DIKEJAR ANJING
Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua Blogger yang tersangkut kat entri kali ni...
Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku pagi ni. Hari ini Sabtu, seperti biasa aku akan keluar untuk aktiviti KOKUM (paramedik) yang diadakan setiap minggu sepanjang 3 semester ni. Tapi apa yang berlaku pda pagi ini memang tidak akan terlupakan. Pengalaman sedikit mengerikan ini terjadi lebih kurang jam 7 pagi tadi.
Haa.. tak perlulah rasanya aku explain secara panjang lebar lagi. Nasib baik aku jalan laju-laju sambil terus berdoa supaya semuanya akan baik-baik saja. Yang peliknya tu, bila aku toleh belakang beberapa saat selepas itu anjing tersebut hilang daripada pandangan. Syukur! Alhamdulillah!
Sekarang ni aku rasa sangat penting untuk berkongsi tips-tips apabila anda berhadapan dengan situasi begini.
1) Jangan Panik. Segera BERHENTI lari, jika anda berlari anjing akan terus mengejar anda,
2) HINDARI kontak mata, Jangan dok tenung anjing tu macam nak gaduh pulak kan? Nanti tak pasal-pasal.....
3) Berbaring terdiam kalau si anjing mulai menyerang anda, biasanya kalau anda BERPURA-PURA MATI, anjing kan tidak lagi bermat atau tertarik untuk menyerang anda.
4) Bila masih tetap diserang, RENDAHKAN WAJAH anda, dan tutup telinga dengan tangan.
*Yang paling penting JANGAN BERLARI kerana menurut kajian apabila kita panik, kita akan berlari dan semakin kita panik, kita akan mengeluarkan hormon ADRENALIN yang dapat dihidu oleh anjing dan akan merangsang anjing untuk terus menyerang kita. Bukan sahaja anjing malahan binatang buas yang lain juga begitu. Selepas itu, TAWAKAL saja lah...
Doa untuk menghentikan kejaran anjing adalah membaca ayat 18 dari surat Al-baqarah yang berbunyi
Doa untuk menghentikan kejaran anjing adalah membaca ayat 18 dari surat Al-baqarah yang berbunyi
صم بكم عمي فهم لا يرجعون :"shummum bukmun 'umyun fahum laa yarji'uun" Insha Allah. Anda akan dilindungi.
Labels: B1.1.10, Blok Bestari, dikejar anjing, pantai UMS, Pengetahuan, Semasa, Tahukah anda?, tips dikejar anjing, tips mengelak serangan anjing, Wow
19 Comments:
benci anjing..huhu
tips yang bagus..tapikan, selalunya bila terjadi..tak ingat dah..sebab panik punya pasal..kan..hihih
haha! pernah terjadi masa balik asrama, anjing ikot jalan sebelah betis kawan jeee tapi saya dah berjalan pantas di depan, :S.
alhamdulillah anjing area aku baik baik saja...for now..hahaha
-razil to the block-
haha. so far lum pernah lagi kena kejar anjing.
tp kalau tengok orang lain yg kena kejar, pernah le.
lau ad ekayu.aku libas je.snang citer.hehe tp takut gak kot
haha.. bagus tips ni.kat UMS anjing mmg berkeliaran kn? aku dlu kg.E mmg champion la!
Btul tue.....kalau jln kat kwsn byk hanjeng, baca je sum mum buk mun byk2 kali. Pstu klsu rasa mcm nk kene kejar, caranya....cangkong buat mata garang pegang batu konon2 nk baling ke hanjeng tu
setakat ni tak pernah lagi kena kejar kat anjing.
kalua jumpa anjing pun, buat2 dek jea..hehe
pernah jugak akak kena kejar anjing seram sejuk rasanya...
kalau anjing kejar akak, mesti akak tak sempat lari mana2. hehe
Bagus tips adik ni..hi hi mmg seram pengalaman tu...Kalau akak mesti dah panic..
Kalo berhenti, kena gigit pula saye..
Alhamdulillah , dari zaman muda-muda (sek ren) ckgu semua psn jgn lari time kena kejar anjing and now i know why we must stop running :) nice entry !!
Aritu terserempak anjing tapi terus pusing basikal huhu masatu dia selongkar sampah tiba2 dia nampak sy,apalagi saya pusing pastu kayuh laju2 sebaik masatu baru nak lalu simpang haha.
tapi macam mana doa nak buka balik hijab anjing tu...ayt ni utk ttup mata dia...berdosa kalau kta tak buka balik mata dia..macam mana anjing tu nak cari makanan?
Tips paling mudah untuk tak dikejar anjing adalah anda kejar anjing tu dulu.. Kompom anjing tu tercirit2 lari.. Aku dh buat bnyk kali, anjing2 yg pernah aku kejar mmg dari jauh nampak aku dh lari.
Kata ummi ku juga, baca doa nya Surah Al-Baqarah ayat 18 yang artinya:" Mereka tuli, bisu, dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali "
Aku dah banyak kali disalak anjing yg marah bila kita lalu kawasannya...dan kadang anjing lagi kuat menyalak jika ada tuannya...sebab sesetengah perangai anjing suka menunjuk..jd mmg tips pertama jgn lari dan dan tu anda takut...lps tu bacalah ikut ayat di atas...mmg menjadi dan anjing tu walau dah dekat tp dia tak alam sampai memggigit kita. Buat dan dan dgn yakin pd Allah...In Sha Allah akan menjadi...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home