Friday, July 13, 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH

Assalamualaikum...

Hari ini seperti yang ditetapkan, keputusan atau semakan bagi kemasukan program ijazah (UPU) boleh dibuat secara online atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Hampir semalaman aku sukar untuk melelapkan mata kerana memikirkan apa yang bakal aku lalui pada esok hari. Hari yang ditunggu-tunggu untuk menjawab semua persoalan yang bermain di kotak fikiran kini telah pun datang menjelma. Alhamdulillah, walaupun aku ditawarkan kursus yang tidak pernah aku jangkakan, aku masih tetap bersyukur. Mungkin rezeki aku di sini. Walaupun agak berat hati apabila ditawarkan untuk ke sebuah tempat yang terlalu asing buat aku, aku masih akan teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan titik baru dalam kehidupan aku selepas ini. Insha Allah, jika diberikan kesempatan, aku akan melaangkah masuk ke sana dan meneruskan pengajian aku. Kepada semua yang telah berjaya ditawarkan ke sebarang IPTA, tahniah saya ucapkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat maju jaya.





Labels: