Friday, June 15, 2012

MAKHLUK YANG MAMPU HIDUP SELAMANYA

Tahukah anda terdapat makhluk yang mampu hidup untuk selamanya?question mark - rollover to show question
    
    Tetapi apa yang pasti makhluk yang dimaksudkan itu bukanlah manusia. Makhluk yang dimaksudkan disini datangnya daripada keluarga ubur-ubur yang hidup di lautan. Saya cukup pasti anda mengetahui serba sedikit mengenai makhluk ini.

    Jadi saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi mengenai ubur-ubur yang datangnya daripada spesis Nutricula Turritopsis. Makhluk yang kebiasaanya hidup di laut dalam ini juga sangat berbahaya kepada manusia. Kesan daripada sengatan ubur-ubur ni juga mampu untuk mendatangkan maut. Apa yang menarik mengenai spesis Nutricula Turritopsis ini ialah mengenai keupayaan luar biasanya yang dikatakan mampu untuk mengundurkan usia. Ini bermakna makhluk ini tidak akan pernah "tua" dimakan oleh masa. Sifat semula jadinya itu menjadikannya sebagai satu-satunya makhluk yang mampu hidup abadi. 

    Seperti kita ketahui fitrah alam ini menyatakan bahawa setiap yang hidup itu pasti akan merasa mati. Setiap yang muda akan menjadi tua. Tetapi kewujudan ubur-ubur daripada spesis ini seakan melanggar hukum biologi alam itu sendiri. Persoalannya di sini, jika makhluk ini mampu untuk mengundurkan usianya, ini bermakna, ada kemungkinan bahawa makhluk ini sudah wujud lebih lama sejak berabad yang lalu. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar biologi, mereka mendapati makhluk ini seperti melahirkan dirinya semula apabila ia telah matang. Dan proses itu terus berulang setiap kali ia matang. 


Ia merupakan haiwan yang kecil dengan ukuran hanya 4-5mm sahaja


Penemuan ini sangat mengejutkan dan kajian masih dijalankan.

    Walaupun makhluk ini ada kemampuan luar biasa, tetapi jika makhluk ini diserang wabak atau menjadi mangsa kepada haiwan laut, ia juga boleh mati. Tetapi jika ini dapat dielakkan, saintis telah membuat kesimpulan bahawa Nutricula Turritopsis adalah satu-satunya organisma yang akan kekal hidup sehingga dunia ini berakhir.

  TAHUKAH ANDA: Jangka hayat ubur-ubur hanyalah sekitar enam bulan sahaja.

Labels: ,

BAGAIMANA PEMBENTUKAN LAUT BERLAKU?


                           Pernahkah kita terfikir bagaimana lautan boleh terbentuk?question mark - rollover to show question

   Bukankah seperti yang kita ketahui bumi ini pada sekitar 500 juta tahun dahulu merupakan sebuah daratan yang sangat luas, kering tanpa diliputi air. Tetapi kini, bumi merupakan satu-satunya planet yang memiliki air yang cukup banyak jika dibandingkan dengan planet-planet lain. 
Apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana laut itu terbentuk dan bilakah pembentukan itu berlaku?
Ada kenyataan para saintis yang mengatakan bahawa lautan terbentuk berpunca daripada hentaman meteor daripada luar angkasa. 



    Kesan daripada hentaman meteor ke bumi dikatakan menjadi punca kepada kemusnahan zaman dinosaur dan seterusnya membentuk kawah yang seterusnya membentuk lautan. Sehingga kini, masih belum ada bukti yang jelas untuk menyokong pendapat saintis ini yang berpendapat laut terbentuk berpunca daripada hentaman meteor. Bahkan, jika kita fikirkan secara logik, jika laut itu terbentuk akibat hentaman meteor, sudah pasti permukaannya berbentuk kawah, tetapi tiada satu pun laut di muka bumi ini berbentuk kawah. 

