Thursday, August 16, 2012

KENANGAN BERSAMA ROOMMATE KMNS (B1.1.10)


Kenangan Bersama. Cewaah! Tajuk entri macam nak menjiwang kan. Tapi takpelah, jiwang pon jiwang lah der. Sebenarnya banyak cerita aku nak kongsi sepanjang aku kat KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) ni dulu. Tapi tahap kemalasan aku untuk update blog ni pada masa itu memang di luar kawalan. *Maaf sekiranya penggunaan bahasa agak tinggi arasnya. HAHA! Tiap kali aku nak update blog je macam-macam halangan datang tapi aku dah faham la dengan kesibukan sepanjang di sana kan. Kuliah, tutorial, amali menjadi teman setia daripada hari isnin sampai la jumaat. Sabtu dan ahad pulak masa nak uruskan diri, siapkan tutorial, kemas bilik (enam bulan sekali je kot)  dan aktiviti yang paling digemari tengok movie lah. Layan je la apa cerita pun.


Kalau budak-budak bilik depan aku pulak dok main game tak kira lah hari apa pun, game tetap ON je la. Baiklah, pendahuluan yang cukup panjang. Itu pon kalau ada yang baca lah. Aku sebenarnya tiba-tiba teringat kat roomate-roomate kesayangan aku nih. Ariff, Syawal (Melin), dan Nik Adly. Tak dilupakan jugak jiran-jiran di kiri kanan bilik aku, Pali, Nas, Prof, Master, Fadhil, Kamarul, dan lain-lain. Walaupun aku kenal korang dalam setahun je kat matrik tu, aku dah rasa macam kenal korang lama. Biasalah kan kalau dah nama roomate tu mesti ada tercubit, tertumbuk. tersepak, tertampar, terambil, termarah dan semua ter..ter..ter.. yang boleh la.

Aku minta maaf kalau pernah buat korang marah atau sakit hati dengan aku. Aku memang banyak terhutang budi dengan mereka-mereka ni. Entah bila la dapat jumpa korang lagi lepas ni. Bila korang ada aku tak rasa apa-apa sangat tapi bila korang dah takde depan mata ni macam selalu tu, aku rasa lain pulak. Rasa kehilangan sangat-sangat. Korang jugak la yang selalu buat aku ketawa dengan lawak korang yang entah apa-apa tu kan, tapi itu semua lah yang aku dok terkenang sekarang ni sampai jari jemari aku ligat menaip entri ni khas untuk korang.

Dari Kanan: Nik, Fadhil, Ashraf, & Syawal.
Belakang: Fadhli (Pali)

*erks. HAHA!

Dari Kiri: Nik, Syawal & Arif

Mungkin betul la bila orang cakap, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila dia sudah tiada depan mata kita. Bila la dapat gather macam dulu lagi. Kalau Arif, aku rindu nak tanya dia banyak benda, lebih-lebih lagi kalau nak exam atau ada kuiz. Dia jugak la yang banyak membantu aku sepanjang aku kat sini. Aku ingat lagi masa mula-mula aku jejak kaki kat matrik ni, Arif dan Nik la antara orang terawal yang aku kenal sebelum yang lain. Nik pula seorang yang baik sebenarnya, cuma kadang-kadang dia sedikit garang jika hendak dibandingkan dengan Arif dan Merlin. HAHA! Aku terhutang budi dengan kau Nik. Aku ingat lagi masa aku sakit, kau jugak lah yang teman aku kat Hospital tu. Terima kasih dah banyak tolong aku. Aku minta maaf selalu buat kau marah. Biasalah masing-masing tertekan kat sini kan. Kesimpulannya, normal la kalau marah-marah tu kan. Aku tak pernah ambil hati pon. Aku tahu kalau kita gaduh macam mana pun, nanti akan ok jugak.

Seterusnya, Syawal Syamrien (Melin), dia ni okay jer. Apa yang aku nampak, dia ni rajin belajar. Lebih-lebih lagi untuk subjek Kimia since cikgu diam (Miss Tee Bee Lian) sangatlah rajin untuk membuat kuiz semasa kelas tutorial. HEHE! Aku suka tanya dia kalau ada apa-apa yang aku tak faham tentang subjek kimia ni. Dia kira pro jugak lah. Aku paling suka kalau jam loceng aku mula 'menjerit' awal-awal pagi kat bilik B1.1.10 tu. Orang pertama yang akan tersedar si Syawal ni lah. Dia yang akan kejut aku suruh matikan jam tu. HAHA! Tiap-tiap kali jam tu 'menjerit' mesti dia yang sedar dulu. Dia hanya kan suruh aku matikan jam tu supaya dia boleh sambung tidur. Macam-macam kerenah ada. Kalau Arif dengan Nik, memang takkan sedar lah walaupun bom meletup dalam bilik tu.

Sekarang kita kena ikut haluan masing-masing. Tak lama lagi aku akan sambung belajar di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dengan course Biologi Pemuliharaan. Arif pulak akan ke UKM untuk course Medic. Semoga menjadi seorang doktor yang berjaya. Syawal pulak kalau tak silap ke UteM dan Nik pulak masih gagal dikesan. HEHE! Apa-apa pun terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberkati persahabatan kita. Agak-agak siapalah bakal roommate aku kat UMS nanti ya?

#Harap-harap kat UMS nanti boleh update selalu. HAHA! We'll see!

Labels: , , , ,

30 Comments:

At August 16, 2012 at 6:18 AM , Blogger Unknown said...

zaman matrik la yg paling best.....masuk U pn tak se'best' matrik...huhu

 
At August 16, 2012 at 6:37 AM , Blogger Miss N™ said...

Masing2 terpisah dah ni, tapi xpe..sekarang ni kan byk perkara yang boleh dimjadikan phubung... hujung jari je kan.. kalau xboleh fb selalu, sms jee...

apapun, semoga Amer terus berjaya seperti mana amer doakan rakan2 amer.. :)

dan salam lebaran dari cik nur.. selamat hari raya..!

 
At August 16, 2012 at 6:55 AM , Blogger Nurrul Hazieqah said...

Mmm , true.. bila dah tak ada baru terasa kosong...

*takpelah.. nanti buat reunion.. eiishh , mesti rindu gila kan ! ^^

 
At August 16, 2012 at 6:57 AM , Blogger AY said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Daripada rakan blogger Afiq Yassin

 
At August 16, 2012 at 7:27 AM , Blogger RIZZNA said...

Nik tu msti klante..org laki2 klau mbebel msti cute kannnn...

Nnti kt UMS msti jmpa kwn baru. Jgn lupa sumer yg kt atas tu..

 
At August 16, 2012 at 8:33 AM , Blogger are_lin@yu said...

ramainya kawan dia..hehe..salam aidilfitri maaf zahir batin ya ;-)

 
At August 16, 2012 at 9:11 AM , Blogger Lina said...

memang la rindu bila org tu xde dpn mata.. lebih2 lagi klu org tu mmg best, mcm aq dgn rumet aq dulu,, mcm tu jgk aq smbung dip untuk setahun dalam masa setahun tu aq sebilik, sekelas makan,minum ,buat projek final, tugasan , mandi*bilik air lain2 *oppss* smua dgn dia.. tp bila dah bjauh rindu rasanya.. owhh ya uTem aq nak msuk sna jgk.. tp xde rezeki ag ,so aq memustuskan tuk keja dulu..

pesanan tuk amirul ... **jaga diri di tempat org.. org sabah ni kadang ada org yg fhm kita dan ada yg xnak langsung faham kita.. yg penting jgn hidup berpuak2.... hati2 pilih kwn ya... sabah & semenanjung berbeza.. sebab aq pena rasa.. hehe...

 
At August 16, 2012 at 9:37 AM , Blogger Black said...

kat matrik walaupun baru kenal setahun , dah macam bertahun-tahun .
matrik the best !

ya , siapalah roomate kat u nanti :|

 
At August 16, 2012 at 10:54 AM , Blogger Cendol said...

aahkan betol tu.kita akn lbh terase n mnghargai bile dh takde org tu dpn mate.huhh ape2 pn kenangan ngan kwn2 tu mmg suwiitt lah.semoga pershbtan korng kekal n ikhlas krn Allah.cpt pegi cari mane budak Nik tu hilang.jgn loss contact.heee bile hang masuk U pulak?lps raya ni?

