Thursday, January 21, 2021

SERAM MALAM JUMAAT: DIGANGGU SEWAKTU TIDUR DI HOSTEL

Salam Malam Jumaat guys! Baiklah seperti yang tertera pada tajuk entri di atas, edisi khas seram malam jumaat ni, aku nak share sebuah pengalaman yang berlaku pada diri aku baru-baru ni. Peristiwa misteri dan menakutkan ini berlaku di sebuah hostel yang disediakan oleh pihak syarikat (Company apa tu aku tak nak reveal la kat sini dan lokasi kejadian di salah sebuah rumah di kawasan Gelang Patah ni). Lebih tepatnya di mana tu korang pandai-pandai tekalah ya. 

Aku ni baru diterima bekerja di salah sebuah syarikat di kawasan Iskandar Puteri ni dan disebabkan aku tak sempat nak cari bilik sewa, maka aku pun gunakanlah hostel yang disediakan oleh pihak syarikat (Bukan free okey!). Aku boleh gambarkan kat korang yang hostel ni terdiri daripada beberapa buah blok apartment 3 tingkat. Dalam satu rumah ada 4 buah bilik, lepas tu ada la dapur dan barang-barang basic seperti peti sejuk, dapur gas dan lain-lain. 

Awal-awal tu semuanya terlihat normal, tak ada apa-apa yang menyeramkan pun. Hostel semua dalam keadaan baik, cuma aku perasan kawasan blok yang aku diami tu macam banyak unit yang tidak berpenghuni. Kalau time malam tu memang sunyi, dengan pemandangan belukar hutan yang dapat dilihat dari jendela di ruang tamu rumah menjadikan suasana lebih tenang dan angin bertiup lembut sambil menghirup secawan kopi o panas, memang syahdu! Aku memang sukakan keadaan yang macam ni. rasa tenang je dengan kehijauan hutan dan kadang kala boleh terdengar bunyi serangga memecah kesunyian malam. 

Malam pertama semuanya normal, aku tak pernah terfikir pun apa-apa yang seram tentang hostel ni. Perkara menakutkan ini berlaku pada malam kedua kalau tak silap aku. Masa tu aku dah terlelap awal, dalam jam 11 macam tu aku dah tidur dah. Kawan sebilik aku pada waktu tu, Haziq (Bukan nama sebenar) masih terjaga dan aku pun tak tahu jam berapa baru dia tidur. Aku terjaga pada waktu sekitar 2-3 pagi apabila aku terdengar bunyi seperti ada orang yang berdengus. Aku ingatkan si Haziq ni berdengkur atau mengigau so aku pun mula-mula tu buat-buat tak layan dan sambung tidur. Tak lama lepas tu aku dengar lagi bunyi yang sama. Masa tu aku memang mengantuk sangat-sangat dan perlahan-lahan aku buka mata yang masih lagi kelat. Dalam kesamaran, aku melihat seperti ada susuk tubuh seorang wanita berpakaian serba putih sedang mencangkung di sisi Haziq yang sedang lena tidur. 

Wajahnya tidak dapat aku gambarkan sepenuhnya kerana rambutnya yang panjang dan kusut menutupi hampir keseluruhan mukanya. Dengan baju seakan gaun labuh yang mempunyai tompok-tompok seakan kesan tanah sedang menunduk sambil mencangkung di sebelah Haziq yang sedar tidur lena. Tubuh aku seakan hilang daya untuk bergerak! Aku mengigil! Satu badan rasa sejuk! Perasaan takut yang sukar untuk aku gambarkan ketika itu. Aku dapat rasakan adrenalin dalam badan aku melonjak naik pada tika dan saat itu. 

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak melihat wajah makhluk berkenaan. Tak pasal-pasal aku boleh pengsan pula nanti. Dengan segala kudrat yang berbaki aku cuba berpaling tubuh ke arah lain supaya aku tidak lagi melihat wanita misteri yang menakutkan itu. Bahagian yang paling menakutkan akhirnya berlaku....

