AKHLAK RASULULLAH TERHADAP SAHABAT BAGINDA
hari ni saya nak kongsi cerita tentang akhlak rasulullah saw terhadap sahabat-sahabat baginda...
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.
Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat
pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan
oleh Baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan senyuman.
Biasanya
Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak
seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita
itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka
bertanya.
Dengan senyum
Rasulullah menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu
masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita
tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya". Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w.
Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang
tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia
ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari
itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk
sangka pula kepadanya"-Saidina Ali
Oleh itu, hisablah diri kita, adakah
kita boleh bersikap seperti Rasulullah s.a.w.
Insya Allah.
1 Comments:
indahnya akhlak Rasulullah S.A.W...
tq,, satu perkongsian yg menarik..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home