Wednesday, November 2, 2016

PROGRAM SARJANA SAINS PENYELIDIKAN (BIOLOGI PEMULIHARAAN) UTHM



Dalam tak sedar rupanya dah dua bulan berlalu sejak aku mula mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ni untuk program Sarjana Sains Penyelidikan (Biologi Pemuliharaan) di bawah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPI). Sebenanrnya tak sangka juga UTHM ni rupanya ada menawarkan kursus biologi pemuliharaan ni. Maklumlah, sebelum ni memang tak ada, sebab tu lah kita merantau ke bumi Sabah untuk buat degree dulu. Sekarang kembali ke Johor untuk pengajian Sarjana dan kebetulan kurusus ni ada ditawarkan di UTHM. Untuk degree (Biologi Pemuliharaan) pun dah ada sekarang. Kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ni boleh lah berbuat demikian di UTHM. Selain UTHM, universiti awam yang ada menawarkan kursus Biologi Pemuliharaan atau kursus-kursus berkaitan dengan Biodiversiti adalah Universiti Malaysia Sabah di bawah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), UMT dan UNIMAS. Mungkin pada masa akan datang akan ada lebih banyak Universiti Awam yang akan menawarkan kursus berkaitan biodiversiti kerana kepentingan biodiversiti terhadap ekosistem negara kita dilihat semakin  mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.  



Penyelidikan yang aku buat pula berkaitan dengan serangga atau dikenali sebagai bidang entomology.
Lebih spesifiknya aku akan buat kajian mengenai taburan spesies pepatung dan jejarum (Odonata) di sekitar kawasan pemuliharaan di negeri Johor. Jika ada kesempatan, aku akan share pengalaman aku sepanjang menjalankan kajian ini nanti. Dalam entri yang berikutnya, aku akan kongsikan beberapa gambar dan fakta mengenai pepatung dan jejarum yang diletakkan di bawah satu Order yang dikenali sebagai Odonata. :)

Labels: , , , , , ,

Wednesday, February 17, 2016

(MESTI BACA!) 10 FAKTA DUNIA HAIWAN YANG MANUSIA TIDAK TAHU


1. Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.



2. Tidak ada 2 ekor kuda belang yang mempunyai tanda yang sama.



3. Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 barisan di atas lidah mereka.



4. Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman.




5. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.




6. Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000 otot. Menarik bukan?



7. Sotong merupakan haiwan laut yang mempunyai tiga jantung.



8. Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.




9. Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.






10. Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.


Labels: , , , , , , , , ,

Monday, February 15, 2016

PROGRAM SL1M BRITAY ASIA MELAHIRKAN BAKAL USAHAWAN BERPOTENSI TINGGI

Alhamdulillah. Dalam sedar dan tak sedar dah sebulan aku join Program Keusahawanan di bawah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) ni. Untuk beberapa minggu yang pertama, kami menghabiskan masa untuk mempelajari segala aspek teori yang diperlukan dalam keusahawanan. Latihan dijalankan di Pejabat BriTay Asia yang terletak di Wisma Sentral, Kuala Lumpur. 

Sepanjang tempoh sebulan aku menjalani program ini yang masih berbaki 6 bulan, aku dah mula belajar banyak perkara dan sedikit sebanyak menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang sama sekali jauh dibandingkan dengan bidang pengajian sains yang aku pelajari di UMS. Minat terhadap bidang keusahawanan telah mula timbul dan semoga aku terus bersemangat dan diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. 

Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan aku telah mula untuk menjalani training untuk program ini di sebuah syarikat yang terkenal dengan minuman ECPI. Aku berharap sepanjang latihan ini aku akan terus bersemangat bersama rakan-rakan yang lain menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan. 

Terima kasih juga kepada semua tenaga pengajar, pihak BriTay Asia, syarikat ECPI, dan tak lupa juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama membantu secara langsung mahupun tak langsung.

Kepada graduan lepasan Universiti yang belum mempunyai pekerjaan atau masih menganggur, buatlah keputusan secara bijak. Peluang sentiasa ada, tapi ia tidak akan datang bergolek. Kena ada usaha sikit, InshaAllah berjaya! Selamat maju jaya semuanya!









Labels: , , , , , , , , , ,

Monday, January 25, 2016

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M) BANTU MENINGKATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).





Kepada graduan yang berminat untuk mendaftar secara atas talian (online( boleh klik pautan di bawah:
http://www.epu.gov.my/sl1m

Labels: , , , , , ,