Thursday, May 14, 2015

PUSAT HIDUPAN LIAR LOK KAWI, SABAH

Hye Guys,
Lama dah I tak update blog ni..
Baiklah.. entri kali ni cuma nak share gambar-gambar di Pusat Hidupan Liar Kok Kawi, Sabah.
Siapa yang datang Sabah tu nanti, boleh la luangkan sedikit masa di sini. Macam-macam ada! 
Selaku pelajar dalam jurusan Biologi Pemuliharaan ni, I suka la melawat tempat-tempat macam ni.
Banyak juga benda boleh diperhatikan dan dipelajari kat sini ni. Tak rugi luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah kan. tak gituh? 













Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, October 2, 2014

CONSERVATION BIOLOGY BATCH 2012/2015


"Tak kenal maka tak cinta"... Cewaahh!! Nampak tak kehebatan pada ayat sastera yang aku gunapakai untuk entri kali ni. Memandangkan macam dah lama sangat je tak kemaskini (update) blog aku ni, jadi di kesempatan yang aku ada di pagi hari yang mulia (dengan penuh bersemangat) ini, aku nak update aktiviti bergambar (group photo) bersama rakan-rakan seperjuagan di bawah satu kursus yang sama, tak lain tak bukan HS03  Biologi Pemuliharaan (Conservation Biology) Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Dalam tak sedar, kami dah berada pada semester ke-5 yang bermakna kami sudah hampir untuk menamatkan pengajian kami yang berbaki satu semester saja lagi. Tak sabar nak habiskan pengajian ni. Memandangkan sekarang ni dah bergelar 'final year student' , jadi, kesibukan yang bakal dialami oleh kami di sini memang tidak lagi dapat dinafikan.

Banyak pengalaman suka duka pahit manis telah dilalui. Dan setiap seorang daripada kami mempunyai pengalaman mereka yang tersendiri. Buat mereka yang pernah bergelar 'student' ni mesti faham la kan apa yang cuba aku sampaikan. Tapi, apa-apa pun buang aje lah yang keruh, kita ambil yang jernih je ok. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tak lama lagi masing-masing akan ikut haluan sendiri. Banyak perubahan pada kawan-kawan aku ni. Baik daripada fizikal sampai ke tahap kematangan pun banyak da berubah.
Jadi, doakan lah kami di sini supaya dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Insha Allah. :)

Inilah sebahagian besar daripada kami, walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta dalam aktiviti bergambar kali ni.

"HS03" merupakan kod program untuk kursus kami. Image credit to Ms. Leona Wai

Muka-muka bahagia :D















Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, May 29, 2014

[3D2N] NATURE TOURISM FIELD WORK , BUNDU TUHAN, SABAH

Pada 9 - 11 Mei 2014, kami telah bertolak ke Haleluyah Retreat Centre yang terletak di daerah Bundu Tuhan, Sabah untuk tujuan menjalankan kerja lapangan di sana. Perjalanan daripada UMS memakan masa hampir 2 jam untuk sampai ke lokasi kajian. Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang kami berada di sana. Antaranya, mengkaji potensi pelancongan alam semulajadi , menjalankan aktiviti "frogging" pada waktu malam. "Frogging" di sini merujuk kepada aktiviti menangkap katak dan kodok (frogs and toads) yang dijalankan pada waktu malam. Secara keseluruhannya, kami menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil bersyukur di atas nikmat kurniaannya. Tempat ni memang sesuai sangat bagi pencinta alam dan mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan di bandar.











Pemandangan daripada Haleluya Retreat Centre (Mount Kinabalu)














Labels: , , , , , , , ,

Monday, May 26, 2014

[4D3N] ENTOMOLOGY FIELD TRIP DI SUKAU, KINABATANGAN, SABAH.

