanita idamanku :D

Sekadar memuji. Dia pun nampak baik je. Huuu! Tak lama lagi dah ni. Aku akan ke sana meneruskan perjuangan demi mengejar cita-cita ku ini! Cewaah! Bukan main semangat sekarang ni!

tiket penerbangan juga dah settle.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang bakal meneruskan pengajian, selamat maju jaya ye! Insha Allah, dengan semangat dan usaha yang berterusan, impian kita untuk menggenggam segulung ijazah akan dapat direalisasikan. Amin~





Labels: