BILA DAH BESAR NANTI NAK JADI APA?
Assalamualaikum para blogger yang dihormati. Tengok tajuk entri pon korang mesti dah tahu kan saya nak cerita pasal apa. Baiklah, soalan macam ni mesti sudah selalu korang dengar terutamanya bila bergelar kanak-kanak riang suatu masa dahulu. Aha. Comel je semua masa tu kan? Cikgu-cikgu korang semua mesti pernah tanya soalan ni. Dah besar nanti, awak nak jadi apa? Nak kerja apa? Cita-cita awak? Pada ketika itu pasti ramai yang memberikan jawapan "saya nak jadi doktor." Mungkin ada yang nak jadi seorang guru, jurutera dan lain-lain. Tetapi, sampai satu tahap, kita akan mula keliru dengan cita-cita kita itu sendiri. Dan inilah yang sedang dihadapi oleh saya sebenarnya. Saya sendiri masih keliru dengan apa yang menjadi cita-cita saya kerana saya seringkali bertanya kepada diri sendiri apakah saya mampu untuk merealisasikan impian saya itu? Dan apakah ini yang saya mahukan untuk kehidupan saya pada masa akan datang? Kita semestinya menginginkan yang terbaik dan kita perlu membuat keputusan yang bijak untuk memastikan kita tidak menyesal di kemudian hari. Alhamdulillah, segala keputusan saya yang perlu tentukan. Mak dan ayah hanya memberikan sokongan dan dorongan. Saya bebas untuk memilih sebarang kursus untuk pengajian di Universiti kelak. Di mana? Saya sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang. Semuanya ketentuan Allah.
Jika rezeki saya ada, maka saya akan teruskan dengan pilihan yang telah dibuat. Harapan ke langit tinggi menggunung. Hehe. Tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang terpaksa mengikuti kemahuan atau kehendak ibu bapa dalam pemilihan kursus ni? Bertambah masalah mereka kan? Mungkin mereka masih boleh berbincang dengan baik bersama ibu bapa. Maklumlah, mak dan ayah kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita tetapi ada masanya kita harus belajar untuk membuat keputusan sendiri dan mampu untuk meyakinkan mereka dengan keputusan yang kita ambil. Jika ibu bapa masih tidak dapat menerima keadaan ini, sebagai seorang anak, mungkin kita harus redha dan apa yang penting ialah untuk meneruskan pengajian kita. Insha Allah, Allah akan membantu kita untuk mempermudahkan jalan kita. Apa yang paling penting di sini ialah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.
Sekali lagi soalan yang sama saya tujukan kepada para pembaca "Apakah yang diinginkan dalam kehidupan ini?" Setiap insan mempunyai impian mereka sendiri. Nak rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami kaya, anak-anak yang ramai, kerjaya yang baik dan banyak lagi. Tetapi, impian itu haruslah disusuli dengan usaha dan jangan pernah berputus asa. Ini pesanan daripada seseorang kepada saya "Kalau kita berjaya membeli dunia sekalipun, apakah kita mampu membeli sebuah mahligai di syurga?" Begitu mendalam maknanya. "Jika anda merasakan diri anda hebat, carilah penjuru di dalam bulatan." Mampukah kita? Tidak sama sekali. Tetapi kunci kepada kejayaan seseorang itu adalah daripada usaha yang disertakan dengan doa serta tawakal. Insha Allah.
Sebelum entri ni menjadi sebuah karangan yang berjela-jela, apa yang saya ingin rumuskan ialah, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sahajalah yang menentukan segalanya. Kepada kawan-kawan yang masih belajar atau sedang bercuti (seperti saya), renung-renungkanlah mengenai apa yang akan dilakukan pada masa depan anda. Tak salah untuk kita merancang kan? Saya sendiri masih mencari jawapan untuk soalan-soalan di atas tu. Sesiapa yang nak berkongsi pendapat atau cadangan boleh la tinggalkan di ruangan KOMEN. Terima kasih kerana membaca.
"BUKAN SEMUA YANG KITA KEHENDAKI ATAU IMPIKAN AKAN KITA PEROLEHI"Seperti kata-kata yang pernah saya baca "Harga dan nilai sebuah mutiara itu tidak akan jatuh meskipun penyelam yang menemuinya adalah orang yang hina".
Labels: Kisah saya, Pengetahuan
2 Comments:
jadi dae'i ><
dulu cita-cita nyer lain tp skrg jdnya lain..hiks :p
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home