Rafflesia sejenis bunga yang seindah namanya. Bunga ini juga dikategorikan sebagai antara bunga yang terbesar didunia. Baru-baru ini, bunga terbesar di dunia ini ditemukan di Hutan Simpan Belum, Perak. Apa yang menarik dan unik mengenai penemuan ini ialah bunga Rafflesia yang mempunyai sepuluh kelopak telah ditemukan di sini. Ini merupakan catatan terbaru mengenai bunga terbesar di dunia ini yang lazimnya mempunyai lima kelopak sahaja. Ini merupakan yang pertama di dunia, Rafflesia dengan sepuluh kelopak. Sangat cantik kan?
|
Rafflesia dengan sepuluh kelopak di Hutan Belum, Perak. Pertama di dunia |
Kerana keunikan yang terdapat pada bunga ini, ia akan diawet untuk tatapan generasi akan datang. Bunga Rafflesia yang ditemui ini berdiameter 46 sentimeter itu ditemui pada 23 Jun di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Perak. Tumbuhan parasit ini telah ditemui oleh pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak sewaktu menjalankan kerja-kerja rutin menyelia kawasan berkenaan. Penemuan bunga itu dikenalpasti sebagai hasil evolusi antara spesis R. azlanii dan R. cantleyi disahkan sebagai yang pertama di dunia seumpamanya.
SPESIS-SPESIS LAIN:
|
Rafflesia aurantia |
|
Rafflesia azlanii |
|
Rafflesia cantleyi |
|
Rafflesia leonardi |
|
Rafflesia lobata |
|
Rafflesia manillana |
|
Rafflesia pricei |
|
Rafflesia philippensis |
|
Rafflesia tengku -adlinii |
|
Rafflesia tuan-mudae |
Haaa... sebenarnya banyak spesis bunga Rafflesia ni. Yang mana satu berkenan di hati?
Labels: Semasa, Tahukah anda?, Wow
4 Comments:
Keagungan ALlah :)
cbe bygkan..guna bunga ni wat bung telur/haha
Subhanallah. besar gila rafflesia =D
http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/dinosaur-eggs.html
rajinnya awak mengkaji..teruskan membongkar misteri2 di dunia ni... subhanallah,besarnye bunga pakma ni
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home