Monday, June 18, 2012

NGERI: APABILA TERLEBIH CACING PITA DALAM BADAN

Pernahkah anda melihat sendiri bagaimana rupa cacing pita yang dimaksudkan?
Apakah kebaikan dan juga keburukannya?
Usah bimbang kerana di dalam tubuh badan anda sendiri, cacing-cacing pita ini akan tetap ada. Tak percaya? Tanyalah doktor. hehe
Entri saya pada petang ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut
Sebelum itu, saya nak berkongsi tentang sebuah rekod dunia yang telah tercipta apabila doktor berjaya menarik keluar seekor cacing pita daripada mulut seorang wanita, Sally Mae di Amerika Syarikat, cacing yang berukuran lebih daripada 11 meter itu telah menjadi sebuah rekod dunia yang baru. 
Sally Mae, apabila ditanya mengenai perkara ini, beliau hanya menjawab dengan gembira, 

"Selepas cacing itu ditarik keluar sepanjang enam meter, barulah saya terfikir bahawa ia adalah satu rekod dunia dan saya berasa seronok," katanya.

Kes yang seterusnya ini terjadi kepada seorang kanak-kanak. Kanak-kanak ini telah disahkan mempunyai terlalu banyak cacing di dalam bdannya. Sebuah pembedahan terpaksa dijalankan untuk mengeluarkan cacing-cacing pita yang sudah terlalu banyak di dalam badan kanak-kanak ini sehingga menyebabkan perut kanak-kanak ini kelihatan buncit sedangkan tubuhnya kurus.
Dengan kehadiran cacing-cacing pita yang terlalu banyak ini menyebabkan zat-zat yang diperlukan oleh badan telah dimakan oleh cacing-cacing ini. . Gambar-gambar di bawah ini akan menjelaskan lagi apa yang saya maksudkan. 

Dikeluarkan daripada bahagian usus

cacing pita mula dikeluarkan

Banyak lagi yang perlu dikeluarkan


Inilah hasilnya. Banyak kan?

Kemudiannya, cacing-cacing ini ditimbang 

Nak tahu berapa berat cacing-cacing ni? 3 Kilogram (kg), banyak kan?
Oleh itu, jagalah kesihatan anda.


Yang tak kenal cacing pita tu, boleh la tengok video ni ye... :)

                      

Labels: