Friday, December 28, 2012

KISAH STUDY WEEK DI UMS


Assalamualaikum..
Apa khabar korang semua? Haa.. sebut je pasal study week ni, insan yang bergelar student da cukup faham la situasi ini. Masa ini la library akan penuh, sesak, buku habis dipinjam, lecturer tak menang tangan melayan pelajar kan. Study week aku di UMS ni banyak berbeza dengan zaman study week kat Matrik (KMNS) dulu. Selalu study dengan kawan-kawan, tapi berbeza pula bila dah kat Universiti ni. Aku lebih banyak menghabiskan masa untuk study berseorangan. Orang selalu cakap yang kalau saat-saat akhir macam ini, lebih baik buat study group je kan. Tapi aku masih belum jumpa group yang boleh aku join untuk study ni. Tapi kadang-kadang tu ada jugak la yang sudi menemani aku time-time study macam ni. Mana boleh tahan study sorang-sorang tanpa henti. Silap hari bulan jadi zombie lah aku! HAHA! Perlu jugak bersosial kan. Nasib baik ada jugak Blogger-Blogger baik hati yang selalu datang Blog KISAH KITA ni dan baca entri aku dan memberikan komen dan respons yang banyak membantu. Sekurang-kurangnya ada jugak ruang untuk aku bersosial dan berkongsi cerita. Terima kasih ya! Aku sangat hargai semua komen-komen yang korang bagi. Minta maaf sangat-sangat kalau belum sempat Blogwalking ke Blog-blog korang. Insha Allah! Kalau ada kelapangan aku lawatlah blog korang semua! 


Mood study yang berubah-ubah:

5-10 Minit yang pertama

Fokus! Fokus!!

15 Minit Kemudian...

Arghh! Apakah ini? Macam tak pernah belajar je!!!!!

Beberapa minit kemudian...

Kusut!! Mengapa ini terjadi?


Dan akhirnya...


Tidur dululah! Cari ilham...

 Ini biasa terjadi kan? Itulah antara keburukan study berseorangan. Tapi kena la pandai atur masa kan? Jangan setiap masa sepanjang study week macam ni ya.
Dapatkan tidur dan rehat secukupnya!

Tak salah kalau nak study tu, tapi jangan la paksa sangat diri tu sampai tak tidur pulak. Nanti terjadi lah kes lewat ke dewan peperiksaan, masalah kesihatan dan tak dapat fokus semasa peperiksaan kerana mengantuk, tidak mendapat tidur yang mencukupi!

Stay up sampai 2-3 pagi

Kepada kawan-kawan yang nak final exam dah ni, Semoga Berjaya ok.
Yang penting kita dah Usaha. Langkah seterusnya Doa dan Tawakal.


 Yang paling penting, jangan berputus asa! Teruskan Berjuang sehingga ke Saat-saat terakhir!

Insha Allah! Kita semua berjaya! 





Labels: , , , , , , , , , , , ,

Saturday, November 24, 2012

KESIBUKAN HIDUP MELANDA

Assalamualaikum...

Lama sudah rasanya tak update blog KISAH KITA ni. Bukannya terlupa tetapi di atas faktor kesibukan hidup yang kini melanda diri ini. Aduhai! Mana tidaknya, sampai ke hari ini (Sabtu) juga ada saja aktiviti yang mewajibkan aku untuk turut serta. Dalam sebulan sahaja lagi aku akan menghadapi final exam. Ya Allah! Pntas sungguh masa ini berlalu. Aku pula terlalu sibuk dengan assignment yang sangatlah banyak sehinggAkan tiada masa yang mencukupi untuk membuat ulngkaji. Risau! Risau! Risau! Bak kata senior "Ala, inilah campus life dik oii..". Ok, aku setuju. Aku sedang cub untuk menyesuaikan diri, membahagikan masa dengan sebaiknya. Insha Allah. Perihal kawan-kawan pula, macam biasalah. Dalam persahabatan pun pasti akan ada pasang surutnya kan? Bukan pasangan bercinta je. Ehem! Ehem. Sebut je pasl cinta, OK dengan ini saya mengisytiharkan Aku Masih Dara... Oooops silap, Aku Masih Single dan kalau boleh aku akan cuba sedaya upaya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap study dulu. Susah juga kalau ada banyak komitmen ni. Selebihnya no comment, thank you.  Oh ye! Dekat bawah ni aku tempek gambar-gambar aktiviti aku sepanjang hampir 2 bulan aku tidak update blog ni. Kalau nak cerita satu-satu takut tak habis je nanti. HEHE!














Labels: , , , , , , , , ,

Thursday, August 16, 2012

KENANGAN BERSAMA ROOMMATE KMNS (B1.1.10)


Kenangan Bersama. Cewaah! Tajuk entri macam nak menjiwang kan. Tapi takpelah, jiwang pon jiwang lah der. Sebenarnya banyak cerita aku nak kongsi sepanjang aku kat KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) ni dulu. Tapi tahap kemalasan aku untuk update blog ni pada masa itu memang di luar kawalan. *Maaf sekiranya penggunaan bahasa agak tinggi arasnya. HAHA! Tiap kali aku nak update blog je macam-macam halangan datang tapi aku dah faham la dengan kesibukan sepanjang di sana kan. Kuliah, tutorial, amali menjadi teman setia daripada hari isnin sampai la jumaat. Sabtu dan ahad pulak masa nak uruskan diri, siapkan tutorial, kemas bilik (enam bulan sekali je kot)  dan aktiviti yang paling digemari tengok movie lah. Layan je la apa cerita pun.


Kalau budak-budak bilik depan aku pulak dok main game tak kira lah hari apa pun, game tetap ON je la. Baiklah, pendahuluan yang cukup panjang. Itu pon kalau ada yang baca lah. Aku sebenarnya tiba-tiba teringat kat roomate-roomate kesayangan aku nih. Ariff, Syawal (Melin), dan Nik Adly. Tak dilupakan jugak jiran-jiran di kiri kanan bilik aku, Pali, Nas, Prof, Master, Fadhil, Kamarul, dan lain-lain. Walaupun aku kenal korang dalam setahun je kat matrik tu, aku dah rasa macam kenal korang lama. Biasalah kan kalau dah nama roomate tu mesti ada tercubit, tertumbuk. tersepak, tertampar, terambil, termarah dan semua ter..ter..ter.. yang boleh la.

Aku minta maaf kalau pernah buat korang marah atau sakit hati dengan aku. Aku memang banyak terhutang budi dengan mereka-mereka ni. Entah bila la dapat jumpa korang lagi lepas ni. Bila korang ada aku tak rasa apa-apa sangat tapi bila korang dah takde depan mata ni macam selalu tu, aku rasa lain pulak. Rasa kehilangan sangat-sangat. Korang jugak la yang selalu buat aku ketawa dengan lawak korang yang entah apa-apa tu kan, tapi itu semua lah yang aku dok terkenang sekarang ni sampai jari jemari aku ligat menaip entri ni khas untuk korang.

Dari Kanan: Nik, Fadhil, Ashraf, & Syawal.
Belakang: Fadhli (Pali)

*erks. HAHA!

Dari Kiri: Nik, Syawal & Arif

Mungkin betul la bila orang cakap, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila dia sudah tiada depan mata kita. Bila la dapat gather macam dulu lagi. Kalau Arif, aku rindu nak tanya dia banyak benda, lebih-lebih lagi kalau nak exam atau ada kuiz. Dia jugak la yang banyak membantu aku sepanjang aku kat sini. Aku ingat lagi masa mula-mula aku jejak kaki kat matrik ni, Arif dan Nik la antara orang terawal yang aku kenal sebelum yang lain. Nik pula seorang yang baik sebenarnya, cuma kadang-kadang dia sedikit garang jika hendak dibandingkan dengan Arif dan Merlin. HAHA! Aku terhutang budi dengan kau Nik. Aku ingat lagi masa aku sakit, kau jugak lah yang teman aku kat Hospital tu. Terima kasih dah banyak tolong aku. Aku minta maaf selalu buat kau marah. Biasalah masing-masing tertekan kat sini kan. Kesimpulannya, normal la kalau marah-marah tu kan. Aku tak pernah ambil hati pon. Aku tahu kalau kita gaduh macam mana pun, nanti akan ok jugak.

Seterusnya, Syawal Syamrien (Melin), dia ni okay jer. Apa yang aku nampak, dia ni rajin belajar. Lebih-lebih lagi untuk subjek Kimia since cikgu diam (Miss Tee Bee Lian) sangatlah rajin untuk membuat kuiz semasa kelas tutorial. HEHE! Aku suka tanya dia kalau ada apa-apa yang aku tak faham tentang subjek kimia ni. Dia kira pro jugak lah. Aku paling suka kalau jam loceng aku mula 'menjerit' awal-awal pagi kat bilik B1.1.10 tu. Orang pertama yang akan tersedar si Syawal ni lah. Dia yang akan kejut aku suruh matikan jam tu. HAHA! Tiap-tiap kali jam tu 'menjerit' mesti dia yang sedar dulu. Dia hanya kan suruh aku matikan jam tu supaya dia boleh sambung tidur. Macam-macam kerenah ada. Kalau Arif dengan Nik, memang takkan sedar lah walaupun bom meletup dalam bilik tu.

Sekarang kita kena ikut haluan masing-masing. Tak lama lagi aku akan sambung belajar di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dengan course Biologi Pemuliharaan. Arif pulak akan ke UKM untuk course Medic. Semoga menjadi seorang doktor yang berjaya. Syawal pulak kalau tak silap ke UteM dan Nik pulak masih gagal dikesan. HEHE! Apa-apa pun terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberkati persahabatan kita. Agak-agak siapalah bakal roommate aku kat UMS nanti ya?

#Harap-harap kat UMS nanti boleh update selalu. HAHA! We'll see!

Labels: , , , ,