OBESITI... PILIHAN ATAU TAKDIR?
Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Macam lama je tak update blog ni kan? Aih.. Bukannya tidak mahu update, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik untuk dikongsi dan ditambah pula dengan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar ni kan. Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kembali untuk meneruskan pengajian di UMS ni untuk semester ketiga atau pun tahun kedua di sini. Yeah! Kami kini bergelar SENIOR. Cewaahh!! Haha! Kalau tengok tajuk untuk post kali ni kan, mesti korang da dapat teka apa mesej yang cuba aku sampaikan. Baiklah, lets we go direct to the point. Sebenarnya, post ni bukanlah untuk mengguris hati mana-mana pihak. Cuma kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan ni perlu ada dalam diri setiap individu. Obesiti ataupun dalam bahasa lainnya gemuk, merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Malaysia merupakan antara
Negara yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk bilangan penduduk yang
mengalami masalah Obesiti. Jadi, bertanyalah kepada diri anda sendiri, adakah
anda merupakan salah seorang daripada yang menyumbang kepada peratusan
tersebut? Apakah puncanya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Baiklah, jika
jawapan anda ialah YA , apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk
mengatasi masalah ini? Cari penyelesaian atau jalan keluar, itu lebih baik
daripada kita terus persalahkan mana-mana pihak. Kawal pemakanan seharian kita
dan amalkan gaya hidupm sihat,
Macam lama je tak update blog ni kan? Aih.. Bukannya tidak mahu update, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik untuk dikongsi dan ditambah pula dengan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar ni kan. Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kembali untuk meneruskan pengajian di UMS ni untuk semester ketiga atau pun tahun kedua di sini. Yeah! Kami kini bergelar SENIOR. Cewaahh!! Haha! Kalau tengok tajuk untuk post kali ni kan, mesti korang da dapat teka apa mesej yang cuba aku sampaikan. Baiklah, lets we go direct to the point. Sebenarnya, post ni bukanlah untuk mengguris hati mana-mana pihak. Cuma kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan ni perlu ada dalam diri setiap individu. Obesiti ataupun dalam bahasa lainnya gemuk, merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Aku sendiri pernah tergolong dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan ni (sila rujuk gambar di bawah). Perasaan pada ketika itu bercampur baur. Rasa segan, kurang keyakinan diri dan yang paling membimbangkan adalah risiko untuk mengalami masalah kesihatan atau mendapat penyakit yang berpunca daripada masalah obesiti ni sendiri. Selain itu, aku mudah merasa penat apabila melakukan sebarang aktiviti fizikal. Malahan untuk berjalan pun terasa malas. Kadang-kadang tu pernah la juga menjadi bahan ketawa orang apabila kita berada dalam keadaan “bulat” sebegini. Mulalah macam-macam gelaran yang kurang disenangi didengari. Yelah, mulut tempayan boleh la kita tutup, tapi mulut orang ni…. tidak mampu bukan?
Aku dah cuba macam-macam pada permulaannya. Diet la, sampai tak makan satu hari, kononnya boleh la kurus. Tapi akibatnya gastric yang aku dapat sebagai ganjarannya. Jadi, kalau korang nak mulakan untuk menurunkan berat badan ni, jangan la ikut cara aku ni. HAHA! Takut memakan diri pula. Cara yang betul sebenarnya adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang, pengambilan kalori yang tidak melebihi keperluan diri anda untuk seharian, amalkan senaman secara berkala. Kalau rajin lagi, boleh lah pergi ke gym. Sentiasa pantau apa yang anda makan. Pantau perkembangan turun atau naik berat badan anda sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu. Aku akui, memang sukar pada permulaannya. Tapi, janganlah pernah untuk berputus asa. Apa yang kita buat ni kan untuk kebaikan diri sendiri juga kan. Jadi, ikhlaskan lah hati tu. Insha Allah, akan dipermudahkan.
Banyakkan minum air masak (sky juice), sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau nak lebih pon tak mengapa. Sky juice ni tanpa kalori (0 kalori), jadi korang nak minum banyak mana pon minum lah. Apa yang aku amalkan dalam diet seharian adalah dengan banyak meminum air, kurangkan pengambilan makanan berminyak, makan banyak sayur-sayuran hijau, dan yang paling penting makan dengan kuantiti yang betul. Kalau biasa kita makan nasi tu, dua senduk sampai berbukit di pinggan tu cubalah untuk mengurangkan kuantitinya kepada separuh daripada kebiasaannya. Nak lebih baik?? Kuantiti nasi tu tak lebih daripada lebih kurang saiz satu genggam tangan anda tu.
