KISAH STUDY WEEK DI UMS
Assalamualaikum..
Apa khabar korang semua? Haa.. sebut je pasal study week ni, insan yang bergelar student da cukup faham la situasi ini. Masa ini la library akan penuh, sesak, buku habis dipinjam, lecturer tak menang tangan melayan pelajar kan. Study week aku di UMS ni banyak berbeza dengan zaman study week kat Matrik (KMNS) dulu. Selalu study dengan kawan-kawan, tapi berbeza pula bila dah kat Universiti ni. Aku lebih banyak menghabiskan masa untuk study berseorangan. Orang selalu cakap yang kalau saat-saat akhir macam ini, lebih baik buat study group je kan. Tapi aku masih belum jumpa group yang boleh aku join untuk study ni. Tapi kadang-kadang tu ada jugak la yang sudi menemani aku time-time study macam ni. Mana boleh tahan study sorang-sorang tanpa henti. Silap hari bulan jadi zombie lah aku! HAHA! Perlu jugak bersosial kan. Nasib baik ada jugak Blogger-Blogger baik hati yang selalu datang Blog KISAH KITA ni dan baca entri aku dan memberikan komen dan respons yang banyak membantu. Sekurang-kurangnya ada jugak ruang untuk aku bersosial dan berkongsi cerita. Terima kasih ya! Aku sangat hargai semua komen-komen yang korang bagi. Minta maaf sangat-sangat kalau belum sempat Blogwalking ke Blog-blog korang. Insha Allah! Kalau ada kelapangan aku lawatlah blog korang semua!
Mood study yang berubah-ubah:
5-10 Minit yang pertama
Fokus! Fokus!! |
15 Minit Kemudian...
Arghh! Apakah ini? Macam tak pernah belajar je!!!!! |
Beberapa minit kemudian...
Kusut!! Mengapa ini terjadi? |
Dan akhirnya...
Tidur dululah! Cari ilham... |
Ini biasa terjadi kan? Itulah antara keburukan study berseorangan. Tapi kena la pandai atur masa kan? Jangan setiap masa sepanjang study week macam ni ya.
Dapatkan tidur dan rehat secukupnya!
Tak salah kalau nak study tu, tapi jangan la paksa sangat diri tu sampai tak tidur pulak. Nanti terjadi lah kes lewat ke dewan peperiksaan, masalah kesihatan dan tak dapat fokus semasa peperiksaan kerana mengantuk, tidak mendapat tidur yang mencukupi!
Stay up sampai 2-3 pagi |
Kepada kawan-kawan yang nak final exam dah ni, Semoga Berjaya ok.
Yang penting kita dah Usaha. Langkah seterusnya Doa dan Tawakal.
Yang paling penting, jangan berputus asa! Teruskan Berjuang sehingga ke Saat-saat terakhir!
Insha Allah! Kita semua berjaya!
Labels: Ameerul Ashraf, Biologi Pemuliharaan, Exam Ums, Final exam UMS, Kisah kita, KMNS, Sabah, Tips exam, Tips peperiksaan, Tips sebelum exam, Tips sebelum peperiksaa, UMS, Universiti Malaysia Sabah
31 Comments:
hehehee...
hehe...
klau tyra, biasa tido awal, then bgun study pkul 1-5 pagi .
Time tu senang je masuk . kwn2 smua tido. lagi la syok blajar, xde gangguan :D
hahahaa..sma la dgn saya pn.tahan dalam 5-10 mnit ja.pastu,mula la bukak bnda lain plak.. ^^,
gud luck for final exam :))
gud luck
goodluck! study smart.. :B
kalau sudi singgah la ke blog saya dan click g+1 pada entry ni http://nikkhazami.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
have a nice day :)
study smart ok. good luck! ;)
caiyok..caiyokk...!
Mcm tu lh bla study sowg2. Asyik nk ngantok jew.. heheh
sy suka study sorang2 sebab ada privacy.. kalau nak tya apa2 mesti make sure before study week dah clear sume. hehe
hahahahhaha lawak der....
last2 ertido..muka punya la smgt mula2
blm hbis exam lg yer bro
haha..funny tengok muke awak time study..teringt time sis study dlu2..;)
btw, tq singgah belog sis k..follow awak juge;)
study smart!!
bestlah entry abang ini..hehe..kelakar~with the faces..yeah~neeza memang selalu cm uh gak kalau nak exam..hihi
haha ... buruks muke ngantukk tuwh,, xD
btw comey sikit lwerr..
gud luck...cik siti skrg tgh bercuti...hehe..baru ja lps final...
amboii acap. hensem kemain sejak belajar kat oversea ni. hehehehe
selamat maju jaya acap ! busy nye dia sampai tak dek masa nak update blog =B
study smart lerr..jgn study hard
memang kalau baca buku belajar je confem tak sampai setengah jam dah buat keje lain. hoho
Uik.. xabis exam g ka? Haha. Gudluck.. :D
buku ialah ubat tido
gudluck oke . :)
hahaha!! bak kata awie, ini semua poyo~
gambar itu bajet semata-mata.. =P
Eh sama la dgn gua, keh keh keh
Esok exam baru la nak fokus betul-betul, really miss my study life ^^
amboi. study ke bergambr ni? hewhew =P
Exam dah habis kan ? WEHUUUUU ! Samalah kita. Hahaha. Dah tak leh nak wish good luck la ek.
Takpe, wish SELAMAT BERCUTI ! :D
p/s : Salam perkenalan dari Ety. First time mai sini :D
hahaha...selalu terjadi mcm tuh juga !
budak rajinnnnnnnn
haha.. semua tu standard la kan.. tringat mase belaja dulu2
haha.. standard la tu. tringat masa2 blajar dulu
berusaha!!..hihi..nt anda merindui nak study =)
waa.. kau ade blog upenye.. haha :D (y)
gammbathe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home