Saturday, June 30, 2012

MENU PELIK: BURGER ULAR (GILA!)

Haish! Macam-macam la dunia sekarang ni. Manusia makan janin la, uri, kelawar, bangkai dan baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat menu baru yang agak popular di negara jiran kita, Indonesia yang memperkenalkan menu burger ular. Macam mana la agaknya rasa daging ular tu? Selera pelik-pelik. Seperti biasa biarlah gambar sahaja yang bercerita. Jom tengok.









Ish! Tak payah la kawan-kawan cuba menu pelik macam ni. Makan je la makanan yang dah sedia ada tu. 

Labels: ,

GEMPAR! PENEMUAN PLANET YANG LEBIH PANAS DARIPADA MATAHARI



Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.

Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang "hanya" 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.

Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.

Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.

 

Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, "WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri."

Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti "dipanaskan" dari luar.

Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.

"Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas," ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist. Sumber | drysheet.blogspot.com

Labels:

Friday, June 29, 2012

TAHUKAH ANDA: MISTERI DUNIA YANG MASIH TIDAK TERJAWAB

Entri pada petang ini bertujuan untuk berkongsi mengenai misteri-misteri dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku di seluruh dunia, Kalau nak disenaraikan, memang terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku namun, jawapannya masih tiada. Kajian yang dijalankan bagi mendapatkan jawapannya juga menemui jalan buntu. 
Bukan semua soalan kita ada jawapannya kan?                                  


                                                                                       1. Haiwan Di dalam Batu
Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?



2. Kecacatan Binatang Ternakan
Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata. Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah ajaran sesat, makhluk asing, eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat penemuan haiwan) dan wabak merbahaya.


3. Dengungan Misteri
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang. Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993 yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu masih lagi menjadi misteri. Satu teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.



4. Bebola Kilat
Pada Januari 1984, bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang. Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya. Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.


5. Cahaya “Hantu”
Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas. Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi. Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri. Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan kewujudan hantu.


6. Awan Aneh
Pada September 1814 di Agen, Perancis, kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini.


7. Hujan Ikan
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku. Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?


8. “Crop Circle”
Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.


9. Letupan Tunguska
Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.


10. “Rods”
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, objek ini berbentuk silinder yang terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang.


Labels: ,

Thursday, June 28, 2012

RAFFLESIA TERBESAR DI DUNIA DENGAN SEPULUH KELOPAK DITEMUI DI MALAYSIA

Rafflesia sejenis bunga yang seindah namanya. Bunga ini juga dikategorikan sebagai antara bunga yang terbesar didunia. Baru-baru ini, bunga terbesar di dunia ini ditemukan di Hutan Simpan Belum, Perak. Apa yang menarik dan unik mengenai penemuan ini ialah bunga Rafflesia yang mempunyai sepuluh kelopak telah ditemukan di sini. Ini merupakan catatan terbaru mengenai bunga terbesar di dunia ini yang lazimnya mempunyai lima kelopak sahaja. Ini merupakan yang pertama di dunia, Rafflesia dengan sepuluh kelopak. Sangat cantik kan? 

Rafflesia dengan sepuluh kelopak di Hutan Belum, Perak. Pertama di dunia


Kerana keunikan yang terdapat pada bunga ini, ia akan diawet untuk tatapan generasi akan datang. Bunga Rafflesia yang ditemui ini berdiameter 46 sentimeter itu ditemui pada 23 Jun di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Perak. Tumbuhan parasit ini telah ditemui oleh pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak sewaktu menjalankan kerja-kerja rutin menyelia kawasan berkenaan. Penemuan bunga itu dikenalpasti sebagai hasil evolusi antara spesis R. azlanii dan R. cantleyi disahkan sebagai yang pertama di dunia seumpamanya.

SPESIS-SPESIS LAIN:

Rafflesia aurantia

Rafflesia azlanii

Rafflesia cantleyi

Rafflesia leonardi

Rafflesia lobata

Rafflesia manillana

Rafflesia pricei

Rafflesia philippensis

Rafflesia tengku -adlinii

Rafflesia tuan-mudae

Haaa... sebenarnya banyak spesis bunga Rafflesia ni. Yang mana satu berkenan di hati? 

Labels: , ,

GEMPAR! NASA MENGELUARKAN KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!





Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.


Teori Quran vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

  

PERSOALAN: BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPINYA?
KERANA KIAMAT ITU PASTI, KITA TIDAK MENGETAHUI BILA WAKTUNYA.
KERANA IANYA MERUPAKAN RAHSIA ALLAH.

Labels: ,

GEMPAR! WARTAWAN DIGANGGU LEMBAGA WANITA YANG MUNCUL DALAM KERETANYA

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Lembaga wanita yang dimaksudkan

Lembaga tersebut dari jarak dekat.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. “Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.-sinarharian

Labels: ,

Wednesday, June 27, 2012

BERITA GEMPAR NASA PENEMUAN KAUM MOLE


WASHINGTONWeekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth

Penemuan ini juga dikaitkan dengan Yakjuj dan Makjuj. Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui.
Kawasan Pergunungan Caucasus dikatakan sebagai  lokasi dimana Yakjuj dan Makjuj akan keluar. Wallahualam.


