BUDAK ZAMAN SEKARANG!!!
SAY NO TO "BULLY"
haaa....
hari ni saya nak kongsi sikit mengenai buli ni...
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli?
Pembuli
* Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
* Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
* Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
* Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
* Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
* Bertubuh kecil.
* Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
* Pelajar baru di sekolah.
Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
* Mereka pernah menjadi mangsa buli.
* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
contohnya yang dibawah ni...
Buli dalam kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.
gambar sekadar hiasan(Yan & Yuni)
Yan, Yuni, Fara
BEBASKAN DIRI ANDA DARIPADA B.U.L.I
Labels: Pengetahuan, Saya dan kawan-kawan
4 Comments:
acap suka buli aku kat sekolah dulu :p
kesian kena kepit... ngeeeeeeee
lau yuni tau nie,,,bising dy....hehe
jangan buli orang kalau kita sendiri tak suka dibuli
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home