Wednesday, May 15, 2013

4
KOMEN

CABARAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum... 
Wow! Lama jugak tak update blog ni!
Semester dua ni pon nak habis da. Kesibukan yang terlampau mula terasa pada semester ini. Rasanya daripada minggu pertama sampai la sekarang ni dah minggu ke-12 pon tapi masih sangat sibuk dengan tugasan yang sentiasa silih berganti. Lumrah hidup sebagai seorang student la katakan! PASRAH! Kalau tak cukup tidur, tak cukup rehat tu mungkin cabaran yang harus ditempuhi insan bergelar student ni kan?
Dugaan pula semakin bertambah. Ditambah dengan ragam sesetengah individu yang sentiasa nak mencari kesalahan orang lain ni. Bertambahlah kan masalah yang sedia ada. Tapi macam biasa, aku ikhlaskan je la apa yang terjadi. Mungkin hari ini dia boleh buat orang macam ni, esok lusa bila kena giliran dia pulak mudah-mudahan akan tersedarlah dia kan. Konsep hukum karma la kata kan. Kalau kita buat baik, makan akan dibalas dengan baik juga la kan. Walau apa pun yang berlaku, hidup tetap harus diteruskan. Aku malas untuk terus mengharap orang akan memahami aku. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih ada DIA yang sentiasa menemani. So, aku tahu yang aku bukanlah bersendirian. Ya Allah! Janganlah kau jauhkan aku daripadaMu. Aku tahu KAU sedang berbicara denganku melalui semua ujian dan dugaan yang kau berikan. Sesungguhnya, aku mencuba berusaha untuk SABAR dan IKHLAS. Tak lama lagi nak final exam dah. Kepada sesiapa yang akan menduduki final exam tu, selamat maju jaya, usaha yang terbaik, doa, dan tawakal. Insha Allah! Kita sama-sama boleh berjaya. Amin~

#teet~ ni assignment yang latest aku siapkan. HEHE! Assignment Bahasa Mandarin untuk semester 2 ni.
amacam? yang tak faham tu, buat-buat faham je la. HUHU!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...