Friday, July 27, 2012

136
KOMEN

UMS OH UMS!


Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini entah mengapa aku merasa malas sekali untuk mengupdate blog ni. HAHA! Mungkin kerana faktor kurangnya masa untuk aku duduk menghadap laptop gara-gara dilanda kesibukan mempersiapkan diri dan segala keperluan sebelum aku berangkat pergi ke negeri orang. Kadang-kadang tu mula terbit rasa risau tentang keadaan di sana nanti. Insha Allah, aku akan cuba sedaya upaya ku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Blogger yang sentiasa memberi dorongan dan komen-komen yang positif menambahkan lagi semangat ku untuk terus melangkah kehadapan. (*ayat skema). 


Alhamdulillah, segala maklumat yang perlu dilengkapkan melalui sistem online yang kadang kala mengusutkan sedikit fikiran aku ni telah aku lengkapkan dengan jayanya. Hoho! Senang hati sekarang! Urusan yuran, permohonan pinjaman PTPTN, dan segalanya telah aku uruskan dengan bantuan mak ayah dan kenalan terdekat.


Hari ni aku pergi ke hospital seawal jam 8 pagi semata-mata untuk buat medical check up. Memang penat nak menunggu. Penantian aku selama hampir satu jam semata-mata hendak menunggu giliran aku yang seakan tak kunjung tiba. HAHA! Ternyata bukanlah mudah nak masuk ke Universiti ni. Banyak proses dan perkara perlu dilakukan. Bermula daripada urine test , ujian mata, pemeriksaan gigi, X-ray, tinggi dan berat, mengukur tekanan darah, nadi dan ada beberapa lagi. Memang naik turun tangga lah aku sepanjang hari ni. Ye la, Bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang kita mahu, kan? Setiap kemahuan itu haruslah disusuli dengan usaha, baru lah kita berjaya dapat apa yang kita impikan. Cewaah!!


Apa yang best hari ni? Haa.. semasa medical check up kat hospital di daerah Kluang ini, aku melihat beberapa orang gadis yang kelihatan seperti berbangsa Cina, tetapi apabila mereka berkomunikasi sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa melayu. Mula-mula tu aku buat tak tahu je la. Cantik tu, memang cantik la. AHA! Semasa beratur untuk menunggu giliran melakukan pemeriksaan, aku perasan dua orang daripada mereka memegang buku panduan Universiti yang seakan biasa aku lihat. Ternyata itu lah buku panduan daripada pihak UMS. Wah! Nampaknya mereka pon akan ke sana jugak la nanti. Aku pun mula mengorak langkah untuk mengenali mereka. Bila dah kenal salah seorang daripada mereka, baru lah aku tahu yang diorang ni sebenarnya orang Sabah. HEHE! Memang cantik! Tiba-tiba jadi semangat nak belajar. HAHA! (*gurau je)

wanita idamanku :D

Sekadar memuji. Dia pun nampak baik je. Huuu! Tak lama lagi dah ni. Aku akan ke sana meneruskan perjuangan demi mengejar cita-cita ku ini! Cewaah! Bukan main semangat sekarang ni!

tiket penerbangan juga dah settle.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang bakal meneruskan pengajian, selamat maju jaya ye! Insha Allah, dengan semangat dan usaha yang berterusan, impian kita untuk menggenggam segulung ijazah akan dapat direalisasikan. Amin~





Sunday, July 22, 2012

71
KOMEN

JOM JOIN GIVE AWAY EDY

Assalamualaikum...
Dah hampir 10 hari dah rupanya saya tak update blog ni. Harap masih belum terlambat untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia. Jangan ponteng puasa ya! Hehe. Baiklah, ni pertama kali saya join GA (Give Away) sejak bergelar blogger ni. Kawan-kawan semua, tunggu apa lagi, jom la kita terjah masuk ke Blog Brader Edy ni dan jom la join Give Away Edy yang pertama ni sempena menyambut jumlah followernya yang kini mencapai 500 orang walaupun masih baru dalam dunia blogger nih (since December 2010) . Tahniah Edy!





Yang berminat untuk join sama, boleh la klik banner kat atas ni ok. Lagi ramai lagi best kan. Baiklah, sekarang saya nak cerita serba sedikit mengenai Blog Edy ni.

Blog ni terbukti mampu mengurangkan tekanan perasaan atau dalam bahasa lebih mudahnya ialah STRESS. Macam mana aku tahu ni? Haa, berdasarkan kajian ke atas diri sendiri. Tak percaya? Kalau korang rasa stress atau tertekan, rajin-rajinlah masuk ke Blog Edy ni. Macam-macam cerita ada. Kebanyakannya iterjemahkan alam bentuk lukisan (komik). Kebanyakan entrinya berunsur lawak jenaka tetapi saya cukup pasti ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan kepada para pembaca. Ada pengajaran dan unsur nasihat yang dapat saya lihat di kebanyakan entri di blog ni. Kalau nak tahu lagi, boleh la terjah ke Blog Edy sendiri.
Blog ni juga sebenarnya menggambarkan fenomena-fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang ni. Perihal perilaku anak-anak muda era globalisasi dan tak kurang juga perihal orang tua zaman sekarang. HAHA!

INI FAKTA!!!
"Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit."
Kesimpulannya, ketawa dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).  Good job Edy!


Entri yang menjadi pilihan saya ialah berkenaan kutip derma rumah orang tua-tua yang menggambarkan situasi anak muda zaman sekarang yang sanggup menghantar mak dan ayah mereka sendiri ke rumah orang tua-tua. memang menyedihkan. mungkin benar yang dikatakan seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Entri kedua ialah emak-emak ku gangster, entri ni memang terbaik. HAHA! memang lawak. Emak-emak zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu, maklumlah hidup dalam dunia serba moden macam sekarang ni, emak-emak pon dah ramai yang main facebook dan dalam dunia blogger ni pon dah banyak kan!

Cadangan saya, Edy kena rajin-rajin update blog dengan cerita-cerita sensasi terkini. Cewaah! HAHA!
Boleh jugak kalau Edy buat komik sendiri ala-ala lawak kampus tu. Siapa tahu, kalau-kalau itu mampu untuk menjana pendapatan sampingan nanti. Apa-apa pun teruskan berkarya ya! Saya sentiasa menyokong anda!

Sekian.



Friday, July 13, 2012

188
KOMEN

TERIMA KASIH YA ALLAH

Assalamualaikum...

Hari ini seperti yang ditetapkan, keputusan atau semakan bagi kemasukan program ijazah (UPU) boleh dibuat secara online atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Hampir semalaman aku sukar untuk melelapkan mata kerana memikirkan apa yang bakal aku lalui pada esok hari. Hari yang ditunggu-tunggu untuk menjawab semua persoalan yang bermain di kotak fikiran kini telah pun datang menjelma. Alhamdulillah, walaupun aku ditawarkan kursus yang tidak pernah aku jangkakan, aku masih tetap bersyukur. Mungkin rezeki aku di sini. Walaupun agak berat hati apabila ditawarkan untuk ke sebuah tempat yang terlalu asing buat aku, aku masih akan teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan titik baru dalam kehidupan aku selepas ini. Insha Allah, jika diberikan kesempatan, aku akan melaangkah masuk ke sana dan meneruskan pengajian aku. Kepada semua yang telah berjaya ditawarkan ke sebarang IPTA, tahniah saya ucapkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat maju jaya.





Friday, July 6, 2012

46
KOMEN

ANTARA DUA ALAM BAHAGIAN 5


Assalamualaikum..
Setelah beberapa minggu baru lah ada kesempatan untuk saya menulis..
Antara Dua Alam Bahagian Lima.
Terima kasih kepada pembaca yang terus memberikan sokongan.
Insha Allah, saya akan terus menulis sehingga ke akhir cerita ini..




ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN LIMA)..
Belum baca BAHAGIAN SATU lagi?? KLIK SINI
BAHAGIAN DUA pula KLIK SINI
BAHAGIAN TIGAKLIK SINI
BAHAGIAN EMPAT, KLIK SINI


Kepada pembaca yang lemah semangat, tiada sebarang paksaan untuk anda membaca.
Kisah ini hanya rekaan semata-mata.
Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Karakter dalam kisah ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa.
ANTARA DUA ALAM adalah kepunyaan penulis (EMEER ASHRAF) sepenuhnya.
Anda tidak dibenarkan untuk 'copy' atau mencetak semula tanpa kebenaran penulis.



Apakah yang berlaku kepada Zack?
Ke mana menghilangnya Izhar?
Semua persoalan akan terjawab di dalam ANTARA DUA ALAM (BAHAGIAN ENAM)


Wednesday, July 4, 2012

38
KOMEN

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU LEPASAN MATRIKULASI/STPM/ASASI 2012


Tarikh Keputusan UPU 2012!! Tarikh Keputusan UPU 2012 belum dikeluarkan secara rasmi. 
Mesti ramai yang dah tertanya-tanya agak-agak bila la korang boleh check permohonan UPU yang korang sepatutnya dah buat sebelum 2 April 2012. Kita mesti peka dengan perkara-perkara macam ni. Baiklah, menurut sumber yang saya perolehi, keputusan permohonan UPU bagi Lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi untuk kemasukan ke ijazah, pada minggu kedua bulan Julai. Ada yang mengatakan pada 14 Julai atau 15 Julai. Kepada kawan-kawan yang telah menghantar permohonan, sila peka dengan tarikh-tarikh penting ini. Bukan apa, takut ada yang sambil lewa dan akhirnya tak tahu apa-apa.  

Semoga berjaya kepada semua yang memohon. 

Untuk maklumat lanjut: http://upu.mohe.gov.my

Tuesday, July 3, 2012

17
KOMEN

HAIWAN YANG PALING SUKAR DITEMUI DI MUKA BUMI

Entri kali ini khas buat pencinta haiwan sedunia. Hehe. Di bawah ni terdapat beberapa haiwan yang sangat sukar untuk ditemui. Kalau korang pergi ke zoo sekalipun, belum tentu dapat melihat haiwan-haiwan ini. Percaya atau tidak korang kena la baca entri ni sampai habis. Haiwan-haiwan ini kebiasaannya ditemui di tempat tersembunyi sepeti di dalam gua dan juga di laut dalam. Jom kita kenali satu demi satu haiwan 'pemalu' ni.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Dugong

Haa. Yang pertama ni mesti kita selalu dengar kan? Dugong. Tapi pernah tak korang tengok dengan mata sendiri? Dugong ni juga dikategorikan sebagai haiwan yang paling sukar ditemui di dunia. Dugong kebiasaannya ditemui di laut dalam. Tahukah anda, ekor dugong ni menyerupai ekor ikan lumba-lumba. Dugong memakan rumpai laut dan segala yang berada di dasar lautan dalam.


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Monito Del Monte

Seterusnya haiwan yang sedikit comel ni. Pernah nampak kat mana-mana? Macam sudar glider pon ade jugak kan? Tapi ini la dia haiwan yang bernama Monito Del Monte. Sedap nama dia kan? Monito Del Monte ni berasal daripada Bahasa Sepanyol yang membawa makna "monyet kecil" yang kebiasaannya ditemui di Argentina dan wilayah-wilayah terdekat di Chili. Spesis ini telah dianggap sebagai pupus, tetapi ternyata spesis terancam ini masih ada dan ditemui oleh para pengkaji.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Olm

Olm? Itulah nama makhluk ini. Spesis ini ditemui pertama kalinya di Itali. Makhluk ini mempunyai tubuh yang panjang dan juga berkaki. Kebiasaannya hanya ditemui di dalam gua bawah tanah. Sedikit info lain mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai sepasang mata tetapi ia buta dan tidak dapat melihat. Tetapi deria bau dan pendengarannya cukup hebat.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Solenodon

Solenodon, itulah nama si cilik ni. Ia merupakan spesis mamalia kecil yang berasal dari Kuba dan Hispanola. Makhluk ini mirip dengan tikus. Ia memiliki muncung yang panjang dan ekor yang bersisik. Awas! Tikus ini spesis beracun. Bisanya boleh jadi lebih bahaya daripada bisa ular.


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi


Jenis kijang ini hanya boleh ditemui di Kawasan Gurun Sahara dan amat sukar untuk ditemui. Mempunyai tanduk yang panjang dan memiliki gigi seperti seekor lembu. Kalau buat kari mesti sedap ni. Hehe.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Hiu Berjumbai

Masa mula-mula saya tengok makhluk ni memang menakutkan. Hiu ini merupakan makhluk aneh di dalam dunia haiwan itu sendiri. Menurut sesetengah pihak, makhluk ini telah pupus pada zaman dinosaur lagi.
Tetapi ternyata semua kenyataan itu meleset sama sekali apabila baru-baru ini ada nelayan yang telah berjaya menangkapnya dan juga beberapa penemuan bangkai haiwan ini turut direkodkan. 


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Kelawar Bumblebee

Kelawar ini telah ditemui di beberapa buah gua batu kapur, di tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa ini saiznya boleh mencecah seinci dari kepala ke ekor. Kecil je kan? Apa yang menarik mengenai kelawar ini ialah ia memiliki muncung yang persis seperti muncung khinzir. 


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Ichthyophis Kohtaoensis

Susah nak sebut nama spesis ni. Spesis ini boleh ditemui di Kemboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular panjang dan ia juga memiliki ekor yang runcing. Apa yang menarik mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai otot yang mengawal rahangnya.


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Kakapo

Kakapo ini merupakan spesis burung kakak tua dan ia merupakan satu-satunya spesis burung kakak tua yang tidak boleh terbang. Burung ini sangat-sangat sukar untuk ditemui dan seringkali dijual dengan harga yang sangat tinggi kerana ia merupakan antara burung yang terpintar.Burung ini boleh membesar sehingga beratnya mencapai lebih 8 kilogram. Cantik kan?

Monday, July 2, 2012

1
KOMEN

GEMPAR! PENEMUAN MAKHLUK MENAKUTKAN DARI DASAR LAUT


Penemuan makhluk dari dasar laut. Dari semasa ke semasa semakin banyak penemuan dicatatkan. Makhluk ini merupakan salah satu daripadanya.
Ia kelihatan seperti raksasa dari planet lain. Tetapi inilah makhluk yang terasing yang wujud dibawah lautan.Memeranjatkan gambar-gambar Polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih daripada 1,000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.
Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, Menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memakan mangsanya, ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang baru dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk, yang berukuran lebih daripada dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sehingga 40 tahun yang lalu.


Makhluk ini lebih popular dikenali sebagai ‘perokok’ atau cacing Skala ,makhluk ini biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik. Kawasan ini melepaskan air panas melampau dan koktail bahan kimia yang menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.
Cacing skala merangkak di sepanjang dasar laut berhampiran, Menggunakan gigi ganas mereka untuk mengunyah bakteria dan organisma mudah yang hidup di dalam air panas dan banyak bahan kimia. Makhluk ini mendapat tenaga dari kimia dan bukannya fotosintesis, kerana cahaya tidak menembusi pada kedalaman lebih 1000meter kedasar laut.Ini membawa kepada beberapa hubungan yang pelik: cacing skala adalah perumah kepada bakteria tosymbiotic yang boleh memberikan mereka nutrien.
Sesetengah saintis percaya bahawa cacing skala mungkin bergantung kepada bakteria untuk terus hidup. Keupayaan mereka untuk wujud dalam keadaan seburuk ini yang tidak diketahui oleh manusia, membuat cacing skala menjadi bahan kajian Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I’lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut.
“Jika makhluk ini boleh hidup di persekitaran yang buruk,berkemungkinan manusia juga boleh mendiami planet Marikh yang gersang suatu hari nanti, itulah yang sedang kita kaji pada makhluk ini”,Ujarnya.
“Laut dalam alam adalah salah satu habitat yang paling pelbagai di Bumi, namun persepsi kita masih di peringkat awal”. -sumber

Menakutkan. Beginilah rupa makhluk yang ditemui di dasar laut. Kalau kawan-kawan perasan, sejak kebelakangan ini banyak makhluk-makhluk dan hidupan pelik ditemui. Subhanallah.

Sunday, July 1, 2012

2
KOMEN

BILA DAH BESAR NANTI NAK JADI APA?

