AINUL MARDIAH (BIDADARI SYURGA)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
saya pernah mendengar kawan-kawan bercerita mengenai ainul
mardiah ni..sekarang, saya nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai ainul
mardiah.... =)
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu
amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi
SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun
berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam
di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa
dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang
hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang
ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang
berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih
bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia
sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak
pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang
bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain
(bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada
di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian
yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di
manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw
bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini,
disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah
dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu
diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu
menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya
penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup
indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan
di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah
lalu wanita itu menjawab, eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai
ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini
sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik
dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa
tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul
Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki
itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak
daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di
ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan
pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk
berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang
syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi
pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada
nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang
ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
teringat lagu kumpulan UNIC yang bertajuk "ainul mardiah" tu....
teringat lagu kumpulan UNIC yang bertajuk "ainul mardiah" tu....
Labels: Islam, Tahukah anda?
4 Comments:
susah nak jumpa perempuan yang menjaga aurat utk suami. :)
betul tu cik pensil..
perempuan sekarang suka menjadi "hiasan" buat lelaki-lelaki lain juga..
tujuan mereka..saya sendiri kurang pasti...
NICE ENTRY..........teringat plk kt lagu nasyid,ainul mardiah...best sngt..
Excellent post. I am experiencing many of these issues as well..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home