Aku cuba untuk memejamkan mata sambil berpura-pura seperti aku tidak melihat kehadiran wanita tersebut. Namun, badan aku menggigil ketakutan dan sukar untuk aku kawal rasa takut pada waktu itu. Aku berkata pada diri aku sendiri, walau apa pun nak jadi pada malam tersebut, aku tak akan buka mata aku. Setelah berpaling ke arah lain dengan mata yang terpejam, aku dapat merasakan bahawa kini wanita tersebut berada betul-betul di sisi aku. Bunyi dengusan nafas yang aku dengar sebentar tadi kini kian hampir dengan diri aku. Aku dapat rasakan yang wanita berkenaan sedang menanti aku untuk membuka mata dan menunjukkan bahawa aku telah melihat dia. Aku hanya mampu membaca surah-surah apa yang aku ingat dalam hati. Walaupun peristiwa ini berlaku hanya untuk beberapa minit, tapi ini merupakan tempoh yang paling panjang dan menakutkan dalam hidup aku setakat ni. Akhirnya, aku tertidur sehinggalah aku terjaga pada waktu pagi dan terus teringat apa yang berlaku pada malam tersebut. 

Aku cuba untuk tidak bercerita tentang perkara menakutkan tersebut kepada Haziq mahupun kawan-kawan yang lain sewaktu kami sudah berada di pejabat. Tiba-tiba aku terdengar salah seorang daripada rakan sekerja aku, Fifi bercerita berkenaan blok yang kami diami dikatakan berhantu. Zass!! berputar kembali kronologi peristiwa yang berlaku pada malam tersebut. Perbualan Fifi dengan seorang lagi teman sekerja menarik perhatian aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesahihan cerita tersebut. Menurut Fifi, kakak iparnya pernah tinggal di blok berkenaan yang dikatakan sememangnya berhantu dan kebanyakan pekerja yang dah tahu 'kisah' di sebalik blok berkenaan akan meminta untuk ditukarkan ke blok lain. 

Setelah mendengar penjelasan tersebut, aku bagaikan ditampar oleh realiti kerana sebelum aku mengetahui tentang sejarah blok tersebut, aku sendiri telah 'diganggu' dengan kehadiran atau penampakan wanita berjubah putih yang hadir dalam keadaan mencangkung pada malam tersebut. 

Sehingga ke hari ini, aku masih menetap di blok yang dimaksudkan. Dan ketika kisah ini dimuatnaik di laman blog ini, aku masih berada di unit blok yang sama. Aku bersyukur kerana cuma sekali itu sahajalah aku diganggu setakat ini. Aku anggap apa yang aku lalui ini sebagai tanda 'salam perkenalan' daripada makhluk yang mungkin sudah menetap lama di sini. Aku bukanlah jenis orang yang mudah melihat benda-benda mistik atau makhluk ghaib. Jadi, bila terlihat 'benda' ni ternyata sukar untuk mengawal perasaan takut tersebut. Mungkin ada betulnya orang tua-tua kata kalau nak masuk rumah baru ni ada baiknya buat kenduri doa selamat dan amalan memagar rumah yang masih diamalkan oleh sesetengah pihak sehingga ke hari ini.

Percayalah, kerana 'mereka' ada di mana-mana dan anda mungkin sedang menemani dan memerhati pada saat anda membaca posting ini...



Labels: , , , , , , ,

Friday, July 6, 2012

ANTARA DUA ALAM BAHAGIAN 5


Assalamualaikum..
Setelah beberapa minggu baru lah ada kesempatan untuk saya menulis..
Antara Dua Alam Bahagian Lima.
Terima kasih kepada pembaca yang terus memberikan sokongan.
Insha Allah, saya akan terus menulis sehingga ke akhir cerita ini..




ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN LIMA)..
Belum baca BAHAGIAN SATU lagi?? KLIK SINI
BAHAGIAN DUA pula KLIK SINI
BAHAGIAN TIGAKLIK SINI
BAHAGIAN EMPAT, KLIK SINI


Kepada pembaca yang lemah semangat, tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis (EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.



Apakah yang berlaku kepada Zack?
Ke mana menghilangnya Izhar?
Semua persoalan akan terjawab di dalam ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN ENAM)


Labels: ,

Thursday, June 28, 2012

GEMPAR! WARTAWAN DIGANGGU LEMBAGA WANITA YANG MUNCUL DALAM KERETANYA

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Lembaga wanita yang dimaksudkan

Lembaga tersebut dari jarak dekat.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. “Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.-sinarharian

Labels: ,

Monday, June 25, 2012

MISTERI: LUKISAN BERPENGHUNI

Assalamualaikum dan selamat beristirahat. Entri pada hari ini adalah untuk bersama-sama kita berkongsi pendapat dan juga pandangan anda mengenai beberapa buah lukisan yang dikatakan berpenghuni. Sejauh manakah rasionalnya? Anda tentukan. Lukisan-lukisan ini dikatakan sebagai berpenghuni kerana terdapat insiden-insiden dan kisah di sebalik lukisan-lukisan ini. Berita mengenai lukisan-lukisan ini sebenarnya sudah lama tersebar ke seluruh dunia tetapi mungkin ada di antara kita yang masih tidak mengetahui mengenai lukisan-lukisan ini. 

The Hand Resist Him (THRH) karya Bill Stoneham (1972)

Apakah kesimpulan yang dapat dilihat daripada lukisan hasil karya Bill Stoneham ini? Kelihatan dua orang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang memegang boneka dan terlihat tangan-tangan kecil di belakang mereka. Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan daripada lukisan ini atau terdapat sebuah kisah yang diperincikan menjadi sebuah lukisan. Lukisan itu terus dijual daripada satu tangan ke tangan yang lain. Apa yang menjadi tanda tanya ialah setiap pemilik lukisan itu mengalami gangguan yang hampir sama. Lukisan kedua ini juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Lukisan yang menyimpan 1001 rahsia

Kita juga pernah digemparkan dengan lukisan ketiga ini. Menurut sumber, lukisan ini dilukis oleh seorang perempuan daripada Jepun yang membuat lukisan potret dirinya sendiri dan setelah selesai membuat lukisan 
tersebut, wanita ini membunuh dirinya. 

Lukisan potret yang dikatakan berpenghuni


Belum lagi nak cerita mengenai lukisan yang cukup terkenal di dunia, Mona Lisa. Kalau yang ni dah ramai yang tahu kan?

Mona Lisa karya Leonardo da Vinci

Untuk entri akan datang, saya akan berkongsi rahsia di sebalik lukisan potret ini. Insha Allah



Labels: ,

Wednesday, June 20, 2012

MISTERI: BUKIT FRASER

Pemandangan yang sangat indah di Bukit Fraser


MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (bukan nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser 

hanya pada waktu siang.


SUMBER: http://halaqah.net/

Labels: ,

MISTERI: ISTANA KELLIE



Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.


Struktur bangunan yang masih kukuh.

Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie’s Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie’s Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.

Kellie’s Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie’s Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.


Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. “Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu.”Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie’s Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun.”Pihak pengurusan Kellie’s Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie’s Castle,” katanya.
Tajuddin berkata, Kellie’s Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia.”Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland,” katanya.Kellie’s Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.

Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie’s Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.


Sejauh manakah kebenarannya? 

