Friday, September 14, 2012

KAWAN BARU

Assalamualaikum para Blogger yang budiman. Fuhh! "pejam celik! pejam celik!" dah seminggu aku berulang alik masuk ke dewan kuliah dan bilik-bilik tutorial kat UMS ni. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu seterusnya pasti akan menjadi minggu yang lebih mencabar kerana semua kelas akan bermula dengan sepenuhnya (100%) bermula minggu hadapan. Daripada kelas pagi, sampailah ke kelas pada waktu malam. 
Semua ini sudah pasti akan menguji tahap ketahanan diri untuk kekal konsisten sepanjang semester ni, 
Insha Allah. Sekarang ni aku nak cerita tentang kawan-kawan baru aku kat UMS ni. Kawan tu ramai la jugak, tapi yang ni kira macam geng baru la kat tempat baru ni kan. Aku sedang belajar untuk mengenali hati budi mereka semua ni. Kami ambil kursus yang sama iaitu Biologi Pemuliharaan
"Semoga Allah satukan hati kita semua untuk saling mempercayai dan ikhlas dalam persahabatan ini". Amin. 

"Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat".

Lokasi: Canselori
Faizal, Harris, Sufi (Roy), Ashraf (me), Wanie, Era & Ain

"Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan".


Lokasi: Institut Biologi Tropika Pemuliharaan

"Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut.  Jika anda bermusuh dgn sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan itu".

Lokasi: Pantai UMS

"Sahabat yg baik adalah orang yg bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata". 

Ikhmal dan aku di tepian pantai. HAHA!



"Cakap sahabat yg jujur adalah lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi daripada nenek moyang". 

Geng Baru. Dari kiri: Wanie, Ashraf (me), Ain & Ikhmal


"Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka". 




Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Mr. Crab. Banyak betul spesis ketam kat sini.

"Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya". 


Ini yang aku tungu-tunggu sebenarnya, matahari terbenam.
Subhanallah! Indah sungguh.

Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

    "Ingatlah Allah di dalam suka dan dukamu. Allah selalu bersamamu".

Labels: , , , , , , , , ,

Sunday, September 2, 2012

HARI PERTAMA AKU DI UMS


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama membuat persiapan untuk sambung belajar ni, aku teramatlah sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dunia Blog untuk sementara waktu. Baiklah, Entri aku pada hari ni bertujuan untuk berkongsi pengalaman aku semasa mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hari ni dah masuk hari kedua aku berada di UMS, perasaan masih lagi bercampur-baur. Antara sedih, gembira dan teruja sebenarnya kerana dah lama sangat bercuti. Rehat semua pon dah cukup dan aku rasa inilah saatnya untuk kembali belajar. Aku bersyukur kerana segala urusan semasa pendaftaran pada jam lebih kurang 9 pagi semalam selesai walaupun aku terpaksa bersesak di dalam lautan manusia. Cewaah! HAHA! Seawal jam 8 pagi jalan raya yang kebiasaannya lengang menjadi sibuk serta-merta. Semuanya berpusu-pusu menuju ke UMS ni.

Setibanya aku di UMS ni, aku tergamam kerana keindahan alam sekitarnya yang masih lagi terpelihara dan dikelilingi oleh lautan yang membiru. Struktur bangunannya juga begitu unik dan sangat-sangat cantik. Aku rasa bertuah jugak la dapat belajar di bumi Sabah ni. Orang-orang kat sini pon baik-baik belaka dan peramah. Selepas ini akan bermula lah Minggu Suai Mesra kami selama seminggu. Aku seakan dapat menduga bagaimana penatnya nanti. Alhamdulillah, aku da ada seorang roommate. Orag Sabah juga ni. Ada dua lagi kekosongan di dalam bilik aku ni. Harap-harap ada lah orang daripada Semenanjung kan. Aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa di sini. Waktu solat semua ikut sama berubah. Kat Sabah ni pukul 5:30 pagi da terang dah macam pukul 7:00 pagi kalau di Semenanjung tu. Pukul 6:30 petang pulak dah macam pukul 8;00 malam di Semenanjung. Okaylah! Sampai sini dulu cerita aku tentang hari pertama aku kat UMS ni. Korang bolehlah layan gambar-gambar kat bawah ni.

Muat-muat je untuk letak pakaian.


Banyak ruang untuk simpan barang.


Katil bawah tu, aku yang punya. HAHA! 


Ni pulak view daripada tingkap bilik kami. 

Beg, tali leher, dan item yang perlu dipakai sepanjang
Minggu Suai Mesra.
 

Nanti kalau ada kelapangan, aku upload lagi gambar-gambar sekitar UMS ni. Sepanjang minggu ni, jadual kami telah pun diaturkan sepadat-padatnya dengan taklimat dan Program Minggu Suai Mesra. Kepada semua kawan-kawan yang menyambung pengajian di mana jua anda berada sekarang ni, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Insha Allah, segala Usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia.

Labels: , , , , ,