APA ITU QARIN?
Barang kali
ramai yang tidak mengetahui apakah qarin ini. Atau juga ramai diantara kita
yang tidak mengetahui keujudannya. Malah keujudan qarin ini bukanlah diantara
kita tetapi didalam diri kita sendiri.
Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman
atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan
makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia,
menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada
pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia
dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu,
memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang
yang alim.
firman Allah:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan
Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan)
maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Qarin adalah kembar manusia
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya
mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan
solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga
untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan
malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana
yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan
menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca
"Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir,
membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud
r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin
daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya
Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu
aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal
kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam
Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku
merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya:
"Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda:
"Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi:
"Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda:
"Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Qarin makan dan minum bersama manusia
yang didampinginya
Ibn Muflih
al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman,
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang
beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke
rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu."
Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan
berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia.
Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup
kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari
akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan
atau kederhakaan manusia.
Labels: Islam, Tahukah anda?
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home