                       

SUMBER: http://misteri.bf-1.com

Labels: ,

Tuesday, June 19, 2012

MISTERI: PULAU HASHIMA

    Pernah tak anda dengar cerita mengenai pulau ini? Kalau pernah boleh la share sekali apa yang anda tahu mengenai pulau misteri ini di ruangan komen. Mengikut pembacaan, pulau ini terletak di wilayah Nagasaki. Pulau ini tidak berpenghuni. Apa yang pasti tidak seperti pulau ular di Brazil yang hanya dihuni oleh ular dan binatang-binatang liar. Pulau ini juga digelar sebagai pulau berhantu. Pada zaman 50-an pulau ini terkenal dengan kekayaan sumber arang batunya. Pelbagai bangunan telah dibangunkan pada masa itu. Siapa sangka seawal 50-an lagi sudah berdirinya bangunan-bangunan besar seperti yang terdapat di pulau ini. Tetapi, mengapa pulau itu tidak lagi berpenghuni? 

Pulau Hashima

Setelah berakhirnya perang dunia kedua, pulau ini semakin pesat membangun dan pelbagai kemudahan seperti dewan, restoran dan bangunan tinggi dibina. Zaman kegemilangan pulau ini bermula selepas itu. Malangnya, ia tidak kekal lama, apabila penggunaan minyak diperkenalkan, arang batu yang menjadi sumber utama pada masa itu tidak lagi digunakan. Minyak telah digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan arang batu dalam proses penghasilan tenaga dan pembakaran. Beberapa tahun selepas itu, penghuni pulau itu mula meninggalkan kawasan pulau tersebut. Pulau yang ditinggalkan itu digelar sebagai pulau berhantu.


Pulau terbiar yang menyeramkan

bangunan-bangunan tinggi yang dibina pada awal 50-an

Menyimpan 1001 kisah misteri

Labels: , ,

Saturday, June 16, 2012

PASAR NGERI


Apakah yang bermain di fikiran anda sebaik sahaja membaca tajuk untuk entri kali ini?
Terdapat sebuah pasar di Indonesia iaitu Pasar Tomohon yang menjual binatang-binatang yang jarang dijual di pasar-pasar lain. Antara binatang yang dijual di pasar ini ialah kelawar, tikus, anjing, khinzir dan tidak terkecuali ular. Binatang-binatang ini dijual sama ada masih hidup atau telah disembelih. Sangat meloyakan. Di saat kita menikmati daging lembu, ayam, ikan dan binatang yang halal dimakan dan dibolehkan oleh Islam mereka di sana memakan daging-daging daripada binatang perosak seperti tikus.

Pada mulanya saya mengira ini sebagai seseuatu yang tidak masuk akal. Tetapi, setelah disokong dengan gambar-gambar di pasar itu sendiri menambah keyakinan saya bahawa di pasar ini aktiviti menjual binatang seperti ini benar-benar wujud. Anjing yang dijual di sini dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dipanggang untuk dijual dagingnya. Tikus juga turut dipanggang untuk dijual. 

kelawar yang telah dibuang sayapnya.

Anjing yang telah dipanggang.

Khinzir yang dibeli secara terus daripada Pasar Tomohon

Tikus yang telah dipanggang.





Labels: , ,

HELL THEME PARK THAILAND

Tahukah anda bahawa sebuah taman tema neraka telah dibuka kepada umum?

Taman Tema Neraka Wang Saen Suk ini memaparkan gambaran kehidupan di neraka bagi penganut agama Buddha. Taman tema ini diwujudkan supaya masyarakat akan takut untuk melakukan kejahatan.
Tetapi, sejauh manakah ia memberi kesan? 
Di sini, gambaran tentang neraka bagi penganut agama Buddha jelas dirangkumkan kepada umum di setiap sudut sebaik saja anda melangkah masuk ke sini.
Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai taman tema ini.
Anda boleh la melihat sedikit sebanyak daripada gambar-gambar di bawah.
Selain di Thailand, di Singapura juga terdapat sebuah taman tema dengan konsep yang sama iaitu Har Par Villa.




