Friday, June 15, 2012

MITOS MALAM JUMAAT

                                   
Assalamualaikum...

     Malam ni merupakan malam jumaat. Baiklah, bila disebut sahaja mengenai malam jumaat, saya pasti ramai di antara kita akan mengatakan bahawa malam jumaat ini adalah malam yang digeruni.
Malahan masih ada golongan yang begitu percaya bahawa malam jumaat ni adalah malam di mana hantu-hantu akan keluar mencari mangsa dan perkara-perkara khurafat dilakukan. Mengapa?
Mengapa malam jumaat? Tidak pula pada malam-malam yang lain. Malam Ahad? atau Isnin pula bagaimana? 

     Bukan sahaja golongan dewasa atau pun ibu dan bapa yang mempunyai pendapat sendiri mengenai malam jumaat ni malahan anak-anak kecil juga tidak terkecuali untuk terus percaya kepada mitos ini. Mitos ini juga sudah turun-temurun daripada zaman nenek moyang kita. Momokan kepada kanak-kanak mengenai malam jumaat haruslah dihentikan. Bukannya kita tak boleh percaya kepada semua ni, itu terpulang kepada individu itu sendiri tetapi sangatlah tidak wajar sekiranya pemikiran anak-anak sekarang terus "diracuni" dengan mitos-mitos yang tidak sepatutnya. 

     Mungkin ibu bapa menggunakan alasan ini supaya anak-anak mereka masuk tidur lebih awal, tetapi ada cara yang lain untuk mendidik anak-anak selain daripada menakut-nakutkan mereka tentang mitos-mitos ni.

     Akibatnya, anak-anak akan menjadi seorang yang takut dan sering terbayang-bayang mengenai hantu atau apa-apa makhluk yang sering digambarkan oleh ibu bapa begitu juga dengan media massa.
Tidak salah untuk percaya, tetapi seperti yang kita ketahui anak-anak ini baru hendak membesar dan mengenal dunia, biarlah mereka "bebas" daripada mitos-mitos ini. Usahlah kita terus biarkan malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam terus dicemari.
                                         

      Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra dalam kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan.


 Malam Jumaat tidak seharusnya menjadi malam yang digeruni. Kita mampu mengubahnya :)

Islam tidak pernah menafikan akan kewujudan makhluk halus dan alam ghaib. Islam dari awal lagi telah meletakkan garis yang jelas untuk kita percaya akan kewujudannya dan dalam masa yang sama melarang kita takut kepadanya. Ketakutan kita yang paling hakiki hanyalah mutlak kepada Allah SWT.


    Allah juga yang menciptakan makhluk-makhluk tersebut  baik di daratan, lautan, angkasa dan segalanya, semuanya ciptaan-Nya. Semenjak zaman nenek moyang sehinggalah kini, bergenerasi lamanya. Mungkin datuk nenek kita menjadikan cerita-cerita seram mengenai malam Jumaat ni sebagai cara untuk menakut-nakutkan anak-anak yang nakal dahulu dan dibawa terus menerus ke hari ini.



    Cerita-cerita ini menjadi buah mulut orang Melayu. Sebagai contoh, anda pasti pernah mendengar mengenai jika seseorang itu melintas pokok besar, kita mestilah meminta izizn kepada "penjaga" pokok tersebut. "atuk! nenek! cucu tumpang lalu ye!". Ini hanyalah sebagai contoh. Saya cukup pasti anda pernah melalui situasi begini atau pun mendengar cerita daripada rakan-rakan. 
                             
Bersama-samalah kita mengubahnya. 

Labels: , ,

4 Comments:

At June 15, 2012 at 12:44 AM , Blogger MIZZSEVEN said...

sokong sangat pendapat anda tu

 
At June 15, 2012 at 9:33 AM , Blogger No name said...

Apa nak takut, kalau malam Jumaat kita amalkan baca Yassin hantu pun dah lari bersepah. LAin lar kalau mlm Jummat mak ko g Surau baca yassin anak menyetan kat umah. Memang hantu lari dkt port yang ada setan lar.

 
At June 15, 2012 at 10:15 AM , Blogger EMYR ASHRAFF said...

kan?
renung-renungkanlah =)

 
At June 15, 2012 at 10:16 AM , Blogger EMYR ASHRAFF said...

aha..betul tu saudari..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home