Tuesday, December 3, 2013

TRIP TO KINABALU PARK

Entri kali ini ringkas je. Lama jugak tak update nih. HEHE! Gambar je banyak kat bawah ni. Lawatan kami, pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) jurusan Biologi Pemuliharaan, HS03 ke Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia atau Kinabalu Park, World Heritage Site. Tujuan utama kami di sana adalah untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan taman dijalankan atau dilaksanakan di kawasan lindungan yang berstatuskan WARISAN DUNIA seperti Taman Kinabalu, Sabah. Pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan dapat ditemui di kawasan ini yang mungkin juga endemik atau hanya boleh ditemui di sini. Jadi, tunggu apa lagi, kalau ada kesempatan, bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, saya sarankan anda untuk melawati Taman Kinabalu ini. Pelbagai maklumat dan pengalaman dapat dirasakan di sini. 

"Pilihlah Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama anda". 

HEHE! Bukan nak melancong atau jalan-jalan sahaja malah dapat menambah ilmu secara tidak langsung.Tak rugi kan? Semuanya ada di Malaysia... :)


Kinabalu Park

Kinabalu Park Sabah























Labels: , , , , , , , , ,