Thursday, December 5, 2013

MALINDO, AIR ASIA & MALAYSIA AIRLINES ! PILIHAN ANDA?


     Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Tak lama lagi cuti semester akan bermula. Tapi aku belum membuat tempahan tiket penerbangan untuk kembali ke semenanjung. Nasib baik lah study pon setakat di Sabah ni sahaja. Nak balik terus ke semenanjung pon tidaklah sukar dan harga tiket penerbangan pon masih boleh dikategorikan sebagai murah la kan. Haish! Mula lah kelam-kabut buka satu demi satu website airlines yang ada kat Malaysia ni. HAHA! Biasanya aku akan booked terus daripada Air Asia sebab kebiasaannya harga yang ditawarkan berbaloi dan harga "mesra pelajar".Haish! Kali ni pulak macam nak cuba Malindo pula. HEHE! Malaysia Airlines antara yang menawarkan servis terbaik. Apa-apa pon aku berbangga dengan Malaysia yang mempunyai syarikat-syarikat penerbangan yang diiktiraf dan berdaya saing. 


Anda pula bagaimana? Yang manakah menjadi pilihan hati? HEHE!









Yang kat bawah ni pula Emirates Airlines yang tidak asing lagi dalam dunia penerbangan. Memang sangat dikenali dan menawarkan servis penerbangan antara yang terbaik di dunia. Haish! Agak-agak berapa ya harga untuk satu penerbangan di Emirates Airlines nih! Sangat mewah! FUHH!






Labels: , , , , , , , , , , ,

Wednesday, December 4, 2013

TRIP TO HUTAN LIPUR KAWANG, PAPAR, SABAH

     Entri kali ini saya nak berkongsi tentang pengalaman saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Hutan Lipur Kawang yang terletak di kawasan Papar, Sabah. Hutan Simpan Kawang mempunyai keluasan 1,551 hektar dengan topografi berbukit pada ketinggian kira-kira 83.33 meter sehingga 666.6 meter. Hutan Lipur Kawang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu. Hutan Lipur Kawang memberikan alternatif kepada pengunjung yang ingin menjauhkan diri daripada hiruk-pikuk kota dan semestinya menjadi tumpuan para pencinta kehijauan alam.

     Tujuan utama kami ke sini adalah untuk membuat kajian di kawasan hutan ini. Antara kajian yang dijalankan adalah mengkaji jenis hutan, ciri-ciri pokok yang terdapat pada hutan, dan mengkaji taburan spesis flora dan fauna yang terdapat di sini. Hutan Lipur Kawang ini juga sesuai untuk dijadikan kawasan untuk anda berekreasi pada hujung minggu. Memang seronok sangat bila berada di sini melihat kehijauan alam semulajadi kita yang seperti tidak "tersentuh" oleh mana-mana pihak mahupun lesap dalam arus pembangunan negara. Pada pendapat saya, saya sangat menyokong usaha kerajaan dan juga badan-badan persatuan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha memelihara dan memulihara hutan di negara kita ni. Tahap kesedaran mengenai betapa pentingnya nilai alam semulajadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri perlu dipertingkatkan lagi, Panjang jugak berceloteh dalam entri kali ni. Penat dah nak menaip, biarlah gambar pula yang bercerita. HEHE!


HUTAN SIMPAN KAWANG

Gambar di atas menunjukkan seorang model bergambar di hadapan pintu masuk ke Hutan Lipur Kawang. HAHA! *Mesti ada yang tak puas hati dengan aku lepas ni*





Hutan Lipur Kawang ni memang sangat sesuai untuk rekreasi mahupun sesi bergambar! HEHE!
Memang jatuh cinta dengan kehijauan alam di sini.






Ade air terjun jugak di kawasan ni. Menarik bukan? 




"Pengunjung yang datang setiap hari pula boleh memilih untuk berkelah, mandi atau merentas hutan kerana pada masa ini belum ada kegiatan khusus untuk mereka."



Sebahagian daripada barisan skuad BioPem (Biologi Pemuliharaan) HS03, Sekolah Sains & Teknologi, Universiti Malaysia Sabah yang turut serta dalam kerja lapangan kali ini. 






Anda penggemar kegiatan rentas hutan? Tungu apa lagi? Di sini memang sangat sesuai untuk menguji tahap stamina anda. Fuhh! Pendakian bermula!












Pokok-pokok di sini memang besar-besar belaka dan sangat tinggi. Ada yang mencapai diameter sebesar enam pemeluk orang dewasa. Wow! Besar kan? 















Antara hasil penemuan kami semasa melaksanakan tugasan di sini. Menarik bukan? :)









ROAR!!! HAHA!!!










Sekian sahajalah entri saya untuk kali ini. Kalau ada masa tu, datanglah ke Hutan Lipur Kawang, Papar, Sabah ni, melihat sendiri keindahan alam cipataanNya. 









Labels: , , , , , , , ,

Tuesday, December 3, 2013

TRIP TO KINABALU PARK

Entri kali ini ringkas je. Lama jugak tak update nih. HEHE! Gambar je banyak kat bawah ni. Lawatan kami, pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) jurusan Biologi Pemuliharaan, HS03 ke Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia atau Kinabalu Park, World Heritage Site. Tujuan utama kami di sana adalah untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan taman dijalankan atau dilaksanakan di kawasan lindungan yang berstatuskan WARISAN DUNIA seperti Taman Kinabalu, Sabah. Pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan dapat ditemui di kawasan ini yang mungkin juga endemik atau hanya boleh ditemui di sini. Jadi, tunggu apa lagi, kalau ada kesempatan, bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, saya sarankan anda untuk melawati Taman Kinabalu ini. Pelbagai maklumat dan pengalaman dapat dirasakan di sini. 

"Pilihlah Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama anda". 

HEHE! Bukan nak melancong atau jalan-jalan sahaja malah dapat menambah ilmu secara tidak langsung.Tak rugi kan? Semuanya ada di Malaysia... :)


Kinabalu Park

Kinabalu Park Sabah























Labels: , , , , , , , , ,