APA ITU EGO?
Apakah yang dimaksudkan dengan ego?
Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu.
"Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa."
Jadi, entri saya pada malam ini akan memberikan penekanan mengenai ego. Antara isu yang selalu menjadi perbalahan ialah apabila perbandingan dilakukan untuk menetukan antara lelaki atau perempuan, siapakah yang lebih ego? Jika di jawab lelaki lebih ego, sudah tentu ada lelaki-lelaki yang kat luar sana yang tidak berpuas hati begitu juga sebaliknya. Sebenarnya, ego ini tidak boleh ditentukan berdasarkan jantina semata-mata.
Kebiasaannya seseorang itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya dilabelkan sebagai seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari bahawa sifat itu memang sudah ada dalam diri mereka.
Yang membezakannya hanyalah tahap ego seseorang itu. Berdasarkan kajian, wanita yang bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja. Itu hanayalah kajian yang dilakukan, ini tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki juga begitu. Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai contoh hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap keegoan yang lebih tinggi berbanding si isteri.
"Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut"
Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.
Bersama-samalah kita mengubahnya.
Labels: Pengetahuan
19 Comments:
tak suka org ego..
mcm karangan...hehehe...\nice entry...
i am always rite...huhuhuhuhu no no noooooo
kadang2 kite tak sedar kite pon ego , jemmm~
hi..salam singgah. nice entry.
lelaki atau wanita semuanya ada ego tersendiri...bezanya tahap keegoan masing-masing..
hurmm btol jgk tuh
Teman istimewa (blum jdi bf )sye ckp sye kdng2 ego tnggi. Kalo kte seringkali menafikan suatu prasaan tu..(contohnye rindu) adakah ia dilabel sbgai EGO? Bkn ape..sye sbnarnye MALU NAK AKUI yg sye rndu pde dia memndgkan dia x ckp yg dia rndu saye.. hmm.. im need explanation
Macam mna nk kurangkan ego dlm setiap hubungan..harap dpt mmbantu
Macam mna nk kurangkan ego dlm setiap hubungan..harap dpt mmbantu
Boleh tak tetangkan dengam lebih lanjut apakah maksud sebenar tentang ego ni,bukqn apa aq just nk lebih memahami tentang ego...need explanation...pleasez...
Nak tnya mcm mn pula klu sy ni dikatakan ego dlm kalangan rakan
Nak tnya mcm mn pula klu sy ni dikatakan ego dlm kalangan rakan
bnyak nyer lalat
Faham2
Ego macam tuan rahim dalam cerita cinta tanpa henti
Ego...bila salah, kita tgur tapi xnak mengaku-ego
Bila salah sendiri tapi slhkan org lain-ego
Bila kita tgur salah merajuk melenting-ego
Bila kita tgur pasal A, dia cakap pasal B-ego.
Bila kita tgur bnda kecik, dia rasa org besar2,hina dia-ego.
Bila kita tgur, jawab “yela, sy tahu sy ni suka menyusahkan org, xlayak dpt itu ini, sy ni jahat n bla2”- ego
Tak boleh ke kalau org dh tgur cuma jawab- ya, sy tahu sy slah. Maafkan sy. Insyaallah sy perbetulkan perangai/perbuatan sy. Easy utk org yg merendah diri, but difficult utk org yg EGO!!
Terbaik sharing
Sikap ego tu memang ada pada setiap orang cuma jangan biar kan kita dikuasainye dalam setiap perkara.Pasal tu la org akan Kata ohhh org tu ego ehh dia ni ego la..pada hal kita kdg2 tk perasan kita pon bersikap ego dlm sesetengah perkara yg kita tk sedar😊
Terima kasih diatas penerangan nya Encik Ashraff Aziz
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home