Untuk melakukan semua
ini, kesabaran menjadi kunci utama anda. Jangan pernah berputus asa. Jika anda
mahukan sesuatu, anda haruslah berusaha untuk mendapatkannya kan? Jadi, aku
yakin yang semua orang pun boleh melakukannya. Bukan sahaja golongan obesity
ni, malahan yang sihat dan normal juga perlu lah untuk mengamalkan pola
pemakanan yang seimbang. Apa yang penting adalah sentiasa memotivasikan diri
anda dan letak target anda awal-awal lagi. Anda pasti boleh melakukannya. Aku
sekarang masih mengejar target aku sendiri untuk mencapai berat badan yang
ideal. Tiada yang mustahil apabila kita tidak berputus asa. “YOU CANNOT FAIL
WHEN YOU DO NOT GIVE UP”. Apa yang
penting adalah kesihatan kita terjamin. Tanpa kesihatan yang baik, kebahagiaan
hidup juga akan terjejas. Marilah kita bersama menurunkan peratusan masyarakat
Negara kita yang mengalami masalah obesiti ni. Setakat ini sudah 22 kilogram sudah berjaya di"hilang"kan. Terus untuk mencapai target. #Weight loss = 25 kg. Insha Allah.
Labels: cara hilang 25 kg, cara kurus cepat, gaya hidup sihat, hilang 20 kg, makanan seimbang, Obesiti, obesiti di Malaysia, tips berkesan untuk kurus, tips kurangkan berat badan, tips kurus cepat, tips kuruskan badan
29 Comments:
hilang 22 kg kira hebat lah tu. lain pulak kalau sy , makan byk mana pun still tak naik2.haha
btw, member sy pun ada jgk kt UMS.
Wahhh dah senior dah.., good luck...study rerajin
perghh , mesti tabah giler kan masa nak kontrol makan tuu . tak sia-2 , sekarang dah fit giler kot !
tahniah ashraff...anda berjaya menurunkan berat badan...shaila tabik spring...heee...
Aku respek weh tengok transformasi ko. Ramai orang memang niat menebal tapi kurang disiplin untuk realisasikan benda ni.
Pergi gym tak emyr?
Salam dik...
Tq sudi dtg blog akak ye..
Tips di atas kalau diikut memang blh turun berat contohnya adik sendiri..sampai 22kg hilang berat...syabas dik..bkn senang tau...bertambah hensem bila dah kurus...
Tapi kalau la pic adik yg di atas sekali tu...yg tgh mkn msD tu..akak suka st...tembam n comel..geram tk..blh cubit2...hehe
moga dapat capai target 25kg tu..lagi 3kg je kan...?hee
Lelaki klu kurus sgt pun tak lawa ;)
ps/ ida dah balas follow...thx ya sbb sudi follow ida
woww hebat2..bnyak gak 2 susut..
HAHA! bestnya macam tu.. :D
Kann!! Insha Allah :)
Tak ada lah control sangat pon.. HEHE!
Cuma makan dalam kuantiti yang betul..
yang penting work out routine tu!
Thanks Shaila :D
Betul tu Bro.. yang penting jangan putus asa la..
pergi la jugak.. cuba pergi sekerap yang mungkin..
Wslm... same2 :))!!
HAHA! comel kan dia.. Insha Allah!
Still working on it, kak!
Kan! Yang penting kembali pada BMI yang normal..
kesihatan menjadi faktor keutamaan yang diambil kira...
Thanks :)
Ramai dah yang berjaya jugak dengan usaha sendiri..
aku plak dah lali.kejap naik..kejap turun.skrang aku dah cut off nasik.amik suku je.so skrang maintan dah :D
lagi satu aku naik badan kalau kerap minum ais
HAHA! kann.. yng penting diet seimbang..
ais memang aku letak jauh-jauh la.. :D
salam. abe kie tgh bimbang ni sbb berat dah turun 5kg sejak lps ramadan lalu. x naik2 kembali. takut gak kena penyakit ke apa...huhuhuhu..BTW, done follow here.
wah..hebat...usaha menurunkan berat badan berbaloi..1kg nak turun pun susah...daebak!!
bila dh kembali pada bentuk tubuh dikehendaki..lepas nie kena kekalkan kan bentuk dan jaga pemakanan lah ye bro..senaman pun x boleh tingglkan..risau kalau kembali sediakala..apa pun done follow sini balik..thank's ya :)
Tahniah kerana mengekalkan badan yang fit! Saya makan banyak mana pun, berat tetap maintain 40 kg. T_____T
tahniah2.. :)
sebenarnya berat boleh dikawal.. bila dah makan tak igt diri tu yg lastly ended up sbgai "takdir".. haha.
tahniah berjaya.. kalau ena pulak ngah usaha tambah berat badan :P
congrates... byk turun tu... bagus untuk kesihatan... kesedaran tentang berat badan ideal dah lama ada... tapi alahai... lemak degil... nak turun sekilo pun susah... hahaha...
amik semangat awak sikit ye...
salam bang...saya pun nak ucapkan tahniah wat bang
power bro, MANTOP
BANYAKNYAAAA turun berat badan! chaiyok! jangan smpai kurus cgt., berisi sikit pun dah okay nampak macho. ahaaa :D
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home