Sunday, May 17, 2015

1
KOMEN

DIAMOND GALA HS03 APPRECIATION NIGHT


Hye guys,
Kali ni Emyr nak share tentang malam penghargaan Biologi Pemuliharaan (BioPem) Universiti Malaysia Sabah yang telah diadakan pada malam 16 Mei 2015. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Malam penghargaan kali ini lebih bermakna buat kami (pelajar tahun akhir) yang akan bergraduasi pada bulan Oktober ini, InshaAllah. Banyak kenangan dan memori suka duka yang telah kita lalui dan kongsikan bersama sepanjang 3 tahun di UMS. Buat kawan-kawan yang sentiasa ada di saat susah dan senangku, terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Tuhan saja yang dapat membalas kebaikan korang! Tidak lupa juga buat pensyarah-pensyarah dan staf-staf IBTP yang telah banyak berjasa kepada kami sepanjang pengajian kami disini. "Setiap pertemuan itu pasti akan ada detik perpisahan." Walaupun hanya 3 tahun kita bersama, diharap agar hubungan yang telah terbina terus dikekalkan. 

Buat sahabat-sahabat tersayang:
Siti Kauthar yang baik hati (minta puji), Effa Liyana yang stress tanpa henti, Ain Hadi yang bahagia selalu, Era Yusra yang banyak isu, Wani yang selalu pening, hahaha! :p , Mainurain yang tembam dan montel, Haritzan Musa yang kacak bergaya tapi suka kengkang (mohon gelak!), Faizal yang suka makan (tapi tak pandai gemuk!), Ikhmal yang sensitif (tapi cute), Nadzirah Ramli yang psycho, Shikin (Palapes) yang haluan ke kiri, Huai En yang selalu senyum, Thenmoly (Kak Yong) yang penyayang , Gayathri yang suka ketawa (hahaha!), Murugeswary (Queen of the Night) yang cantik, Kuhan (MJ) yang happening, Elyas & Shane (gelagatnya pasti menggelikan hati), Shandra a.k.a Sandwa yang sopan santun, Leona yang selalu ceria, Sharon yang tinggi bak model wanita terakhir (baik orangnya), Leo yang banyak diam daripada berbunyi, Ah seng yang tinggi ( haha:p), Adreyanna yang comel (konfiden jek dia! hehe), Effariza (adik si Taylor Swift) yang suka menyanyi, Monisalvily yang kecil manis orangnya, Deborah si kecil molek yang lantang bersuara, Imran (tinggi dan kacak orangnya), Randall dengan gaya squirrel nya!, Kok Kiat (orang yang akan dicari untuk  minta nota! :3), Kak Syikin yang berbudi pekerti, Shameeni yang sudah berpunya, hehe! :p, Tommy yang 'funny' , Rafi yang banyak kerenah dan gelagatnya, Eddie yang selalu berbesar hati, dan semua yang tidak sempat disebutkan di sini tetap diingati. Masing-masing ada karakter yang tersendiri pasti membuatkan diri ini terkenang-kenang selepas ni!




























Thursday, May 14, 2015

2
KOMEN

PUSAT HIDUPAN LIAR LOK KAWI, SABAH

Hye Guys,
Lama dah I tak update blog ni..
Baiklah.. entri kali ni cuma nak share gambar-gambar di Pusat Hidupan Liar Kok Kawi, Sabah.
Siapa yang datang Sabah tu nanti, boleh la luangkan sedikit masa di sini. Macam-macam ada! 
Selaku pelajar dalam jurusan Biologi Pemuliharaan ni, I suka la melawat tempat-tempat macam ni.
Banyak juga benda boleh diperhatikan dan dipelajari kat sini ni. Tak rugi luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah kan. tak gituh? 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...