Pada tanggal 16 Mei 2014 sehingga 19 Mei 2014, kami yang bergelar pelajar tahun 2 di Instiut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah yang mengambil kursus Entomologi atau dalam bahasa mudahnya ialah proses pembelajaran mengenai serangga telah menjalankan kajian atau kerja lapangan kami yang bertempat di Sukau, Kinabatangan, Sabah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6-7 jam daripada Kota Kinabalu ni memang meletihkan. Tetapi, apa-apa pun, kami bersyukur kerana telah selamat sampai di sana dan selamat juga kembali ke kampus setelah program selama 4 hari 3 malam ini berakhir. Banyak juga koleksi serangga yang dapat dikumpul. 

Sebahagian daripada pelajar tahun 2 yang turut serta dalam trip kali ni. Muka bahagia bha semua! 
                           

Pemandangan daripada jeti. Sungai Kinabatangan ni merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia kan? HEHE!
Khabarnya ada buaya di sini. 


Dan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman masuk ke dalam Gua Gomantong tu. HEHE! Sesiapa yang pernah masuk ke dalam sana tu mesti faham sangat dengan apa yang saya maksudkan di sini. Gua gomantong merupakan salah satu gua sarang burung di Sabah. Di kawasan tersebut gua terdapat banyak lagi gua-gua yang menjadi tempat burung layang-layang ni bersarang. Sarang burung ni mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam mahupun luar negara. Kami hanya dibenarkan masuk ke salah satu gua yang terdapat di sana. 

Perjalanan sebelum sampai ke Gua yang dituju,

Trail juga disediakan untuk memudahkan perjalanan sambil menikmati kehijauan alam sekeliling. Keselamatan pengunjung pun lebih terjamin bukan?

Nah! Sampai sudah di hadapan Gua Simud Hitam ni.
Kehadiran kami nyata disambut dengan ribuan ekor burung-burung yang bebas terbang keluar dan masuk daripada gua tersebut. Well, itu memang sudah dijangka. Tetapi ianya belum cukup sampai di situ sahaja. Seterusnya, setelah berjalan hampir 50 meter masuk ke dalam gua tersebut, keadaan semakin gelap. Ternyata terdapat ribuan ekor serangga "kegemaran" ramai yang turut menyambut kehadiran kami di sana. Apakah serangga yang dimaksudkan? Lipas. Yess!! Lipas.. HAHA! Memang ini agak mengerikan jika seseorang yang sangat fobia dengan serangga ni. Yang berani pon boleh jadi cuak bila tengok berapa banyaknya bilangan "mereka" di sini. 

Dalam gua ni juga ada trail yang disediakan untuk memudahkan perjalanan pengunjung di sini. 

Nah! Sempat jugalah ber"selfie" sebelum semuanya "berlari" gara-gara
kehadiran lipas yang sangat banyak mula disedari. HAHA!


Bergambar bersama rakan seperjungan dan juga staf-staf yang turut serta dalam kerja lapangan di sini.
Tanpa mereka sukarlah kerja kami di sini. Terima Kasih kepada pihak yang membantu.

Bergaya jugak masuk hutan budak-budak nih! Rakan-rakan seperjuangan ku!

                             
Apa-apa pun ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan tak dapat dilupakan. Keindahan alam ciptaan Allah ni sepatutnya kita pelihara bersama. Gua Gomantong ni juga merupakan destinasi pelancongan yang berdaftar tau. Jadi, kepada pencinta-pencinta alam, anda di syorkan untuk melawat kawasan ni. Memang tak rugi, kalau bernsib baik, dapatlah lihat orang utan juga di sini. Ada beberapa spesis monyet lain juga di sini. Maklumlah, kawasan ni merupakan Hutan Simpan Kelas I ok! Memang hutan yang dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. 

Yang ni "light trap" namanya. Bahasa Melayu perangkap cahaya yang kami pasang untuk
menarik serangga untuk berkumpul di sini. Aktiviti ini dialankan hanya pada waktu malam.

Beginilah caranya untuk memudahkan proses pengumpulan serangga. Antara yang paling
mudah didapati adalah rama-rama (moth) yang kebiasaannya hanya keluar
pada waktu malam. Yang korang nampak waktu siang tu kupu-kupu (butterfly).

                                                 

Labels: , , , , , , , , , ,