MISTERI 2012. APA RASIONALNYA?
1.
2012 arahan Roland Emmerich
bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih
terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For Souls arahan Micheal Bay (pengarah filem Transfomers) menanti atau
ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah
yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens,
dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence
Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya
ini?
2. Dalam filem
2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland
Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat
suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan
kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut
3. Yang benar dan
hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem
solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya
berlaku pada setiap 26,000 tahun.
4. Kaum Maya telah mengetahui tentang
fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum
Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki
kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
5. Ada sebuah
Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth
Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan
menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur
6. Gambaran keseluruhan
kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage)
bermula dengan kemusnahan
matahari ia bertepatan
dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila
matahari terbit dari barat.
7. Imam Mahdi dikatakan
akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini
terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada
hadis sahih mengenainya).
8. Agama dan
kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di
Arizona), Dogon (kaum asli Afrika) dan I Ching (
kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi
pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
9. 21 Disember
2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland
Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan
dengan hadis kiamat.
10. Tarikh sebenar
berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22
Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan
J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
11.
Munculnya The Shining One. Satu
tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi
nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?
12.
Berlaku perubahan era transisi
spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku
transisi spiritual.
13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka
berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi.
14.
Dalam filem 2012 Presiden kulit
hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
15. 5 filem
kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah Terminator
(kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan
alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan
disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
16. Alien akan
turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan
penafsiran corp cicrles.
17. Sebuah negara baru akan
muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
18. Nostrdamus meramalkan
akan berlaku perang dunia ke III.
19.
Bible code ms 85. Ada mesej
tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha
Yitzahak Rabin (nama pembunuh Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan
menghentam bumi.
20.
Apa yang disebut dalam kitab
purba Maya bukanlah kemusnahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman
dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut
dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.
ANDA SUDAH CUKUP BIJAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENAI PERKARA INI,
KITA WAJIB BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH...
KIAMAT, AJAL & MAUT, JODOH PERTEMUAN SEMUANYA RAHSIA ALLAH...
Labels: Tahukah anda?
4 Comments:
Nice post,,,
Salam kenal..
thnx..
slm knal juga .. =)
thnx follow back
tq follow akak..salam kenal dr akak
sama2.. salam kenal kembali kak :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home