Spend a lovely day with the kids at Thailand's Hell torture theme park

Spend a lovely day with the kids at Thailand's Hell torture theme park


Labels: ,

MISTERI: ANAK PATUNG OKIKU


   Anak patung yang penuh misteri?  

    Baiklah, pagi ini saya nak share mengenai misteri anak patung Okiku ni. Mungkin ada antara kita yang sudah tahu mengenai anak patung ni. Tapi, bagi yang belum tahu tu, bacalah entri kali ini sampai habis.Saya sendiri tak tahu nak klasifikasikan anak patung ni sebagai misteri atau pun unik. Mungkin kedua-duanya sekali. 

    Ini kerana anak patung daripada Jepun ini jika dilihat sahaja sudah menimbulkan banyak persoalan. Apa yang menarik mengenai Okiku ni ialah rambutnya yang boleh memanjang seperti kanak-kanak normal. Menarik kan? Daripada ujian forensik yang dijalankan ke atas Okiku ni, memang telah terbukti bahawa rambut itu benar-benar tumbuh dan terus memanjang seperti kanak-kanak normal. 


    Sejarah: Nama Okiku diambil sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan anak patung dan berpakaian kimono dan mempunyai rambut yang lebat persis ciri-ciri yang ada pada anak patung tersebut.

Rambut Boneka Ini Bisa Memanjang Sendiri
anak patung berpakaian kimono
Anak patung ini telah dibeli pada tahun 1918 oleh seorang pemuda, Eichiki Suzuki untuk adiknya yang baru berusia lingkungan 2 tahun. Malangnya, tidak lama kemudian kanak-kanak itu meninggal dunia setelah demam berpanjangan. Pada mulanya, keluarga kanak-kanak ini hendak meletakkan anak patung ini bersama-sama dengannya di dalam keranda tetapi entah mengapa mereka terlupa untuk berbuat demikian semasa pengebumian dijalankan.
Keluarga kanak-kanak itu menempatkan anak patung itu di rumah untuk memperingati kanak-kanak tersebut. Apa yang aneh ialah apabila mereka mula mendapati bahawa rambut anak patung itu mulai tumbuh dan memanjang.
Walaupun dipotong, rambutnya akan tumbuh kembali seperti kanak-kanak normal. 

Rambutnya terus memanjang seperti
seorang kanak-kanak perempuan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, rambut tersebut merupakan rambut manusia.

Labels: ,

Friday, June 15, 2012

MITOS MALAM JUMAAT

                                   
Assalamualaikum...

     Malam ni merupakan malam jumaat. Baiklah, bila disebut sahaja mengenai malam jumaat, saya pasti ramai di antara kita akan mengatakan bahawa malam jumaat ini adalah malam yang digeruni.
Malahan masih ada golongan yang begitu percaya bahawa malam jumaat ni adalah malam di mana hantu-hantu akan keluar mencari mangsa dan perkara-perkara khurafat dilakukan. Mengapa?
Mengapa malam jumaat? Tidak pula pada malam-malam yang lain. Malam Ahad? atau Isnin pula bagaimana? 

     Bukan sahaja golongan dewasa atau pun ibu dan bapa yang mempunyai pendapat sendiri mengenai malam jumaat ni malahan anak-anak kecil juga tidak terkecuali untuk terus percaya kepada mitos ini. Mitos ini juga sudah turun-temurun daripada zaman nenek moyang kita. Momokan kepada kanak-kanak mengenai malam jumaat haruslah dihentikan. Bukannya kita tak boleh percaya kepada semua ni, itu terpulang kepada individu itu sendiri tetapi sangatlah tidak wajar sekiranya pemikiran anak-anak sekarang terus "diracuni" dengan mitos-mitos yang tidak sepatutnya. 

     Mungkin ibu bapa menggunakan alasan ini supaya anak-anak mereka masuk tidur lebih awal, tetapi ada cara yang lain untuk mendidik anak-anak selain daripada menakut-nakutkan mereka tentang mitos-mitos ni.