    Persoalan lain yang timbul ialah mengapa air laut masin berbeza dengan air sungai?
Ini kerana, di laut berlakunya penguraian kimia sementara air sungai pula sentiasa mengalir ke laut. Proses penyejatan yang kerap berlaku selama berjuta-juta tahun meninggalkan bahan kimia yang tidak tersejat di dalam laut dan menyebabkan air laut menjadi masin sehingga sekarang.


  

 Mengikut fakta sains yang dikeluarkan oleh para saintis, bumi diliputi oleh air sebanyak 71 peratus manakala bakinya 29 peratus merupakan daratan. Lebih daripada separuh muka bumi ini terdiri daripada lautan. Subhanallah. Jika difikirkan kembali, hanya dalam sekelip mata, lautan itu boleh menenggelamkan  daratan. Di lautan sendiri terdapat begitu banyak makhluk yang mendiaminya.   
Masih banyak yang belum kita terokai. 

    Di dalam Al-Quran, laut disebut sebanyak 32 kali manakala daratan disebut sebanyak 13 kali. Jika dihitung, jumlah lautan + daratan. (32+13=45). untuk mendapatkan peratusan lautan. (32 x 100 dan bahagikan dengan 45) jawapannya adalah 71. manakala daratan pula (13 x 100 bahagi 45) jawapannya adalah 29. Seperti yang dinyatakan oleh para saintis, 71 peratus adalah lautan manakala bakinya 29 peratus adalah daratan.






Labels: ,

POKOK PELANGI

Pokok pelangi? Apakah itu? Ada ke pokok macam tu?question mark - rollover to show question

Soalan inilah yang bermain-main di fikiran saya tatkala mendengar mengenai pokok pelangi ni. Saya juga pasti ada antara kita yang masih belum mengetahui mengenai pokok pelangi ni. Kalau belum tahu dan
nak tahu, sila lah baca entri kali ni ye. Lepas ni boleh la share dengan kawan-kawan kan?

Ilmu itu perlu dikongsi dan disebarkan, terutamanya mengenai kebesaran Allah yang menciptakan segala yang ada di muka bumi ini dan segalanya. Masih tersimpan 1001 rahsia yang masih belum kita ketahui tersimpan di muka bumi ini.

Pokok ini sebenarnya daripada kumpulan Eucalyptus Deglupta sp. 
Pokok ini sangat unik dan istimewa kerana pada struktur batang dan dahan pokok ini berwarna-warni, seakan warna pelangi. Sangat unik kan? Teringin sangat nak tengok pokok dengan mata sendiri. Tetapi pada bahagian daunnya ia tidak berwarna warni seperti dahan dan batang pokok ini, daunnya masih sama seperti daun di pokok-pokok biasa. Warna-warna yang terhasil ini disebabkan daripada proses penggantian kulit yang berperingkat pada batang pokok ini. Pokok daripada spesis ini pernah ditemui di New Britain, New Guinea, Sulawesi, Indonesia, Mindanao Filipina dan juga di Australia, pokok ini boleh hidup di negara beriklim tropika contohnya di negara kita sendiri. 


Pembentukan warna yang berlainan disebabkan proses penggantian kulit
secara berperingkat

 Pokok Pelangi dan Kewujudannya
warnanya yang seperti pelangi menyebabkan pokok ini digelar
sebagai pokok pelangi

Labels: ,

FENOMENA MATAHARI HITAM (BLACK SUN)

Apa yang dimaksudkan dengan fenomena "BLACK SUN" ?
 
    Pagi ini saya nak berkogsi mengenai fenomena yang jarang-jarang kita dengar atau lihat kerana fenomena Matahari Hitam ini ataupun "Black Sun" ini hanya berlaku di Denmark. Waktu fenomena ini berlaku adalah kira-kira sejam sebelum matahari terbenam.

    Bilangan burung hitam atau dikenali sebagai burung Eropah jenis sturnus vulgaris sp. ini boleh mencecah lebih jutaan ekor dan berkumpul dari segenap sudut untuk melakukan formasi yang sunnguh menakjubkan.Fenomena ini kebiasaannya berlangsung lebih kurang 10 ke 20 minit. Direkodkan berlaku hanya dua kali setahun iaitu pada musim bunga dan musim luruh.