Assalamualaikum para blogger yang dihormati. Tengok tajuk entri pon korang mesti dah tahu kan saya nak cerita pasal apa. Baiklah, soalan macam ni mesti sudah selalu korang dengar terutamanya bila bergelar kanak-kanak riang suatu masa dahulu. Aha. Comel je semua masa tu kan? Cikgu-cikgu korang semua mesti pernah tanya soalan ni. Dah besar nanti, awak nak jadi apa? Nak kerja apa? Cita-cita awak? Pada ketika itu pasti ramai yang memberikan jawapan "saya nak jadi doktor." Mungkin ada yang nak jadi seorang guru, jurutera dan lain-lain. Tetapi, sampai satu tahap, kita akan mula keliru dengan cita-cita kita itu sendiri. Dan inilah yang sedang dihadapi oleh saya sebenarnya. Saya sendiri masih keliru dengan apa yang menjadi cita-cita saya kerana saya seringkali bertanya kepada diri sendiri apakah saya mampu untuk merealisasikan impian saya itu? Dan apakah ini yang saya mahukan untuk kehidupan saya pada masa akan datang? Kita semestinya menginginkan yang terbaik dan kita perlu membuat keputusan yang bijak untuk memastikan kita tidak menyesal di kemudian hari. Alhamdulillah, segala keputusan saya yang perlu tentukan. Mak dan ayah hanya memberikan sokongan dan dorongan. Saya bebas untuk memilih sebarang kursus untuk pengajian di Universiti kelak. Di mana? Saya sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang. Semuanya ketentuan Allah. 


Jika rezeki saya ada, maka saya akan teruskan dengan pilihan yang telah dibuat. Harapan ke langit tinggi menggunung. Hehe. Tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang terpaksa mengikuti kemahuan atau kehendak ibu bapa dalam pemilihan kursus ni? Bertambah masalah mereka kan? Mungkin mereka masih boleh berbincang dengan baik bersama ibu bapa. Maklumlah, mak dan ayah kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita tetapi ada masanya kita harus belajar untuk membuat keputusan sendiri dan mampu untuk meyakinkan mereka dengan keputusan yang kita ambil. Jika ibu bapa masih tidak dapat menerima keadaan ini, sebagai seorang anak, mungkin kita harus redha dan apa yang penting ialah untuk meneruskan pengajian kita. Insha Allah, Allah akan membantu kita untuk mempermudahkan jalan kita. Apa yang paling penting di sini ialah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita

Sekali lagi soalan yang sama saya tujukan kepada para pembaca "Apakah yang diinginkan dalam kehidupan ini?" Setiap insan mempunyai impian mereka sendiri. Nak rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami kaya, anak-anak yang ramai, kerjaya yang baik dan banyak lagi. Tetapi, impian itu haruslah disusuli dengan usaha dan jangan pernah berputus asa. Ini pesanan daripada seseorang kepada saya "Kalau kita berjaya membeli dunia sekalipun, apakah kita mampu membeli sebuah mahligai di syurga?" Begitu mendalam maknanya. "Jika anda merasakan diri anda hebat, carilah penjuru di dalam bulatan." Mampukah kita? Tidak sama sekali. Tetapi kunci kepada kejayaan seseorang itu adalah daripada usaha yang disertakan dengan doa serta tawakal. Insha Allah.

Sebelum entri ni menjadi sebuah karangan yang berjela-jela, apa yang saya ingin rumuskan ialah, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sahajalah yang menentukan segalanya. Kepada kawan-kawan yang masih belajar atau sedang bercuti (seperti saya), renung-renungkanlah mengenai apa yang akan dilakukan pada masa depan anda. Tak salah untuk kita merancang kan? Saya sendiri masih mencari jawapan untuk soalan-soalan di atas tu. Sesiapa yang nak berkongsi pendapat atau cadangan boleh la tinggalkan di ruangan KOMEN. Terima kasih kerana membaca.  

"BUKAN SEMUA YANG KITA KEHENDAKI ATAU IMPIKAN AKAN KITA PEROLEHI"
Seperti kata-kata yang pernah saya baca "Harga dan nilai sebuah mutiara itu tidak akan jatuh meskipun penyelam yang menemuinya adalah orang yang hina".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...