     Akibatnya, anak-anak akan menjadi seorang yang takut dan sering terbayang-bayang mengenai hantu atau apa-apa makhluk yang sering digambarkan oleh ibu bapa begitu juga dengan media massa.
Tidak salah untuk percaya, tetapi seperti yang kita ketahui anak-anak ini baru hendak membesar dan mengenal dunia, biarlah mereka "bebas" daripada mitos-mitos ini. Usahlah kita terus biarkan malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam terus dicemari.
                                         

      Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra dalam kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan.


 Malam Jumaat tidak seharusnya menjadi malam yang digeruni. Kita mampu mengubahnya :)

Islam tidak pernah menafikan akan kewujudan makhluk halus dan alam ghaib. Islam dari awal lagi telah meletakkan garis yang jelas untuk kita percaya akan kewujudannya dan dalam masa yang sama melarang kita takut kepadanya. Ketakutan kita yang paling hakiki hanyalah mutlak kepada Allah SWT.


    Allah juga yang menciptakan makhluk-makhluk tersebut  baik di daratan, lautan, angkasa dan segalanya, semuanya ciptaan-Nya. Semenjak zaman nenek moyang sehinggalah kini, bergenerasi lamanya. Mungkin datuk nenek kita menjadikan cerita-cerita seram mengenai malam Jumaat ni sebagai cara untuk menakut-nakutkan anak-anak yang nakal dahulu dan dibawa terus menerus ke hari ini.



    Cerita-cerita ini menjadi buah mulut orang Melayu. Sebagai contoh, anda pasti pernah mendengar mengenai jika seseorang itu melintas pokok besar, kita mestilah meminta izizn kepada "penjaga" pokok tersebut. "atuk! nenek! cucu tumpang lalu ye!". Ini hanyalah sebagai contoh. Saya cukup pasti anda pernah melalui situasi begini atau pun mendengar cerita daripada rakan-rakan. 
                             
Bersama-samalah kita mengubahnya. 

Labels: , ,

Thursday, June 14, 2012

ANTARA DUA ALAM BAHAGIAN 4


Assalamualaikum..
Setelah beberapa minggu baru lah ada kesempatan untuk saya menulis..
Antara Dua Alam Bahagian Empat
Terima kasih kepada pembaca yang terus memberikan sokongan.
Insha Allah, saya akan terus menulis sehingga ke akhir cerita ini..




ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN EMPAT)..
Belum baca BAHAGIAN SATU lagi?? KLIK SINI
BAHAGIAN DUA pula KLIK SINI
BAHAGIAN TIGA, KLIK SINI


Kepada pembaca yang lemah semangat, tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis (EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.







Apakah yang akan berlaku?

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN LIMA) KLIK SINI


Labels:

Sunday, May 6, 2012

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN TIGA)




ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN TIGA)..
Belum baca BAHAGIAN SATU lagi?? tidak mengapa, KLIK SINI
BAHAGIAN DUA pula KLIK SINI
Selamat membaca dan komen la ye...
Kepada pembaca yang lemah semangat, tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis(EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.


 


\Apakah yang akan terjadi selepas ini?


Nantikan ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN EMPAT)...

Labels:

Thursday, May 3, 2012

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN DUA)

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN DUA)..
Belum baca BAHAGIAN SATU lagi?? tidak mengapa, KLIK SINI
Selamat membaca dan komen la ye...

Kepada pembaca yang lemah semangat, tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis(EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.






Siapakah Anis di dalam hidup Shah?
Apakah yang telah berlaku terhadap Anis?
Siapa pula yang berada di tangga hostel?
Nantikan jawapannya dalam ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN TIGA)..

Labels:

Wednesday, May 2, 2012

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN SATU)

ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN SATU)..
Selamat membaca dan komen la ye...
BAHAGIAN DUA akan menyusul di lain hari...


