Friday, August 10, 2012

PINGAT KEDUA SUKAN OLIMPIK UNTUK MALAYSIA

Assalamualaikum...
Entri yang ringkas untuk hari ini, sekarang jam sudah melewati 3 pagi. Aku masih bersengkang mata untuk melihat aksi atlet negara kita iaitu Pandalela Rinong yang beraksi dalam acara terjun. Ternyata penantian negara kita untuk pingat seterusnya telah menjadi kenyataan setelah Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak dalam acara badminton dan kini menjadi giliran Pandalela untuk menghadiahkan pingat untuk negara kita. Walaupun hanya mendapat pingat gangsa, namun ianya merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat lebih 28 juta rakyat Malaysia.  Malaysia Boleh! 

Pandalela Rinong

Gangsa milik Malaysia

Tahniah juga buat semua atlet negara kita yang telah beraksi di Sukan Olimpik ni. Harap-harap masih ada pingat yang akan disumbangkan untuk acara terjun melalui Bryan Nickson Lomas nanti. Sekali lagi TAHNIAH buat atlet terjun negara kita, Pandalela Rinong



Labels: , , , ,