 
At August 16, 2012 at 11:14 AM , Blogger Nur said...

hoho, betul dah tu.. rumate dah xde depan mate baru la nak rindu kat dia..

 
At August 16, 2012 at 1:22 PM , Blogger Unknown said...

tetiba2 teringatkan member2 aku...sigh. lama tak ketemu diorg..rindu zaman nakal2 dlu

 
At August 16, 2012 at 2:36 PM , Blogger vblogklasik said...

Hoho.. rindu zaman matrix. Dh 4 tahun berlalu :D

 
At August 16, 2012 at 3:25 PM , Blogger Nurul Husna Mohd Hassan said...

walaupun akak bukan budak matrik tapi akak rindu zaman study dulu :)

camat hari raya jugak ashraf, maaf zahir batin :)

 
At August 16, 2012 at 3:37 PM , Blogger Unknown said...

baru je setahun tinggalkan matriks, hehe

 
At August 16, 2012 at 4:18 PM , Blogger fynuraqilah said...

tiba2 rindu zaman mtrik ble bce entry nie :)

 
At August 16, 2012 at 6:54 PM , Blogger Nurrul Hazieqah said...

Sungguh , duduk dikeliling blogger2 yang ke U ke matriks.. rasa teringin sgt nak rasa pengalaman macam nie.. ^^

 
At August 16, 2012 at 10:19 PM , Blogger vendoline said...

syok la seblik rmai..tak bosan.ehehhe jelez

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

 
At August 17, 2012 at 12:12 AM , Blogger Unknown said...

poto-potonya pada bagus dan keren sahabatku..
I like it..
salam sehat selalu dari Indonesia.. ^_^

 
At August 17, 2012 at 5:46 AM , Blogger Si Matatajam said...

Teringat plak akak kat kengkawan lama yg study sama2 dulu...rindunya...

 
At August 17, 2012 at 7:27 AM , Blogger OKje said...

Apa pun OKje ucapkan Tahniah sebab dapat gi UMS.... belajar rajin-rajin.... supaya ada orang Islam jugak yg berjaya...

Betul tu... kita akan lebih menghargai bila orang tu tak de kat depan mata!...

 
At August 17, 2012 at 8:45 AM , Blogger Hirdayu Rahmat said...

akak tua setahun je dari kamu niii :) hai hai adik juniorr !

 
At August 19, 2012 at 2:10 PM , Blogger P#eoniX said...

btol hape yang ko cakap tuh bile x der member yang same rapat,same gaduh depan mate baru kite nak hargai....sesungguhnya akuh pon x terlepas dari kekhilafan dan kesalahan....selamat ari raye gak...ari neh aku nak ziarah roomate aku yang dah 5 taun x jumpa...bukan ape,memasing bz keje....heheheh...eksited gile akuh nak komen pepanjang kat ko neh...heheheh....

 
At August 20, 2012 at 12:07 AM , Blogger Dkna Abza said...

selamat hari raya...

zaman study adalah zaman yang paling best :)

 
At August 20, 2012 at 8:51 AM , Blogger Nana said...

dah terlanjak sam pai ke sini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
xx Nana.
*first time datang.

 
At August 23, 2012 at 12:27 PM , Blogger Iefa Ujang said...

kenangan brsama mmg xkan pernah hlg dlm ingatan lg2 yg mmbahagiakn

 
At August 26, 2012 at 4:20 PM , Blogger profmie said...

beselatU zmn blajo mmemg byk kengn...eh,kwn pUn de yg dpt Utem jg ae...

 
At August 27, 2012 at 11:17 AM , Blogger Nadia Elena said...

hensem la roomates..ahaks! =D

 
At August 27, 2012 at 11:21 AM , Blogger Reena Sidek said...

semoga persahabatan tetap berkekalan walaupun masing2 dah ada hala tuju sendiri...

selamat hari raya...

 
At August 27, 2012 at 4:56 PM , Blogger mrs kayrul said...

tiba-tiba terkenang zaman belajar dulu..apa khabar la mak2 org tue skrg....

 
At August 29, 2012 at 10:14 PM , Blogger Nik said...

baca entry ni teringat jugak kat kwn matrik dulu..rindu
satu bilik ade 10 org.hehe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home