Wednesday, December 4, 2013

TRIP TO HUTAN LIPUR KAWANG, PAPAR, SABAH

     Entri kali ini saya nak berkongsi tentang pengalaman saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Hutan Lipur Kawang yang terletak di kawasan Papar, Sabah. Hutan Simpan Kawang mempunyai keluasan 1,551 hektar dengan topografi berbukit pada ketinggian kira-kira 83.33 meter sehingga 666.6 meter. Hutan Lipur Kawang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu. Hutan Lipur Kawang memberikan alternatif kepada pengunjung yang ingin menjauhkan diri daripada hiruk-pikuk kota dan semestinya menjadi tumpuan para pencinta kehijauan alam.

     Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membuat kajian di kawasan hutan ini. Antara kajian yang dijalankan adalah mengkaji jenis hutan, ciri-ciri pokok yang terdapat pada hutan, dan mengkaji taburan spesis flora dan fauna yang terdapat di sini. Hutan Lipur Kawang ini juga sesuai untuk dijadikan kawasan untuk anda berekreasi pada hujung minggu. Memang seronok sangat bila berada di sini melihat kehijauan alam semulajadi kita yang seperti tidak "tersentuh" oleh mana-mana pihak mahupun lesap dalam arus pembangunan negara. Pada pendapat saya, saya sangat menyokong usaha kerajaan dan juga badan-badan persatuan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha memelihara dan memulihara hutan di negara kita ni. Tahap kesedaran mengenai betapa pentingnya nilai alam semulajadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri perlu dipertingkatkan lagi, Panjang jugak berceloteh dalam entri kali ni. Penat dah nak menaip, biarlah gambar pula yang bercerita. HEHE!


HUTAN SIMPAN KAWANG

Gambar di atas menunjukkan seorang model bergambar di hadapan pintu masuk ke Hutan Lipur Kawang. HAHA! *Mesti ada yang tak puas hati dengan aku lepas ni*





Hutan Lipur Kawang ni memang sangat sesuai untuk rekreasi mahupun sesi bergambar! HEHE!
Memang jatuh cinta dengan kehijauan alam di sini.






Ade air terjun jugak di kawasan ni. Menarik bukan? 




"Pengunjung yang datang setiap hari pula boleh memilih untuk berkelah, mandi atau merentas hutan kerana pada masa ini belum ada kegiatan khusus untuk mereka."



Sebahagian daripada barisan skuad BioPem (Biologi Pemuliharaan) HS03, Sekolah Sains & Teknologi, Universiti Malaysia Sabah yang turut serta dalam kerja lapangan kali ini. 






Anda penggemar kegiatan rentas hutan? Tungu apa lagi? Di sini memang sangat sesuai untuk menguji tahap stamina anda. Fuhh! Pendakian bermula!












Pokok-pokok di sini memang besar-besar belaka dan sangat tinggi. Ada yang mencapai diameter sebesar enam pemeluk orang dewasa. Wow! Besar kan? 















Antara hasil penemuan kami semasa melaksanakan tugasan di sini. Menarik bukan? :)









ROAR!!! HAHA!!!










Sekian sahajalah entri saya untuk kali ini. Kalau ada masa tu, datanglah ke Hutan Lipur Kawang, Papar, Sabah ni, melihat sendiri keindahan alam cipataanNya. 









Labels: , , , , , , , ,

3 Comments:

At December 4, 2013 at 11:25 PM , Blogger Khir Khalid said...

Subhanallah.. sungguh tenang & semulajadi.. :)

 
At December 5, 2013 at 12:55 AM , Blogger Unknown said...

saya org sabah pon belum sampy kat sana lagi..hehe

 
At March 24, 2020 at 9:56 PM , Blogger syazjuhari said...

bestt nyaa....actually this is where we do our fieldwork, bcoz of this covid we cannot go there TT...btw it nice to see u blog senior

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home