Kepada pembaca yang lemah semangat,
tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis(EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.




Apakah yang terjadi kepada Shah?
Mengapakah Shah berada di banglo tersebut?
Nantikan jawapannya dalam BAHAGIAN DUA nanti...
BAHAGIAN DUA...KLIK SINI
 BAHAGIAN TIGA...KLIK SINI

Labels:

Monday, April 30, 2012

ANTARA DUA ALAM

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..
Tak lama lagi, saya akan mula berkongsi karya penulisan saya yang bertajuk "ANTARA DUA ALAM"
Di sini saya menggunakan nama pena "EMEER ASHRAF".
Kisah ini saya kelaskan di dalam genre seram.
Sesiapa yang tidak berani untuk mebaca hasil penulisan ini tidak mengapalah kerana tiada paksaan di sini..
Kisah bermula apabila sekumpulan pelajar yang sedang bercuti pergi ke sebuah kawasan yang agak terpencil bertujuan untuk menenangkan fikiran mereka. Tanpa mereka menyedari bahawa ada "sesuatu" yang telah membawa mereka untuk pergi ke tempat tersebut. Pelbagai konflik muncul dan banyak persoalan yang harus dirungkai bagi menuntut sebuah keadilan. Mampukah mereka mengatasi semua konflik ini?
Semuanya akan terjawab. Nantikan "ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN SATU)" tidak lama lagi.



Labels:

Friday, April 20, 2012

GEMPAR!!! HANTU MAK CIK KARIPAP




Assalamualaikum dan selamat tengah malam....
malam ni saya nak share mengenai hantu yang cukup
terkenal di sekolah-sekolah berasrama dan
juga di matrik.
sebut saja tentang hantu karipap atau mak cik karipap ni
macam-macam versi saya dah dengar...
mula2 dengar tu tergelak la jugak, ingatkan member nak kenakan ke apa...rupa-rupanya kisah hantu karipap ni da kecoh lama.
bermula daripada lewat 90-an lagi...
yang menjadi persoalannya ialah kenapa hantu ni dikaitkan dengan karipap pulak...

              dalam banyak-banyak jenis kuih kat Malaysia ni karipap jugak jadi pilihan kan?
kalau nak tahu kena la tanye kat mak cik tu sendiri. ok??
hehe...kenapa tak cekodok pisang ke, donat ke...
yang lebih best lagi, ada jugak versi yang mengatakan hantu ni pun ada jual nasi lemak tau...
pening da bila dengar banyak versi camni..
tapi apa yang pasti hantu ni hanya akan kacau budak-budak yang rajin sangat-sangat study tengah-tengah malam.
lebih-lebih lagi kalau sorang-sorang.
hantu ni akan bertanya daripada tingkap, dia tanya lebih kurag camni la.

gambar sekadar hiasan

"adik!! nak beli karipap??"
kemudian mangsanya akan seperti terpukau.
"takpe la mak cik, saya tak nak"
kemudian mak cik ni pon hilang macam tu je...
kemudian mangsa akan tersedar.
"eh! siapa pulak la yang jual karipap tengah-tengah malam buta nih"
dekat tingkap pulak tu.
kat luar tu tak de apa-apa...
macam mana seorang mak cik tua boleh berdiri kat luar tu?
haaa!! ini lah satu lagi persoalannya...
hantu mak cik karipap ni akan mengganggu pelajar di aras atas kebiasaannya. Aras 2, 3 dan 4 selalunya menjadi pilihan.
hehe...
kesimpulan di sini, janganlah study sampai lewat malam lebih-lebih lagi jika berseorangan.
lagipun tak elok untuk kesihatan dan minda kita...

jika ada sesiapa yang pernah mendengar versi lain daripada yang ni, kalau berminat boleh la share dengan saya jugak ok...
mungkin di tempat anda juga wujudnya mak cik karipap ni..


Labels: ,