 "Sama ada percaya atau tidak, seperti dijanjikan ia tetap akan keluar, kecuali kepada mereka yang tidak mempercayai nas".

Labels: , ,

Tuesday, June 26, 2012

SI PEMAKAN BANGKAI

Apakah yang akan anda lakukan terhadap bangkai haiwan yang mati dilanggar atau keracunan? 
Apakah mungkin ada manusia yang sanggup meratah bangkai yang busuk ini?
Jika meurut agama Islam sendiri, kita sama sekali DILARANG untuk memakan bangkai. Di sebuah negara yang membangun, Britain, seorang lelaki warga emas, Arthur Boyt yang sudah berusia 74 tahun menjadikan bangkai sebagai makanan rutin yang menjadi kegemarannya. Menurutnya, bangkai haiwan yang dimakannya mempunyai rasa yang lebih enak berbanding haiwan yang disembelih dengan sempurna dan dijual segar di pasar. 

Bangkai yang menjadi makanan hariannya.

Di kediamannya terdapat sebuah peti sejuk yang besar digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bangkai untuk menjadi makanannya antaranya kancil, kelawar, angsa dan tupai. Menurutnya dia hanya meneruskan kehidupan dengan memakan bangkai haiwan tersebut dan juga sayur-sayuran yang ditanam di kawasan rumahnya. Dia berkata "secara jujurnya daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain," ujarnya. Sepanjang dia memakan bangkai, dia belum pernah mengalami sebarang masalah kesihatan mahupun keracunan.

Boyt bersama hidangannya, bangkai kelawar.

Labels: ,

RATU (BADAK SUMATERA) SELAMAT LAHIRKAN ANAKNYA


Badak Sumatera  (Dicerorhinus sumatrensis) merupakan seekor haiwan yang hampir pupus di dunia. Menurut statistik, spesis badak Sumatera ini hanya terdapat kurang daripada dua ratus ekor di seluruh dunia. 

Badak Sumatera spesis terancam

Keadaan ini membimbangkan pihak yang bertanggungjawab yang terus berusaha untuk memastikan spesisi ini terus kekal untuk generasi akan datang. Baru-baru ini seekor badak Sumatera di Indonesia yang diberi nama Ratu selamat melahirkan seekor lagi anak badak sumatera jantan setelah lebih 120 tahun penantian. Kelahiran direkodkan pada 23 Jun 2012 pada jam 0045. Ini adalah kelahiran keempat di kawasan perlindungan badak sumatera dalam tempoh satu abad lebih.


Tahukah anda, selain daripada badak Sumatera iaitu Badak Jawa yang tinggal lebih kurang hanya 35 ekor di seluruh dunia.

Labels:

Monday, June 25, 2012

MISTERI: LUKISAN BERPENGHUNI

Assalamualaikum dan selamat beristirahat. Entri pada hari ini adalah untuk bersama-sama kita berkongsi pendapat dan juga pandangan anda mengenai beberapa buah lukisan yang dikatakan berpenghuni. Sejauh manakah rasionalnya? Anda tentukan. Lukisan-lukisan ini dikatakan sebagai berpenghuni kerana terdapat insiden-insiden dan kisah di sebalik lukisan-lukisan ini. Berita mengenai lukisan-lukisan ini sebenarnya sudah lama tersebar ke seluruh dunia tetapi mungkin ada di antara kita yang masih tidak mengetahui mengenai lukisan-lukisan ini. 

The Hand Resist Him (THRH) karya Bill Stoneham (1972)

Apakah kesimpulan yang dapat dilihat daripada lukisan hasil karya Bill Stoneham ini? Kelihatan dua orang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang memegang boneka dan terlihat tangan-tangan kecil di belakang mereka. Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan daripada lukisan ini atau terdapat sebuah kisah yang diperincikan menjadi sebuah lukisan. Lukisan itu terus dijual daripada satu tangan ke tangan yang lain. Apa yang menjadi tanda tanya ialah setiap pemilik lukisan itu mengalami gangguan yang hampir sama. Lukisan kedua ini juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Lukisan yang menyimpan 1001 rahsia

Kita juga pernah digemparkan dengan lukisan ketiga ini. Menurut sumber, lukisan ini dilukis oleh seorang perempuan daripada Jepun yang membuat lukisan potret dirinya sendiri dan setelah selesai membuat lukisan 
tersebut, wanita ini membunuh dirinya. 

Lukisan potret yang dikatakan berpenghuni


Belum lagi nak cerita mengenai lukisan yang cukup terkenal di dunia, Mona Lisa. Kalau yang ni dah ramai yang tahu kan?

Mona Lisa karya Leonardo da Vinci

Untuk entri akan datang, saya akan berkongsi rahsia di sebalik lukisan potret ini. Insha Allah



Labels: ,