    Fenomena ini berlaku kerana penghijrahan sekumpulan besar burung dari selatan Norway. Fenomena "Black Sun" ini bukanlah melibatkan matahari yang warnanya kuning keemasan menjadi warna hitam tetapi sebaliknya kerana sekumpulan burung yang membentuk formasi pada waktu terbenamnya matahari menyebabkan ia dipanggil sebagai fenomena "Black Sun".

Untuk melihat formasi ini, boleh lihat pautan video di bawah. 

                                                                       



SUBHANALLAH... indahnya ciptaanMu

Labels: , ,

MITOS MALAM JUMAAT

                                   
Assalamualaikum...

     Malam ni merupakan malam jumaat. Baiklah, bila disebut sahaja mengenai malam jumaat, saya pasti ramai di antara kita akan mengatakan bahawa malam jumaat ini adalah malam yang digeruni.
Malahan masih ada golongan yang begitu percaya bahawa malam jumaat ni adalah malam di mana hantu-hantu akan keluar mencari mangsa dan perkara-perkara khurafat dilakukan. Mengapa?
Mengapa malam jumaat? Tidak pula pada malam-malam yang lain. Malam Ahad? atau Isnin pula bagaimana? 

     Bukan sahaja golongan dewasa atau pun ibu dan bapa yang mempunyai pendapat sendiri mengenai malam jumaat ni malahan anak-anak kecil juga tidak terkecuali untuk terus percaya kepada mitos ini. Mitos ini juga sudah turun-temurun daripada zaman nenek moyang kita. Momokan kepada kanak-kanak mengenai malam jumaat haruslah dihentikan. Bukannya kita tak boleh percaya kepada semua ni, itu terpulang kepada individu itu sendiri tetapi sangatlah tidak wajar sekiranya pemikiran anak-anak sekarang terus "diracuni" dengan mitos-mitos yang tidak sepatutnya. 

     Mungkin ibu bapa menggunakan alasan ini supaya anak-anak mereka masuk tidur lebih awal, tetapi ada cara yang lain untuk mendidik anak-anak selain daripada menakut-nakutkan mereka tentang mitos-mitos ni.

     Akibatnya, anak-anak akan menjadi seorang yang takut dan sering terbayang-bayang mengenai hantu atau apa-apa makhluk yang sering digambarkan oleh ibu bapa begitu juga dengan media massa.
Tidak salah untuk percaya, tetapi seperti yang kita ketahui anak-anak ini baru hendak membesar dan mengenal dunia, biarlah mereka "bebas" daripada mitos-mitos ini. Usahlah kita terus biarkan malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam terus dicemari.
                                         

      Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra dalam kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan.


 Malam Jumaat tidak seharusnya menjadi malam yang digeruni. Kita mampu mengubahnya :)

Islam tidak pernah menafikan akan kewujudan makhluk halus dan alam ghaib. Islam dari awal lagi telah meletakkan garis yang jelas untuk kita percaya akan kewujudannya dan dalam masa yang sama melarang kita takut kepadanya. Ketakutan kita yang paling hakiki hanyalah mutlak kepada Allah SWT.


    Allah juga yang menciptakan makhluk-makhluk tersebut  baik di daratan, lautan, angkasa dan segalanya, semuanya ciptaan-Nya. Semenjak zaman nenek moyang sehinggalah kini, bergenerasi lamanya. Mungkin datuk nenek kita menjadikan cerita-cerita seram mengenai malam Jumaat ni sebagai cara untuk menakut-nakutkan anak-anak yang nakal dahulu dan dibawa terus menerus ke hari ini.



    Cerita-cerita ini menjadi buah mulut orang Melayu. Sebagai contoh, anda pasti pernah mendengar mengenai jika seseorang itu melintas pokok besar, kita mestilah meminta izizn kepada "penjaga" pokok tersebut. "atuk! nenek! cucu tumpang lalu ye!". Ini hanyalah sebagai contoh. Saya cukup pasti anda pernah melalui situasi begini atau pun mendengar cerita daripada rakan-rakan. 
                             
Bersama-samalah kita mengubahnya. 

Labels: , ,