Saturday, December 1, 2012

DIKEJAR ANJING

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua Blogger yang tersangkut kat entri kali ni...
Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku pagi ni. Hari ini Sabtu, seperti biasa aku akan keluar untuk aktiviti KOKUM (paramedik) yang diadakan setiap minggu sepanjang 3 semester ni. Tapi apa yang berlaku pda pagi ini memang tidak akan terlupakan. Pengalaman sedikit mengerikan ini terjadi lebih kurang jam 7 pagi tadi.



Haa.. tak perlulah rasanya aku explain secara panjang lebar lagi. Nasib baik aku jalan laju-laju sambil terus berdoa supaya semuanya akan baik-baik saja. Yang peliknya tu, bila aku toleh belakang beberapa saat selepas itu anjing tersebut hilang daripada pandangan. Syukur! Alhamdulillah! 

Sekarang ni aku rasa sangat penting untuk berkongsi tips-tips apabila anda berhadapan dengan situasi begini.




1) Jangan Panik. Segera BERHENTI lari, jika anda berlari anjing akan terus mengejar anda,
2) HINDARI kontak mata, Jangan dok tenung anjing tu macam nak gaduh pulak kan? Nanti tak pasal-pasal.....
3) Berbaring terdiam kalau si anjing mulai menyerang anda, biasanya kalau anda BERPURA-PURA MATI, anjing kan tidak lagi bermat atau tertarik untuk menyerang anda.  
4) Bila masih tetap diserang, RENDAHKAN WAJAH anda, dan tutup telinga dengan tangan.

*Yang paling penting JANGAN BERLARI kerana menurut kajian apabila kita panik, kita akan berlari dan semakin kita panik, kita akan mengeluarkan hormon ADRENALIN yang dapat dihidu oleh anjing dan akan merangsang anjing untuk terus menyerang kita. Bukan sahaja anjing malahan binatang buas yang lain juga begitu. Selepas itu, TAWAKAL saja lah...


Doa untuk menghentikan kejaran anjing adalah membaca ayat 18 dari surat Al-baqarah yang berbunyi
 صم بكم عمي فهم لا يرجعون :"shummum bukmun 'umyun fahum laa yarji'uun" Insha Allah. Anda akan dilindungi.


Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, June 28, 2012

RAFFLESIA TERBESAR DI DUNIA DENGAN SEPULUH KELOPAK DITEMUI DI MALAYSIA

Rafflesia sejenis bunga yang seindah namanya. Bunga ini juga dikategorikan sebagai antara bunga yang terbesar didunia. Baru-baru ini, bunga terbesar di dunia ini ditemukan di Hutan Simpan Belum, Perak. Apa yang menarik dan unik mengenai penemuan ini ialah bunga Rafflesia yang mempunyai sepuluh kelopak telah ditemukan di sini. Ini merupakan catatan terbaru mengenai bunga terbesar di dunia ini yang lazimnya mempunyai lima kelopak sahaja. Ini merupakan yang pertama di dunia, Rafflesia dengan sepuluh kelopak. Sangat cantik kan? 

Rafflesia dengan sepuluh kelopak di Hutan Belum, Perak. Pertama di dunia


Kerana keunikan yang terdapat pada bunga ini, ia akan diawet untuk tatapan generasi akan datang. Bunga Rafflesia yang ditemui ini berdiameter 46 sentimeter itu ditemui pada 23 Jun di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Perak. Tumbuhan parasit ini telah ditemui oleh pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak sewaktu menjalankan kerja-kerja rutin menyelia kawasan berkenaan. Penemuan bunga itu dikenalpasti sebagai hasil evolusi antara spesis R. azlanii dan R. cantleyi disahkan sebagai yang pertama di dunia seumpamanya.

SPESIS-SPESIS LAIN:

Rafflesia aurantia

Rafflesia azlanii

Rafflesia cantleyi

Rafflesia leonardi

Rafflesia lobata

Rafflesia manillana

Rafflesia pricei

Rafflesia philippensis

Rafflesia tengku -adlinii

Rafflesia tuan-mudae

Haaa... sebenarnya banyak spesis bunga Rafflesia ni. Yang mana satu berkenan di hati? 

Labels: , ,

Tuesday, June 26, 2012

RATU (BADAK SUMATERA) SELAMAT LAHIRKAN ANAKNYA


Badak Sumatera  (Dicerorhinus sumatrensis) merupakan seekor haiwan yang hampir pupus di dunia. Menurut statistik, spesis badak Sumatera ini hanya terdapat kurang daripada dua ratus ekor di seluruh dunia. 

Badak Sumatera spesis terancam

Keadaan ini membimbangkan pihak yang bertanggungjawab yang terus berusaha untuk memastikan spesisi ini terus kekal untuk generasi akan datang. Baru-baru ini seekor badak Sumatera di Indonesia yang diberi nama Ratu selamat melahirkan seekor lagi anak badak sumatera jantan setelah lebih 120 tahun penantian. Kelahiran direkodkan pada 23 Jun 2012 pada jam 0045. Ini adalah kelahiran keempat di kawasan perlindungan badak sumatera dalam tempoh satu abad lebih.


Tahukah anda, selain daripada badak Sumatera iaitu Badak Jawa yang tinggal lebih kurang hanya 35 ekor di seluruh dunia.

Labels:

Wednesday, June 20, 2012

TAUFAN GUCHOL MELANDA JEPUN


TOKYO 20 Jun - Taufan Guchol yang menyerang Jepun semalam, dengan angin kencang dan hujan lebat memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka dan menyebabkan sistem perkhidmatan pengangkutan terganggu.


Gambar sekadar hiasan.



Pihak berkuasa memberitahu, lebih 10,000 penduduk di Ishinomaki yang terjejas teruk ekoran dilanda gempa bumi dan tsunami tahun lalu diminta untuk meninggalkan rumah mereka.



Penduduk di barat wilayah Wakayama juga turut diminta untuk berpindah kawasan yang lebih selamat.



Angin kuat yang melanda melebihi 90 kilometer sejam mengakibatkan sistem pengangkutan terganggu dan menyebabkan beberapa syarikat penerbangan dan pengendali kereta api di seluruh negara terpaksa membatalkan atau menangguhkan perkhidmatan. - dpa



Sama-samalah kita doakan supaya bencana ini akan cepat berakhir. Amin~

Labels: