Sunday, September 2, 2012

HARI PERTAMA AKU DI UMS


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama membuat persiapan untuk sambung belajar ni, aku teramatlah sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dunia Blog untuk sementara waktu. Baiklah, Entri aku pada hari ni bertujuan untuk berkongsi pengalaman aku semasa mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hari ni dah masuk hari kedua aku berada di UMS, perasaan masih lagi bercampur-baur. Antara sedih, gembira dan teruja sebenarnya kerana dah lama sangat bercuti. Rehat semua pon dah cukup dan aku rasa inilah saatnya untuk kembali belajar. Aku bersyukur kerana segala urusan semasa pendaftaran pada jam lebih kurang 9 pagi semalam selesai walaupun aku terpaksa bersesak di dalam lautan manusia. Cewaah! HAHA! Seawal jam 8 pagi jalan raya yang kebiasaannya lengang menjadi sibuk serta-merta. Semuanya berpusu-pusu menuju ke UMS ni.

Setibanya aku di UMS ni, aku tergamam kerana keindahan alam sekitarnya yang masih lagi terpelihara dan dikelilingi oleh lautan yang membiru. Struktur bangunannya juga begitu unik dan sangat-sangat cantik. Aku rasa bertuah jugak la dapat belajar di bumi Sabah ni. Orang-orang kat sini pon baik-baik belaka dan peramah. Selepas ini akan bermula lah Minggu Suai Mesra kami selama seminggu. Aku seakan dapat menduga bagaimana penatnya nanti. Alhamdulillah, aku da ada seorang roommate. Orag Sabah juga ni. Ada dua lagi kekosongan di dalam bilik aku ni. Harap-harap ada lah orang daripada Semenanjung kan. Aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa di sini. Waktu solat semua ikut sama berubah. Kat Sabah ni pukul 5:30 pagi da terang dah macam pukul 7:00 pagi kalau di Semenanjung tu. Pukul 6:30 petang pulak dah macam pukul 8;00 malam di Semenanjung. Okaylah! Sampai sini dulu cerita aku tentang hari pertama aku kat UMS ni. Korang bolehlah layan gambar-gambar kat bawah ni.

Muat-muat je untuk letak pakaian.


Banyak ruang untuk simpan barang.


Katil bawah tu, aku yang punya. HAHA! 


Ni pulak view daripada tingkap bilik kami. 

Beg, tali leher, dan item yang perlu dipakai sepanjang
Minggu Suai Mesra.
 

Nanti kalau ada kelapangan, aku upload lagi gambar-gambar sekitar UMS ni. Sepanjang minggu ni, jadual kami telah pun diaturkan sepadat-padatnya dengan taklimat dan Program Minggu Suai Mesra. Kepada semua kawan-kawan yang menyambung pengajian di mana jua anda berada sekarang ni, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Insha Allah, segala Usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia.

Labels: , , , , ,

30 Comments:

At September 2, 2012 at 11:42 AM , Blogger laskar pelangi said...

goodluck di sana ;)

 
At September 2, 2012 at 12:34 PM , Blogger PemilikCahaya said...

tahniah ash..bestnye view kt bilik tu..tenang je nk study

 
At September 2, 2012 at 1:22 PM , Blogger Lina said...

selamat dtg ke sabah buat yg ptama kalinya..hapy x. waktu sabah mmg awal dr kl.apapon harap dpt suai kn diri kat sabah ni ua. chayo2.

 
At September 2, 2012 at 5:43 PM , Blogger Mummy MM said...

good luck

 
At September 2, 2012 at 6:51 PM , Blogger Unknown said...

jaga diri di tempat orang...jauhnye sambung belajar..huhu..

 
At September 2, 2012 at 10:19 PM , Blogger eddy syrol said...

duduk kolej apa? selat dtg ke sabah... nanti kite pg pulau.... (~_~)

 
At September 3, 2012 at 1:18 AM , Blogger Nurul Husna said...

tahniah...jgn sedih2 wlupun jauh dr family..kutip pengalaman tu yg best :)

 
At September 3, 2012 at 9:39 AM , Blogger Encik Suami said...

Assalamualaikum.
TAHNIAH dpt ke menara gading.good luck.blaja rajin2.
eh..ada akaun fb tak?klu ada..send kat email nie ye nama fb..akrabpersahabatan@gmail.com

 
At September 3, 2012 at 2:02 PM , Blogger Miss N™ said...

wahh..ade angry bird lagi..!
ermm..view dari tgkap tu bestlah..
hijau..!

 
At September 3, 2012 at 4:00 PM , Blogger aiENn cHAm said...

wo0aa ! cantik jugak UMS nie

 
At September 5, 2012 at 11:27 AM , Blogger azura husaini said...

Patung angry bird ue comel...hahaha..
View kt luar bilik pon best...sesuai utk study..ble pnt ley tgok kt luar..hehe..
Gud luck k ash..jmpe lg ble kau balik cni or aq de duit nk g sne..
Lau balik johor,,roger2 k..

 
At September 5, 2012 at 1:10 PM , Blogger Clumsy Boy said...

good luck study!

 
At September 6, 2012 at 11:00 PM , Blogger Diera Tekikushika said...

selamat belajar! hik rasa mcm skema bila wish dlm BM. xpe2 bahasa ibunda. uhhuhuhu

 
At September 8, 2012 at 2:17 AM , Blogger Nong Andy said...

oh.. rupanya dah berada di sabah ya.. selamat datang n selamat belajar :D

 
At September 9, 2012 at 7:52 PM , Blogger Belladeone said...

alamak,siap bwk angry bird..aduhh...wish the best amirul asyraf..

 
At September 9, 2012 at 8:45 PM , Blogger Aliff Haikal said...

pehhhh acap ! terbaik ahh . hehehehe goodluck wei ;) ;) ;)

 
At September 11, 2012 at 3:55 PM , Blogger Madam iEeDaZ said...

selamat belajar kembali yer...takecare

 
At September 12, 2012 at 1:57 PM , Blogger Atan Johari said...

wow...ko UMS jugak???? JUnior la ni....stay kolej kediaman mana????

 
At September 12, 2012 at 2:01 PM , Blogger Atan Johari said...

wow...ko d UMS jugak???? junior la ni???? stay kolej mana?

 
At September 12, 2012 at 3:14 PM , Blogger Unknown said...

for the first picha i thought jam loceng tu tempat timbang hahaha :D
btw u got nice view, jgn kera pecah masuk dah la..
goodluck btw! sambung course ape nie?
gambar kat header tu almost like my matric :D

 
At September 13, 2012 at 5:19 PM , Blogger SJ said...

ums jgk rupenye... tq follow n da follow blek... kos ap?? kmpg mne??

 
At September 14, 2012 at 6:27 AM , Blogger Nurrul Hazieqah said...

Nurrul nak gi sana jugak ! ! ! nak2 nak ^^

*bestnya belajar.. :") selamat belajar..

 
At September 14, 2012 at 9:33 AM , Blogger vendoline said...

bsar loker korang..best giler..lg 1...cntik beg.style la.jelez ni.hehehe

 
At September 14, 2012 at 3:03 PM , Blogger beat said...

kawan bebaik jgn gaduh2

 
At November 23, 2012 at 9:52 AM , Blogger Rabia Sensei said...

All the best! Sesungguhnya waktu di Universiti lah yang paling best sekali. so, study hard and dun forget to have fun too =D

 
At January 11, 2013 at 10:57 AM , Blogger Unknown said...

Ums cantik en..i wish universiti aku secantk itu..hoho

 
At April 21, 2013 at 10:42 AM , Anonymous Anonymous said...

Mintk ums hmm

 
At August 19, 2013 at 2:27 AM , Blogger Laserquest said...

okay. thanks for giving me this brief idea how kampung e looks like.
fuh. not that bad.

 
At June 23, 2014 at 12:25 PM , Blogger heyo said...

Huaaaaaaaaa!!! Saya memang nak masuk UMS sangat2.. harap2 dapat..kelmarin baru lepas interview untuk UMS..harap2 dapat T_______________T

 
At August 17, 2015 at 6:19 PM , Blogger Unknown said...

best juga kt UMS... aku dpt UMS untuk subjek Geografi sesi2015/16... cntik pemandangn kt sana... harap dpt berkenlan kat sana nnti...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home